Daisypath Anniversary tickers

THE SIGN OF OUR LOVE

Lilypie First Birthday tickers

Saturday, May 28, 2011

aunty mie & her lovers

masyitah oh masyitah

hari yang amat memenatkan. hari ni pergi Mid Valley dengan ijah tengok Nur Kasih The Movie. not bad and i like this movie. walau di mana sahaja dan apa sahaja jua yang kita lakukan samada suka atau tidak sedarlah segalanya dari Dia. semuanya rahsiaNya. segalanya berhikmah.


saya sukakan cerita ini bukan kerana pelakonnya tapi saya sukakan jalan ceritanya dan feel di sepanjang saya menontonnya dalam pawagam sambil kesejukan. haha...saya lupa yang saya neh tidak tahan dengan penghawa dingin. ia agak mengganggu konsentrasi saya di samping rasa mengantuk yang menyebabkan saya jadi pening. kepenatan kerja semalam masih terasa. kenapa saya selalu penat je? 

ralatnya cerita ni bila masa ending si Alias anak saudara Adam bersalam dengan Nur Amina. something lack kat sini........thinking!

keluar pawagam pergi solat dan cari makan. haha....saya dah mula jatuh sakit. terpaksa membatalkan hajat nak cari beg. sakit kepala yang mencucuk-cucuk neh menyebabkan saya berkeputusan, saya kena balik. terpaksa berpisah dengan ijah awal daripada waktunya.

masih berfikir. nak beli beg macam mana eh? inilah masalah saya, saya memang tak pandai buat keputusan.
pilihan pertama:

senang nak bawak pergi ofis dan nampak ladies. hehe....tapi barang saya banyak. tak sesuai bawak handbag. tapi yang berada di benak fikiran nanti nak pergi interview boleh bawak. macam mana neh? saya nak tapi ada sebab lain menyebabkan saya nak pilih yang lain. tengok bawah.
pilihan kedua:

hehe....beg macam gini boleh bawak my soulmate. my hero. ngeh3...my lappy. boleh sumbat barang banyak-banyak. 
purse. tepon. charger. pencuci muka. buku. broadband.
paling best. senang nak bawak. kalau bawak sambil berlari pun ok. bukan macam beg ladies kat atas. nak kena kontrol-kontrol cam gitu. yang jadi masalahnya......beg cam gini mana sesuai nak pergi interview.

nape? nak tukar kerja ke?,...............huhuhu


entah la....saya cuma nak hidup tenang di samping insan yang saya sayang. di kuala lumpur tak menjanjikan semua itu untuk saya.  saya akui masih ada sudut positif yang saya terima sepanjang saya di sini, tapi masih ada yang membelenggu diri ini.

cadangan yang selalu diberi oleh orang sekelilingku. KAWEN.
hoho....bunyi cam senang je. banyak benda yang nak difikirkan. paling penting. mana CALONNYA? sebab masalah besar aku neh. bila orang suka aku, aku jadi tak suka. 

but, nice suggestion. saya boleh mula mencari calon kalo macam gitu gak. 

 ciri-ciri orang yang dicari? sebab baru tengok nur kasih the movie, saya jatuh hati pada lelaki seperti Adam. huahuahua...penyayang. setiap orang ada masa silam dan masa depan masing-masing. kisah Adam buat saya selalu berfikir, masa yang berlalu mampu mentransformasikan diri seseorang samada ke arah kebaikan dan keburukan.

jap....macam mana nanti kalau dah kawen mesti my love lappy dah jatuh ke tangga kedua. owh....thinking! thinking! haha

masyitah oh masyitah
~simple but complicated~
tengah pikir neh

Thursday, May 26, 2011

sy suka kelantan, tapi saya tak suka dia tu

almost 3 days di kelantan, saya jatuh hati. saya sukakan kelantan. sebab dekat nak balik kampung. hehe....yang saya suka, banyak benda yang saya nak beli saya jumpa di kelantan.
"padahal, memang aku tak sempat cari kat kl"

tapi ada eksiden yang buat aku agak membara dan buat sampai aku berfikir berhari-hari. isy...memang tak puas hati.

aku selalu cakap, if my future husband he is not police, soldier, lawyer or doctor. why? entah la.....kalau boleh aku nak elak. jangan salah sangka, sy hargai jasa dan hormati tugas mereka tapi saya ada reason saya sendiri. tapi andai dah ketentuanNya, who i am to deny. right? kalau hati sudah suka.......haha

tapi kejadian hari tu buat saya betol-betol menyampah. bukan semuanya doktor begitu sebab ada je saya jumpa doktor yang baik hati hari tu. tapi 3 orang yang saya jumpa neh betol-betul buat saya menganggap 'sume doktor macam ini ke?'

