Daisypath Anniversary tickers

THE SIGN OF OUR LOVE

Lilypie First Birthday tickers

Tuesday, January 13, 2015

Alhamdulillah : Welcome to Our Life, Little Caliph!

Alhamdulillah.
13.01.2015. hari ini genap 6 bulan usia Adam Sadiq. wah, anak ibu makin besar. makin banyak ragam. makin nakal. dan makin bijak. Alhamdulillah. syukur sangat-sangat. dan lagi bersyukur bila Tokwan sudi menjaga cucu ke-10 yang sorang ni. saya bagitau kat sini, si kecik tu lagi manja dengan Tokwan dia daripada Ibu & Abah!

rasa macam cepat sungguh masa berlalu. dah setengah tahun rupanya peristiwa saya melahirkan Adam Sadiq. masing terbayang-bayang keadaannya masa tu. slow and steady tapi macam pening lalat kejap. hahaha...

Al kisahnya bermula macam gini. setiap sabtu saya dan Abang akan mengikut rutin ke KPJ Selangor untuk antanetal checkup. 12.07.2014 masa tu saya genap 39 weeks. memang dari malam si kecik ni asyik mengeras dengan kerapnya. orang kata kontraksi. tapi takde la pulak tanda-tanda macam keluar lendir or darah ataupun pecah air ketuban. so saya anggap itu kontraksi biasa walaupun rasanya macam dah luar biasa. masih rileks. berjalan terkedek-kedek untuk berjumpa pakar O&G saya, Dr Siti Esah.

bila tiba turn saya masuk berjumpa doktor, saya diarahkan untuk menjalani ujian CTG. masih ingat kata-kata Dr Siti bila melihat gerakan kontraksi pada perut saya 'kuat betul kontraksinya ni. macam nak bersalin ja ni'. saya dah cuak. adam sadiq pun tak control langsung.  masa tu barulah rasa nervous tu makin menjadi-jadi. ehehehe.....dan bila ujian CTG dijalankan, Dr Siti mengarahkan saya ditahan wad. sementelah bukaan rahim dah mencapai 2 cm. ye ke? ujian CTG (Cardiotocography) adalah bertujuan untuk menyemak kadar dan corak degupan jantung dan juga pergerakan bayi manakala bukaan pintu rahim (serviks) bermula pada bukaan 1cm dan bayi akan dilahirkan pada bukaan 10cm.

saya memang rasa macam taknak bersalin. tetiba. ahaks...saya mintak untuk balik ke rumah untuk tujuan menguruskan apa-apa yang perlu dan akhirnya Dr Siti melepaskan saya dengan syarat bila sakit datang terus ke hospital tanpa berlengah ataupun keluarnya tanda-tanda untuk bersalin. saya angguk dan senyum.

balik rumah rasa sakit makin menjadi-jadi. rasa macam perut memulas dan saya hanya rileks sambil sempat mengikut mak ke pasaraya membeli barang. tapi saya tunggu dalam kereta je. kalau ikut berjalan mahunya bersalin dalam pasaraya. hekhekhek....

12.01.2014 bersamaan dengan 14 Ramadhan. hari tersebut family kakak saya dan Abang berkumpul di rumah saya untuk berbuka puasa bersama-sama. i tell you, saya sempat habiskan 2 pinggan nasi beriani dengan ayam masak merah. memang berselera macam tak pernah jumpa nasi. padahal saya tak puasa pun hari tu. hehehe...lepas maghrib tu memang rasa sakit tu makin kerap. barang-barang dah siap masuk kereta. saya cuma tunggu untuk solat isyak sebelum bergerak ke KPJ Shah Alam. Solat Taubat & Solat Hajat. semoga segalanya dipermudahkan.

