Daisypath Anniversary tickers

THE SIGN OF OUR LOVE

Lilypie First Birthday tickers

Thursday, May 28, 2009

SALAM TAKZIAH BUAT SAHABATKU......(ex monitor 5 IBS 2005)



assalamualaikum.......

malam semalam, aku mencapai handphone yg ada di atas meja yang ku letak laptop. satu mesej tertera nama mamat kuterima. tanpa berfikir panjang aku membuka handphone nokia biruku yang membawa khabar duka. perginya seorang hamba mengadap Illahi.

salam takziah buat miji (ex monitor 5 IBS 2005) di atas pemergian ayahnda tercintanya, ustaz yunus. kalau tak silap arwah kembali ke rahmatullah pada 26 May 2009. lantas sekeping mesej kutaip dan dihantar kepada miji mengucapkan takziah dan mengharapkannya tabah dan sabar menghadapi ujian. sesungguhnya, janji Allah itu pasti dan itu ialah MATI.

selalulah mengingati mati, kerana itu akan mendekatkan kita pada Illahi. ya Allah tempatkanlah arwah ayahnda sahabatku itu bersama-sama dengan orang-orangMu yang soleh.

Al-Fatihah.

Monday, May 18, 2009

coret-coret cuti


Assalamualaikum……

Alhamdulillah, syukur kepadaNya kerana masih menghidupkan aku sehingga detik ini untuk memberi peluang kepada orang sepertiku ini bertaubat. Dan aku mohon ya Allah semoga taubatku diterima dan Kau pimpinlah aku agar aku tidak kembali tersasar ke jalan yang salah berulang kali. Sesungguhnya Kau Maha Pengampun dan Penyayang.

Hampir 2 minggu lebih masyitah berada di rumah menikmati semester break. Alhamdulillah sekali lagi, semester 5 kulalui dengan penuh kesabaran berkat pertolonganMu ya Allah biarpun jatuh berderai air mata juga bila terlalu letih berhadapan dengan cubaan. Hehehe…..what should I do coz masyitah ni seorang yang lemah semangat tapi insyaAllah Masyitah akan mencuba sampai ke garisan terakhir. Terima kasih ya Allah untuk semua ujian dan nikmat yang kau kurniakan buat insan kerdil ini.

Apa project mase cuti? Actually, masyitah so allergic bila sebut pasal project. Yelah bila time kuliah kena buat project boleh tak waktu cuti-cuti ni jangan sebut project untuk sementara waktu? Okey, lets use ‘planning’ word. Planning untuk semester break ni hajat di hati nak ambik lesen kereta dan motor. Jeng! Jeng! Jeng! Berjayakah? insyaAllah, doa2kan ya. Bukan apa, sebelum ni drive kereta selalu je takut2 sebab xde lessen. Motor? Dah lama tak bawak motor tu hope x masuk longkang. Nauzubillah. Huhuhu….tapi, masyitah ni mudah nervous tau bila buat satu2 benda tu. Ya Allah, tenangkanlah hati insan yang lemah ini. Huhuhuhu…………….

Tapi, untuk cuti ni masyitah nak didik diri agar lebih berdisiplin. Hope berjaya dengan sukses la. Bukan apa, rasa dah terlalu tua untuk diri ini dok simpan habit ‘nanti dulu’. Semua benda bertangguh. Akhirnya, buat kije mula la tunggang terbalik. Adoooo……

What I miss the most right now??? Masyitah rindukan kakak masyitah yang kat KL. Yang baru kahwin hari tu and sedang berdebar2 menunggu kehadiran insan baru insyaAllah bulan july nanti. Huhuhu….hari tu balik jumpa sekejap je tu pun x dapat berbual panjang2 sampai larut malam macam zaman anak dara dulu. Hehehehe…… i miss those memories. Kadang2 mak masuk bilik marah suruh tido sebab dah lewat malam. Dah takde lagi tazkirah lewat malam sebelum tido even mase tu aku la orang pertama yang katup mata bile kakakku mula nak berceramah. Dah takde orang nak tegur aku bila buat benda2 tak betul. Susah sekali aku nak share secret story ngan org yang aku percaya. Dah xde org nak dengar masyitah membebel. And banyak lagi. Dia kini milik orang walaupun ku akui dia masih lagi tidak lokek dengan pendapatnya bila aku bertanya tapi rasanya dah x sama. I miss u a lot, piah!

Menyingkap tabir kisah tentang kitorang memang tak terhurai kat sini. Hampir 20 tahun selalu berdua akhirnya tanggal 7 ogos 2008 dia sah milik suaminya, mohd hafiz bin razlan. Huhuhu….teringat malam sebelum berlangsungnya akad nikah, masyitah dalam perjalanan balik dari KL. No words could describe my feeling that time. Nangis je atas bas. Tapi bila difikirkan balik ini semua putaran sebuah kehidupan. Mungkin satu hari nanti masyitah pula yang akan duduk dalam situasi tu. Ye ke? Masyitah boleh kahwin ke? Ah, aku masih belum layak untuk menjadi sayap kiri dalam perjuangan mana-mana lelaki bergelar. Forget about this.

Berbalik pada kakakku, actually masyitah ada 3 orang lagi kakak lagi. Masyitahfatimah, masyita’aisyah n masyitahkhadijah tapi mungkin sebab umur masyitah aminah n masyitahsofiah x jauh beza just 2 tahun sebab tu kitorang boleh ngam. Lagipun, aku perasan semua kakakku kahwin awal around 20-22 kacuali masyitah’aisyah yang lewat sikit sebab dia ni jenis nak belajar, kerja n baru kahwin. Memang benda yang dia canang2kan menjadi. Sebab tu kahwin mase umur 26. hahahaha……agak2 masyitah bila kahwin ek? Tak kot………… kahwin tak semudah mengfaz A, B, C…….. masih banyak yang perlu ku baiki diri ini. Sebab, piah (masyitahsofiah) pesan kalau nak suami soleh, kita kena jadi solehah dulu. Huhuhu…..

Semoga kakak-kakakku menjadi isteri solehah dan begitu juga diriku (ehem. Nak jugak! Mestilah!) adik perempuan? Sori, masyitah anak bongsu perempuan………… manja? No! No! No! masyitah bukan anak manja ek. Tapi, sikit2 tu adalah. Biasalah.

Ok la, sampai sini dulu…….ada masa terluang akanku coret lagi.

Hello There

"hari ini bukan semudah semalam untuk bergelar manusia sempurna. banyak yang perlu dikorbankan, banyak juga yang terpaksa dilepaskan. sesekali langkah tersadung, rebah menyembah. sesekali melangkah gagah tersenyum megah dan semua itu memerlukan pengorbanan, menentukan kesabaran dan air mata. selagi prinsip hidup berada di atas landasan yang betul, usah di gusar pada anugerah Tuhan. anggaplah sesekali diduga itu sekadar utk mematangkan dan mengajar kita untuk bangun menjadi manusia sesempurna insan......" insyaAllah
 

Made by Lena