first jumpe, muka memang so professional and honestly sy mengaguminya. karisma doktor lelaki neh dan seorang doktor perempuan. cantik & manis. sy pikir, good looking has good job. insyaAllah must be good attitude. think positive.

iya la......buat saya membebel berbakul-bakul ada la. kenapa anda merawat pesakit bukan dengan hati dan rasa tanggungjawab? cara awak melayan orang tua seperti mak saya buat saya hilang keyakinan pada doktor seperti awak. geram je saya tengok awak bercakap dengan mak saya. nak taknak layan mak aku yang semput bercakap tu. buat apa tanya kalau taknak dengar. just nak buat research sebab nanti nak jawab ngan doktor awak ye. siap speaking omputih lagi ngan mak aku eh. budget aku tak paham. mak aku memang la.........

yela...sebab mak saya tak dok bilik vip kan. tapi sekali saya jeling awak, tau pun awak gelabah kan. sorry tu say, saya dah hilang hormat pada doktor-doktor macam awak. saya memang mengagumi orang yang bergelar doktor, tetapi bukan doktor yang hanya nak siap kerja seperti awak. 

yang buat saya pikir, kalau gini la lelaki jadi doktor......'suami saya bukan seorang doktor'. first list orang yang saya tokse.memang saya amat bengang sampai sekarang.  bertambah sebab untuk saya mengelak pergi klinik jumpe doktor. hahaha.....

terima kasih pada semua saudara mara yang banyak membantu kami adik beradik. terasa kami dengan ketiadaan ayah diganti dengan ketulusan dan keprihatinan kalian.


buat min, terima kasih datang jenguk mak akak. hehe....


Alhamdulillah, mak dah keluar hospital. lega. terima kasih untuk semua jururawat dan doktor yang menjaga mak saya. jasa kalian saya hargai. saya mungkin tak suka attitude doktor tu, tapi saya manusia yang masih tahu menghargai orang. terima kasih doktor dan jujur saya akui, senyuman doktor perempuan pelatih tu manis. senyuman mampu menenangkan hati orang yang melihatnya. mungkin saya juga begitu......tapi doktor lelaki tu. erm......sy tak suka. hehe. titik.

maaf sebab tak suka orang......

Saturday, May 21, 2011

~saya dalam kesedihan. saya mahu balik~

ada yang buzz sy kat ym cakap sy manja. biar la.....sebab hari ni saya memang rasa nak menangis. entah kenapa bangun pagi tadi rasa sedih je. dah dua tiga hari aku dok teringat semacam dekat mak. telefon semalam pun mak tak berapa sihat.

kak terlalu memikirkan kemungkinan masa depankah? bukan kak berharap akan sebuah kehilangan, tapi kak takut kak ditinggalkan mak........kehilangan ayah masih terasa. kak masih belum kuat.

baru dapat berita. my mom on da way ke hospital kubang kerian. make me strong........insyaAllah. mak akan baik-baik saja.

saya nak balik.........

Thursday, May 19, 2011

Harta Yang Manakah Paling Bernilai?

Apa harta yang paling bernilai yang anda miliki? tiba-tiba persoalan ini yang mengetuk kotak pemikiran aku yang bagai dipam-pam sakit kepalanya selepas hampir 9 jam mengadap pc di ofis. dan dengan perut yang baru diisi nasi bersama terung dicicah budu, yummy! aku makin teruja berfikir setelah membaca artikel ini.


wang? kereta? kekasih? 
erm......

bila difikir sejenak. dicongak sebentar dan artikel itu bagai buat aku tersedar. harta yang paling bernilai yang aku miliki selama ini tak jauh dan tidak mahal manapun. namun nilainya tiada di pasaran. kerna dia satu di dunia. 

