THE SIGN OF OUR LOVE

Lilypie First Birthday tickers

Tuesday, April 12, 2011

Istimewa Buat Awak………Bakal Suami Saya


Awak…….surat cinta saya sebelum nikah. Kalau setuju, sign. Kalau tak, cakap awal-awal. Awak boleh memilih wanita lain sebagai zaujah awak. Saya akan kuatkan hati saya menerimanya. Sebab tu saya harap, jangan sentuh hati saya selagimana awak belum sign surat ini sebab hati wanita ni lembut. Bimbang bila dah jatuh suka, awak pula menjauh……..

Kehadapan Bakal Suami Saya, saya harap warkah ini tidak mengganggu ketenteraman dan emosi awak. Saya tak berhajat nak meletak syarat bak Puteri Gunung Ledang sebab saya Masyitah Aminah yang serba serbi kekurangan. Namun kehadiran tinta ini hanya sekadar untuk menyatakan isi hati Bakal Isteri Awak(andai saya yang terpilih menjadi calon zaujah awak).

Awak……

Saya cuma harapkan awak yang selalu berusaha untuk menjadi baik dan lebih baik dan mengajak saya ke arah kebaikan

Saya tak harap  Abang Imam atau Abang Bilal mahupun ustaz lulusan bumi anbia, tapi cukup jikalau awak mampu untuk mengimamkan solat kita dan kehidupan kita dari bumi ini menuju ke sana.  Saya tak mimpi seorang yang sangat baik tapi cukuplah awak seorang yang ingin menjadi baik dan lebih baik dan mengajakku untuk berbuat baik. Sebab saya sedar, saya pun bukannya baik sangat tapi amat berharap & berusaha untuk menjadi baik. Biarpun kadang-kala saya mengaku, saya ada juga buat tak baik. =(

Pernikahan yang saling diterima oleh keluargaku & keluarganya

Perkahwinan bukan beerti nikahnya dua saudara saya & awak sahaja pada definisi hati wanita saya yang kerdil ini. Tapi, ia jalinan satu silaturrahim antara keluarga saya & awak. Saya mahukan keharmonian, dan saya amat mengharapkan restu keluarga daripada kedua belah pihak terutama mak & ayah. Saya harap awak boleh sayang keluarga saya macam awak sayang keluarga awak. Saya pun harap saya boleh sayang keluarga awak macam keluarga saya sebab, saya amat menyayangi keluarga saya. Lagipun, saya hanya dari keluarga biasa-biasa. Bukan anak Dato’ atau alim ulamak mahupun anak raja. Kalau darjat yang menjadi ukuran, saya harap awak hentikan bacaan isi kandungan surat ini. Ia sudah tidak relevant pada awak lagi……=(

Handsome (tolong baca habis perenggan ni. Ia mungkin boleh bikin salah faham)

Awak, maaf ye. Perkataan tu bunyi demand sangat. Saya pun malu nak cakap sebab saya bukannya lawa sangat tapi, bermimpi nak putera kacak. Dengan putera katak pun, belum tentu saya ni layak. Huhu… Tapi, saya ada terbaca satu artikel kat iluvislam. Kenapa kita malu nak minta yang handsome tapi tak malu pulak nak mintak syurga Allah.huhu….awak, definisi handsome di hati saya ini bukanlah  kacak macam Shahir AF8, gorgeous macam Fahrin Ahmad mahupun sehot Asyraf Muslim apatah lagi bermimpi untuk memililiki lelaki sesempurna Nabi Yusoff. Tak…tidak sama sekali. Cukup awak handsome di mata saya, walaupun tidak di mata orang lain. Titik.

Tak bekeng(garang) tapi tegas
Walaupun saya ni diketegorikan sebagai ‘bekeng’ tapi saya amat tidak suka pada lelaki yang bekeng. Hati wanita saya ni lembut sebenarnya, hanya luarannya sahaja yang nampak bekeng. Tapi awak, saya tak perlukan awak memanjai saya sampai saya lupa siapa suami, siapa isteri. Tegaslah dengan saya pada tempatnya, insyaAllah saya ni lurus orangnya kalau kena gayanya. Sebab, impian saya nak jadi isteri solehah. Bantu saya awak…….

Bertanggungjawab

Mana-mana wanita kat dunia ini, semua impikan pendamping yang bertanggungjawab. Jadilah nakhoda yang bertanggungjawab dalam kapal kita nanti. Tak perlu saya catitkan satu persatu tanggungjawab yang perlu awak pikul, tapi saya amat tidak kisah kalau kita saling ingat mengingati tanggungjawab kita nanti. Awak suami & saya isteri.

Jangan perjuangkan EGO

Setiap manusia ada ego masing-masing. Jangan perjuangkan EGO dalam kapal kita nanti, takut-takut dilambung ombak yang kuat.khuatir juga karam di awal pelabuhan. Nauzubillah. Biarlah ego kita bertempat awak. Saya taknak perjudikan masa depan kita kerana ego. Saya minta awak rendahkan ego awak dengan saya, dan awak mintaklah saya rendahkan ego saya nanti andai isu ini berbangkit dalam kapal kita nanti, awak. 

Saling menerima keBURUKan & keBAIKan diri masing-masing

Awal-awal saya nak bagitau takut awak menyesal, saya memang banyak sikap buruk awak. Kalau awak rasa tak mampu nak terima, saya minta jangan mohon saya untuk menemani perjalanan hidup awak. Tapi saya selalu berdoa andai seseorang yang hadir untuk menjadi nakhoda kapal saya, biarlah awak & saya boleh saling menerima. Terima saya seadanya dan perbaiki diri saya awak, begitu juga saya. Paling ketara, adik-beradik saya cakap saya ni ‘budak-budak’. Kawan-kawan cakap saya ni ‘cerewet’(terutama bila buat kije). Mak saya cakap saya ni suka membebel(sebenarnya saya mewarisi sikap mak saya neh. Haha). Sanggupkah?dan lain-lain...hehe

Awak seorang penyayang?

