THE SIGN OF OUR LOVE

Lilypie First Birthday tickers

Friday, January 28, 2011

mengapa hati ini?...erm....erm....


Tak tau macam mana nak mula citer tapi dari tajuk di atas orang dah tahu hatiku sedang berbunga-bunga. Sebelum ni menghitung hari menanti tiba saat itu. Wah, kini hampir terbentang di depan mata. Gumbira tak terkira.
Ya Allah ayat, siyes bunyi macam aku nak balik cuti berkahwin je. Mengigau eh? Memang nak kawen, tapi bukan kau masyitah oi, kawan kau yang nak kawen. Azini ok? Ops…..meroyan pulak dah. Maap. Ampun sebab salah berita neh. Hehehe….
Sebenarnya, aku happy sangat ni bukan apa. Sebab tak boleh jawab quiz calculus for engineer tadi? Hehe…..pastu jawab sesedap rasa quiz static eh? What happen to u, masyitah? Aku gumbira sebab boleh balik kampong la. Biasalah, aku kan budak kampong. Sebulan dok shah alam serius dia punya udara really different compare to Kg pasir Akar. I miss it!
Balik untuk berfikir samada aku nak teruskan perjuangan aku di sini ataupun tidak. Sejujurnya, I am not good in making the decision (ntah2 kawen pasni pun aku tak tahu, nak kawen ke tak. Hahaha). Tapi kalau tgk planning aku nak wat itu ini, Nampak macam masih berbunga harapan untuk berjuang namun jauh di dasar hati aku tak larat dah. Macam mana eh?
Whatever it is, tenang-tanangkan hati dan fikiran. Pandang jauh ke hadapan dan banyakkan istikharah. Pasti kan beroleh petunjuk. Biar sukar, walau payah ku mohon kuatkan aku untuk menempuh setiap ujian yang Dia bentangkan……
Masih bermalasan di atas tilam menanti dijemput untuk pulang. Perut kenyang walaupun nasi goreng kampong kedai tadi rasa lain macam. Alhamdulillah, rezeki…….
oh, hidupku…
oh, hati.......
mengapa begini......

Wednesday, January 26, 2011

Selamat Hari Lahir Emak

selamat hari lahir ke-52 mak
'semoga dirahmati Allah dunia akhirat
diberikan kesihatan yang baik
dan dikuatkan iman dan takwa menghadapi ujianNya'


Tahun ini mungkin rasanya tidak seperti tahun-tahun yang lalu
sebab tahun ini ayah sudah tiada bersama kita lagi kan mak
namun
izinkan kami anak-anakmu ini untuk

membahgiakanmu hingga ke hujung usia

insyaAllah

*masih berfikir, hadiah apa yang sesuai untuk tahun ni.....
26/01/1956

~selamat datang sayang~


welcome to the new world, sayang......

tahniah for my sister  
masyitahsofiah & abdul hafiz 
for  
new babyborn

semoga membesar menjadi anak soleh ya sayang.....

* nampak gaya bertambah lagi anak sedara aunty mie. aunty mie asyik kira anak orang je ni, bila turn aunty mie pulak neh.

StreSS Story of dayS


Wah…. Wah…. Wah…..
Bahagia nampak? Ye la hari Rabu takde kelas terus cabut lari balik tinggalkan
2A-05-24
Kehkehkeh (tension beb! Asyik ngadap dinding hostel)

Eh….... Eh….. Eh…. ..
Bukan ke seluruh hidup aku ni, aku asyik tension je memanjang? Takyah bagi alasan la masyitah aminah oi!

Ho...... Ho..... Ho........
Ini mengata dalam direct nampaknya
Walaupun nyata tak mampu kumenafikannya
Masuk kelas Ijah, Idah & Kak Riza pasti akan tanya 

‘ Masyitah ok hari ni?’