IBU
KuasaNya & Kasih Ibu 

renungkanlah....

 apakah kita mampu untuk bertindak seperti wanita itu? seorang ibu mungkin bisa berkorban untuk sepuluh orang anak namun sepuluh anak belum tentu bisa untuk berkorban demi seorang ibu. fikir-fikirkan sejenak di malam indah ini.

kak rindukan mak. semoga kak tak lupakan mak walau setinggi mana gunung kak jejaki, sedalam mana lautan kak rentasi dan sejauh mana jarak memisahkan kita. kerna mak anugerah istimewa Dia untuk insan biasa ini. Alhamdulillah.
~mengertilah hati seorang ibu. anak-anaknya adalah segalanya~


Tuesday, May 17, 2011

~OUR DATING~

Apabila anda bertemu dengan sahabat yang tepat, insyaAllah perjalanan sesuatu pertalian itu menjadi indah dah hebat. Sahabat yang sejati tak perlu bertahun-tahun usianya sebab kadang kala hanya sedetik pertemuan sudah cukup membahagiakan menjadikan seseorang itu bertuah mendapat sahabat sepertinya.


dah lama aku tak masuk UIA, hari Ahad lepas aku and the geng jadi pelawat tak rasmi. sampai kat pintu masuk UIA pun, pakcik guards dah dok ushar nak bagi no telefon. tak boleh blah la kalo dah jadi perempuan neh. hahaha....ayat jahat betol. gurau2 jew..

masyitah, jaa, lah dan mizah. kami jalan-jalan sampai kepenatan dan berpicnic di bawah pokok di tepi tasik uia. 



LAKSA PENANG VS SPAGETTI
tak tau apa yang jadinya dekat aku neh, padahal seminggu dok meleleh air liur mengidam nak makan laksa penang. tup...tup jumpa diorang neh aku hadap spagetti. sikit pun aku tak makan laksa penang hasil basuhan tanganku tu. sedang pikir neh, nape jadi lagu tu.....haha

selepas kepenatan melepak lapok bawah pokok kami ke hostel AMINAH. bilik mizah. haha....aku pergi tidur bilik orang puas-puas hati weh. siap peluk teddy bear milik orang lagi tu. satu lagi kemusykilan, bila masa aku minat dengan teddy bear neh eh. dulu pantang tengok, aku berbulu je mata melihatnya. semalam....isy bukan main. geli aku nengoknya. haha



then, majlis diakhiri dengan aku dan jaa menghantar lah balik ke seksyen 7 shah alam. hehe.......tapi sempat lagi kami mengepaw miss hazliza belanja pizza hut. sakit perut aku nak menghabiskannya. sebab sape kenal masyitah, mesti tau aku tak boleh makan banyak-banyak sekaligus kan. hahaha
 thanks jaa. nanti ada rezeki aku blanje mg pulop.



semoga ketemu lagi. masyitah happy. terima kasih semua! luv you all girls!
~OUR DATING~

Monday, May 16, 2011

SEGMEN AKU SPORTING

malam ni rajin je jalan-jalan blog orang. sebenarnya, saya lebih suka jadi silent reader. jarang-jarang sy komen sebab segan. haha.....tapi ntah nape malam ni first time masyitah join benda lagu neh. kenapa? actually sy sukakan nama UMAR. secara tak sengaja terjumpe blog UMAR.

meh melayan & menjoin kije di kesempatan esok hari cuti neh........


tapi, bab kena masuk lif tekan sendiri OR naik penimbang timbang diri sendiri neh yang tak boleh tahan neh. kang puji benda betul orang tak percaya, cakap benda tak betul lak orang percaya lak. haha...masyitah really the simple but complicated ~ tak puji lagi neh. 

saya seorang yang baik hati kot. erm...ye kot. suka tolong orang walhal aku sendiri pun udah enggak bisa ditolong. huahuahua....sebab tu selalu kena buli. kadang-kadang bila marah balik pun, orang gelak je tengok aku marah. kadang-kala aku marah cepat je sejuk hati bila orang mintap maaf. bak kata: 

anak sedara : aunty mie garang macam kak ros upin ipin la.
adik aku : tapi hati aunty mie baik kan......

aunty mie = aku la tu

haha....ayat membodek betul la.