Penyayang bukan hanya pada manusia, tapi pada haiwan jugak. Saya bukanlah pencinta haiwan yang tegar tapi saya sangat tidak suka pada mereka yang boleh menyepak kucing sesuka hati dan memukul itik tanpa rasa simpati. Saya kalau nak marah atau bengang pada mereka habis-habis saya tolak kucing tu slow-slow tak pun guna senjata paling hot. Saya membebel. Haha…awak, hati saya mudah jatuh sayang pada lelaki penyayang. Tak ramai yang tahu rahsia ni. Huhu…sekarang dah bocor. Namun saya mohon, usah pamerkan nilai penyayangmu melalui cemburu buta. Itu bukan jalannya.

Jadilah penyuntik semangat & pil penenang
Awak, saya tak suka makan panadol. Tolong jangan paksa saya makan bila awak tengok saya sakit lepas kawen nanti.hehe….. Tapi saya masih bisa menerima suntikan & pil istimewa. Semuanya dari awak, wahai Bakal Suami Saya. Saya mohon, jadilah penyuntik semangat & pil penenang dalam hidup saya. Saya dah kehilangan semua itu sejak ayah saya pergi meninggalkan saya. Walaupun family saya ada membekalkannya tapi dos yang diberikan tak sehebat yang ayah saya bagi. =( saya harap awak bisa menemui ramuan-ramuan SUNTIKAN SEMANGAT & PIL PENENANG itu.

Jangan ajak saya untuk bercinta dengan menangguhkan pernikahan kita

Awak, saya tak mampu nak buat story pakwe makwe. Saya tak pandai & tak reti. Sebab kalau boleh saya nak mencintai awak secara halal melalui ikatan pernikahan. Kalau benar awak nak pimpin saya dan nak saya temani perjalanan hidup awak, saya mohon tunjukkan kesungguhan yang sebenar. Saya tak mintak awak beli kereta mahupun istana mahligai, tapi ambil masa sejenak dan istikharah adakah saya layak untuk menjadi isteri dunia akhirat awak. Dan mintaklah saya secara beradab. Walaupun ayah saya sudah menyahut seruan Illahi, saya masih ada mak dan adik beradik yang sentiasa menyokong hidup saya. 

Pimpin saya untuk mengenal cintaNya…..

Awak, saya nak mengaku satu benda ni. Saya bukan nak jadi BIDADARI awak dekat dunia je, saya nak jadi BIDADARI awak sampai ke syurga nanti. Itupun kalau awak sudi & redha dengan saya.(blushing)

Sekian, terima kasih.

Saya SETUJU / TIDAK SETUJU




…………………………………………………….
(BAKAL SUAMI AWAK)

Tajuk tak boleh blah den dongar. Tapi siyes, ini pengakuan berani mati neh. Kalau sape-sape baca, tolong rahsiakan ‘RAHSIA NEGARA’ ambo deh. Takut terbocor luas, dah tak jadi ‘private & confidential’ dah. Ehem…print, sign and send to me (sila ambil perhatian BAKAL SUAMI SAYA). =)

*rasa nak masuk bawah bantal bila menulis entry ini. (blushing)…haha

kita mungkin boleh buat list yang panjang-panjang tentang apa yang kita nak, tapi kita kena sedar His list is alwayz the best. redhakan hati-hati ini menerimanya.


 

6 comments:

cikLah said...

suke la surat kamu ni... mcm nk tiru jeee... hmm.. mcm terharu plak (??)
errr.. hee.. tp siyes cm terharu...

Ameena Muktar said...

hahaha...lah. =)

Hana Farhana said...

woww..masyitah aminah mengarang,hehe.
Tp srius,surat yg bermanfaat..klh surat dpt twrn msuk u..:)

apa2 pun,yeyeh sy bleh komen kamu.. haha.

Ameena Muktar said...

nurul!!!

dop aci. kalau sy boleh komen blog nurul, siap la. siap bagi tips makan lagi. teringat nurul yg boleh telan burger sampai 2 bijik satu mlm. haha

masyitah dapat A bahasa melayu dulu. itu yg mengarang kalah surat tawaran masuk u neh. haha

miza said...

hehe..jangan marah masyitah..sy ade bg surat aku janji awk ni kat ssorg..hehe

Ameena Muktar said...

mizah....mizah bui ko sapo pulop. tolong jangan bui ko ustaz lulusan mesir or mane2 best student gak. leloh masyitah nak napas eh.

cer ambik tali ukur....po langit ngan bumi tu. adoooo....kawan aku ni gak.

Hello There

"hari ini bukan semudah semalam untuk bergelar manusia sempurna. banyak yang perlu dikorbankan, banyak juga yang terpaksa dilepaskan. sesekali langkah tersadung, rebah menyembah. sesekali melangkah gagah tersenyum megah dan semua itu memerlukan pengorbanan, menentukan kesabaran dan air mata. selagi prinsip hidup berada di atas landasan yang betul, usah di gusar pada anugerah Tuhan. anggaplah sesekali diduga itu sekadar utk mematangkan dan mengajar kita untuk bangun menjadi manusia sesempurna insan......" insyaAllah
There was an error in this gadget
 

Made by Lena