tepat 10malam saya tiba di KPJ Shah Alam. disorong masuk terus ke Labour Room. ok. sangat cuak. pengalaman pertama bersalin. pakai baju untuk bersalin.emmmm.......terpaksalah. bila nurse periksa bukaan rahim masih 2cm tapi sakitnya hanya tuhan yang tahu. dari pukul 12.00tgh hari hingga 10mlm masih kekal 2cm? saya dah cuak. orang cakap anak sulung bukaan rahim agak perlahan. berapa hari nek terbuka jalan ni? sakitnya rasa macam nak bersalin sekarang ja.....mampu ke saya nak tahan kalau kena tunggu berhari-hari? saya punya theory mula berlegar sendiri.

so saya dipindahkan ke wad sementara menunggu bukaan rahim bertambah. masa tu nurse dah masukkan ubat untuk keluarkan najis. saya dah mula konpius. nak beranak ke nak buang air besar? hahaha....lepas buang air besar saya ditolak dengan wheelchair sekali lagi masuk bilik wad. Abang, mak, adik dan abang saya masih setia menemani. lama kelamaan sakit semakin menjadi-jadi. pada perkiraan saya waktu itu, 'ini mesti esok bersalin' sebab bukaan rahim saya agak perlahan. tapi sampai ke pukul 1 pagi saya masih tak boleh tidur. sakitnya hanya Allah yang tahu. zikir. tarik nafas. semua dah buat tapi kalau tak tahan sabar mahu nak menjerit. saya menangis sikit-skit je la. hakhakhak....

akhirnya saya menyerah kalah. Abang terpaksa memanggil nurse dan bila diperiksa bukaan rahim dah mencapai 5cm. nurse bergegas untuk bawa saya ke Labour Room. hanya suami sahaja yang dibenarkan masuk. mak dan yang lain masih menunggu di luar. tapi memang tak disangka, jarak bilik wad ke Labour Room tak sampai 5 minit. bila nurse periksa bukaan dah mencapai 7cm. kontraksi saya pun pada waktu itu makin kuat. bekalan oksigen yang dibekalkan rasa macam tak berfungsi. rasa nak baling ja.adoiii.....saya hanya mampu pegang tangan Abang. sakit dan sakit. waktu tu keadaan dah mula cemas.

dan waktu tu jugak tetiba Dr Siti EL dan diganti Dr Nazri. saya sakit dan saya cuak. dari awal saya tak pernah berurusan dengan doktor lelaki dalam urusan antanetal tapi akhirnya bila nak bersalin pakar O&G yang saya pilih diganti dengan pakar O&G lelaki. waktu tu saya hanya berserah. kita hanya merancang dan Allah yang menentukan.

dan sekali lagi saya dikhabarkan dengan berita yang tak dijangka. baby saya dah buang air besar dalam perut. dalam masa tak sampai 10minit air ketuban saya tiba-tiba pecah dan keluar dengan lendiran hijau. doktor mengarahkan saya untuk dibedah dengan segera. tapi, segala-galanya di tangan saya. Abang setuju memandangkan keadaan masa yang semakin suntuk namun saya masih enggan. masih berkeras nak bersalin normal. siap nangis depan doktor taknak ceaser. hakhakhak....Dr Nazri dan nurse menerangkan akibat lama membiarkan bayi dalam keadaan membuang air besar salah satunya boleh mnyebabkan kematian, baby jadi lembap, cacat dan sebagainya. lagilah lemah semangat saya mendengarnya. ibu sayang baby. lagilah saya nangis dalam labour room tu. adoi...

Dr Nazri sempat memujuk 'kalau Masyitah operate, it just takes about 15 minutes then masyitah could see your baby'...huhuhu...akhirnya saya hanya makan pujuk mak. bila saya telefon mak dan mak cakap 'kalau itulah jalannya, operate la kak'. barulah saya setuju. dan its going really fast.

saya dipindahkan katil. nak angkat pindah katil pun satu hal. kontraksi saya yang kuat dan menyakitkan menyebabkan urusan pindah katil terbantut. sakit hanya tuhan saja yang tahu. saya sempat sound nurse 'nurse, saya rasa macam baby ni nak keluar ja ni. sempat ke nak ke OT?' huhuhu....