 

Laksa Penang & Calon Menantu Mak

ini kisah benar dan bukan rekaan semata-mata. seminggu aku masuk opis tiap-tiap hari aku asyik menelan air liur. keinginan nak makan laksa penang bukan semcam, tapi dah jadi bermacam-macam. tiap-tiap hari aku bagitau senior aku, Kak An 'saya dah mengidam laksa penang tahap cipan neh'. 

apahal la masyitah......dan dengan penuh segan silu aku tanya mak resipi laksa penang. bukan tak biasa buat, tapi nak menghasilkan sesuatu yang terbaik kita perlu usaha...usaha nak wat yang terbaik. itu pasai aku telefon bonda tercinta. 

ayat pertama mak buat aku terharu bangat seh. sayang aku sampai nak naik kl. tapi, ayat seterusnya buat kak rasa nak mati mengidam lak. hehe

mak : tunggu mak naik kl la mak buat kekgih.

kak : ye ke? waa...sedapnya. dop sabar neh. jap....bilo mak?

mak : tunggu cuti sekolah. bulan 6.

adooo.....mak. ini baru tengah bulan 5. mau mati mengidam dulu kak mak. hehe......

tapi ayat sebelum kisah laksa penang neh kluar lagi best.
kak : mak, nak minta benda neh. hajat besar.

mak : nak gapo? nak wat balik calon rumah ko?

hoho...ayat mak memang tak boleh blah. asyik menanya calon je ngan anak perempuan dia neh.

kak : mak....kan kak suruh mak cari. yang semat sikit mak. hahaha 

mak : cari sendiri la. kekgih dop berkenan.

huhuhu....mak. sebenarnya, kalau orang yang boleh tambat hati keluarga kak terlebih dahulu baru tambat hati kak hoho...bonus tu. 

isy...jauh menyimpang. kita cakap pasal laksa penang balik. tetttt.....

tapi tak sangka lain yang aku plan. lain yang jadi. aku buat 2 periuk kuah laksa penang budget nak kasi kat abang-abang bujang yang menyewa kat belakang umah aku. haha...ini adalah gurauan aku dengan kakak aku semata-mata ye. aku jemput abis kakak-kakak dan abang aku datang makan laksa penang hasil buatanku. macam kenduri lak. sebenarnya masakanku ini salah satunya untuk tanda kesyukuran gaji pertamaku. tak salah kita bahagikan sedikit rezeki kita yang tak seberapa dengan orang-orang yang kita sayang kan.



sebanyak-banyak 2 periuk yang aku masak dan kesengsaraan yang aku alami untuk menunggu hujung minggu bagi memasak makanan kegemaranku ini....aku hanya makan semangkuk. itu pun tak banyak.

kenapa?

kerana aku kenyang bila hasil masakanku dinikmati oleh orang-orang yang aku sayang. bukan saja kakak-kakak dan abang-abangku malahan aku siap bawak pergi picnic lagi dengan my bestfrens. waa...itu satu lagi kisah. next entry.

apa yang boleh aku tulis, Alhamdulillah. syukur untuk nikmat yang Dia bagi walau dalam apa jua keadaan sekalipun. indahnya bagi yang menghargai. 

ini baru mengidam laksa penang. next week jangan aku mengidam nak wat balik calon menantu kat mak. pening kepala aku nak mencari.........

Sunday, May 8, 2011

Surat Untuk Mak dari Anak Bongsu Pompuan Mak

Assalamualaikum.....

kehadapan mak yang disayangi dan dirindui selalu di kampung, kak mohon moga kehadiran surat neh tidak mengganggu konsentrasi dan hobi mak berkebun kat belakang umah tu. kak tak paham, nape kak takde genetik rajin mak untuk menghijaukan alam semesta macam mak selalu buat tu haha.....tanam jagung la. ubi kayu la. getah la. timun la. dengki neh tapi malas nak berkebun. nak2 time hujan. pacat banyak. geram je. hehe

mak,
surat ni hadir bukan sebab esok hari ibu je. sudah lama kak tak menulis entry untuk mak sebab mungkin sebelum ni kak terlalu larut dengan perasaan kehilangan ayah. lelaki paling istimewa untuk mak dan kami. sungguh kak kagum dengan kekuatan dan ketabahan hati seorang ibu dan isteri di sepanjang 23 tahun kak bergelar anakmu. rasa itu makin kuat bila melihat gagahnya ibu dan isteri ini di saat ayah sakit dulu. mak, kak ada mewarisi dop genetik tu? setabah mak? tak kan...sbb tu kak selalu menangis. huahuahua

mak,
mengimbau kenangan hidup kita, terlalu banyak yang mak korbankan untuk kak sampai kak hampir-hampir tepu untuk menghargai apa yang mak lakukan. tapi bila kak dalam kesusahan dan betul-betul dilanda masalah hari tu, ayat mak betul-betul buat kak bagai tersedar dari lena yang panjang.
'mak bukannya mahukan anak mak bergaji besar sampai beribu.tapi cukuplah kalau anak mak mampu hidup tenang dan bahagia. itu yang mak nak.'
kak amat-amat terharu mak. biarpun keputusan yang dibuat adalah buruk di pandangan masyarakat namun mak masih menyokong setiap apa yang kak putuskan. 