Dan aku dengan muka kentang gorengnya akan menjawab

-: Tension! Tension! Tension! :-
Adooo

Tanya sama hati
Apa sudah jadi



Tuesday, January 18, 2011

hidup ini ujian


Mencari cita ke hujung dunia,
Di tengah jalan diuji Dia,
Syukur Alhamdulillah atas kurnia,
Segalanya  ku terima redha……..
Wah, berpantun gitu…..Firstly, thank you Allah for giving me this beautiful life. Alhamdulillah…..tak sangka 2011 menginjakkan usiaku ke-23. Sudah tua rupanya. Tapi masih maintain jiwa muda. Aduh!
Bertahun aku membina kekuatan dan ketabahan di bumi UDM. Mungkin orang lihat, aku biasa-biasa saja. Ya, memang aku hanya orang biasa yang hidup dlm dunia luar biasa. Tak mudah untuk mengenal siapa aku yang kadang-kala aku sendiri sukar untuk menafsir diri sendiri. Namun azimat yang terima oleh seorang pensyarahku ketika berhempas pulas dengan perasaan dan tekanan sekeliling.
‘Awak binalah kekuatan awak sendiri’
Demi Allah, betapa kuatnya azamku untuk membuat yang terbaik. Syukur Alhamdulillah, Allah tidak pernah mensia-siakan hamba-hambaNya yang seringkali merintih dan berusaha keras untuk berjaya. Alhamdulillah, sekurang-kurangnya aku mampu menebus senyuman girang di bibir mak ayah.
Dan dikala aku di akhir garisan, aku juga hampir rebah. Mampukah aku menamatkan pengajianku dengan kemampuanku yang biasa-biasa ini. Alhamdulillah, azimat terakhir kuterima daripada insan yang amat istimewa dan ia benar-benar untuk terakhir kalinya aku menangis di telefon mendengar kata semangat daripadanya.
‘ Percaya diri. Yakin diri. Jangan lupa diri. ‘
Dan kini, untuk kesekian kalinya betapa aku merindui hembusan semangat dari insan ini. Namun siapa aku untuk menyangkal takdir Illahi. Dia pergi jua…….Ayah sumber inspirasi hatiku, pendorong semangat untukku berjuang menamatkan diploma di bumi UDM. Namun sayang, ayah tak sempat ke majlis konvokesyen kak kan?
Ujian itu peneman dalam meniti sebuah kehidupan, kan? Andai ini jalannya, aku mohon untuk mengecap pinjaman kesabaran dan ketabahanMu untuk kesekian kalinya. Mengapa hati ini teruji lagi? Untuk kali ini, aku sudah hilang semangat untuk belajra dan matlamatku makin pudar. Mengapa ya?
Ø  Ada yang yakinkan aku, tiada yang mustahil melainkan ketentuan Illahi andai ini ujianNya untuk menguji keimananku. Jangan mengalah.

Ø  Ada yang menyuruhku pulang ke pangkal jalan, insyaAllah akan kutemui matlamat yang hilang itu.

Ø  Ada yang mengandaikan perjalanan getirku bukanlah segetir perjalanan dakwah Rasulullah. Lalu, kalau beliau boleh menghadapinya mengapa aku ujian sekecil ini harus tunduk mengaku kalah?

Ø  Dan ada juga menyatakan, jangan jadi hamba emosi. 
 Mulut bisa berbicara, hati pula yang merasa.....
Apa yang perlu kulakukan kali ini?
*      Bertahan di sini untuk kesekian kalinya, mengulangi apa yang aku lakukan sebelum ini dan melakukan sesuatu yang aku tidak minat dan suka.

Atau

*      Keluar dari kepompong ini dan memilih jalan yang aku ingini. Sesungguhnya, pilihan ini mengundang  halangan yang pasti bukan semanis impian kerana realitinya mungkin sepahit hempedu.
Ke langit tinggi melastik bintang
Di hujung usia terpamer kilauan
Moga cinta itu kan terbentang
Tatkala keraguan meragut pilihan

Show me the right way, ya Allah……

Hello There

"hari ini bukan semudah semalam untuk bergelar manusia sempurna. banyak yang perlu dikorbankan, banyak juga yang terpaksa dilepaskan. sesekali langkah tersadung, rebah menyembah. sesekali melangkah gagah tersenyum megah dan semua itu memerlukan pengorbanan, menentukan kesabaran dan air mata. selagi prinsip hidup berada di atas landasan yang betul, usah di gusar pada anugerah Tuhan. anggaplah sesekali diduga itu sekadar utk mematangkan dan mengajar kita untuk bangun menjadi manusia sesempurna insan......" insyaAllah
There was an error in this gadget
 

Made by Lena