bila nak masuk OT ada briefing session oleh pakar bius Dr Zul. masa Dr Zul tanya 'masyitah, sekarang saya nak briefing prosedur bius' dan saya dengar nurse yang menemani saya dari masuk Labour Room sampai ke pintu OT cakap 'Dr, patient dah tak boleh dengar briefing dah. dia sakit sangat dah'. hahaha....tahu takpe. saya rasa macam baby ni nak keluar dah. lalu saya terus disorong ke OT dan dibius separuh badan. sempat berbual-bual dengan Dr Zul & Dr Nazri yang sangat peramah. okey. masa tu dah tak rasa apa-apa. yang saya tahu Dr Nazri janji 15 minit i could see my baby. nervous dah hilang dan excited je yang ada. tapi dalam hati mintak selamat segala-galanya.

Alhamdulillah, 3.38 pagi bersamaam 15 Ramadhan (13.07.2014) bila saya dengan tangisan si kecik tu rasa lega. dan selepas dibersihkan dan diperiksa oleh Paediatrician Dr Ling saya dihidangkan dengan keajaiban ciptaanNya ini. Subhanallah. saya hanya mampu menitiskan air mata dan mengucap syukur. Baby saya tidur di dada saya dengan air basinya. bila nurse lap air liur basinya, keluar lagi. adik, bikin ibu malu dalam OT ja. doktor & nurse sama-sama gelak. ehehehe

selepas siap semuanya, saya diletakkan sementara dalam bilik rawatan untuk dipantau sebelum dihantar masuk ke bilik wad. yang paling ngokngek adalah bila Dr Nazri bagi handsetnya suruh kol Abang. 'Masyitah call hasben suh datang sini sebab kami cari kat luar maybe hasben pergi kat baby kot'. alamak saya terlupa nombor Abang. adoi....doktor dan nurse sekali lagi gelak dan diusik oleh Dr Nazri sekali lagi 'nasib baik awak ingat lagi mana satu hasben awak masyitah' 

39weeks 1day
13.07.2014
3.38am
Baby Boy
3.27kg


Alhamdulillah. walaupun saya tak pernah menduga saya akan melahirkan Adam Sadiq secara ceaser namun perancangan Allah adalah yang terbaik sebab sepanjang mengandung saya tidak menghadapi masalah besar selain darah rendah dan hampir disaspek menghidap kencing manis. ehehehe...... saya ingat anak sulung saya ni ambik masa nak menjengah dunia rupanya sekejap je. sebab tu orang cakap bersalin ni nyawa kat hujung tanduk. mati masa ni syahid ganjarannya. 

Last but not least sampai sekarang saya hanya mampu ungkapkan Alhamdulillah untuk segala-galanya.

welcome to our life, Adam Sadiq!




3 comments:

Unknown said...

Waa..takut pula bc pgalaman 2,hehe. tp 2 la pgalaman plg bhrga skali kan :-) bhgn sy nnt xtau la mcm mana..tp adam sadiq mmg comel,gram tgk :-)

Ameena Muktar said...

insyaAllah semuanya selamat. tapi nak taknak kena hadapinya jugak kan? kehkehkeh...selamat bersalin nurul! baby nurul nanti pun mesti comel cam nurul jugak....hehehe

Anonymous said...

hi awak.. boleh tak awak buat review or cerita sikit pasal Dr. Siti Esah? saya pun plan nak bersalin kat KPJ Shah Alam nanti.

Hello There

"hari ini bukan semudah semalam untuk bergelar manusia sempurna. banyak yang perlu dikorbankan, banyak juga yang terpaksa dilepaskan. sesekali langkah tersadung, rebah menyembah. sesekali melangkah gagah tersenyum megah dan semua itu memerlukan pengorbanan, menentukan kesabaran dan air mata. selagi prinsip hidup berada di atas landasan yang betul, usah di gusar pada anugerah Tuhan. anggaplah sesekali diduga itu sekadar utk mematangkan dan mengajar kita untuk bangun menjadi manusia sesempurna insan......" insyaAllah
 

Made by Lena