mak,
kak nak mintak maap sebab selalu susahkan mak. asyik sakit je. pastu mak jugak susah payah even mak sebenarnya lebih banyak penyakit dan sakitnya. kadang-kadang kak rasa, makin tua kak makin manja lak. hairan bin ajaib. sapa punya kije neh? tapi bila sihat banyak je mulut kak neh. menjawab itu ini. bercakap hal tu hal ni. mak layan je. mak, kak yakin sangat untuk hal ini. bab potpetpotpet ni memang kak mewarisi bakanya dari mak sebab ayah jenis bercakap bila perlu je. hahaha

mak,
kak tahu harapan dan impian yang mak dan ayah sandarkan pada kak amat tinggi. tinggi harapan kalian nak melihat kak berjaya hingga ke puncak. bagi kak semangat. bagi kak ruang dan masa. insyaAllah semoga kak tak lupa dengan janji kak untuk kembali menyambung pengajian selepas ini. itu pasal kak suruh mak cari calon suami untuk kak yang boleh push kak pergi belajar. kak kan nak pergi oversea tapi dengan syarat kena kawen. kak takdop calon mak. bila suruh mak cari, mak suruh cari sendiri. mak tau tak kalo kak cari sendiri, ada je yang tak berkenan kat hati. itu pasai beli selipar kak suruh orang lain pilih, kalo kak pilih nanti tak puas hati lak. perangai sapa la kak ikut neh mak?


mak,
kak rindukan masakan mak la. apasal mak pandai masak tapi kak masak tak rasa macam mak masak pun. kalau balik kampung pun, kak kena masak sendiri. kak nak rasa mak masak la. hari tu mak buat telur masak kicap even kak ni tak suka telur sebab mak masak, kak makan...isy....sedapnya lain macam. kadang-kadang mak tau tak kak rasa nak muntah makan kat kedai di kl ni. selera dan perut orang kampung macam kak neh mak xde ubat. mak, rasa nak ajak mak dok kl je tapi kak tau yang mak takkan tinggalkan istana kenangan mak dan ayah tu kan? takpa, tunggu kak balik area terengganu. masih musykil kenapa kak tak reti masak macam mak masak.........


mak,
di kesempatan hari ibu esok, kak nak ucap selamat hari ibu untuk mak. semoga mak selalu sihat dan dibawah naungan rahmatNya selalu. kalau sesiapa yang boleh lihat hati kak mak, tahulah kalian yang betapa kak rindukan mak dan nak sangat hidup di samping mak sentiasa. berada bersama mak bagai berada di samping ayah yang telah pergi meninggalkan kita mak. mak dan ayah insan yang paling kak sayang. namun kak akur untuk aturan hidup di dunia. kak mintak maap kalau kak tak mampu wat balik menantu kat mak pasni. entah la mak, kak rasa tak layak untuk sesiapa dan kak hanya nak hidup tenang di samping mak sampai hujung usia. entah kenapa rasa macam neh. haha...yg penting kak sayang mak sangat-sangat.



Wednesday, May 4, 2011

~di kala menjengah angka 23~

terima kasih buat sahabat-sahabat saya yang sudi menceriakan saya di angka 23. samada ucapan melalui facebook, ym dan telefon mahupun yang bersua muka dengan masyitah. terima kasih untuk doa-doa kalian. harap-harap makbul doa kalian ye. amin.

 bahagia dunia akhirat
jadi anak solehah
berjaya dalam apa jua yang diceburi
cepat jodoh

 terima kasih untuk ijah yang sudi bawak saya round kl n makan. sebenarnya kita patut share je kek dan air tu. masyitah bukan makan banyak pun. pertemuan sebentar kita begitu bermakna. alhamdulillah. saya benar-benar menghargai persahabatan ini, kawan.


thank you abang din sebab belanja saya makan. tapi. sy tak ambik gambar la. rugi2.

dan jugak buat dia yang sengaja buat saya menanti di hari lahirku. jaa. thank you for everything. not just for kfc(hahaha) but for this friendship too. you really the special fren He gave to me. Alhamdulillah. tapi dop tau la kalo nak tukar 'title' relationship kita kekgih. hahaha.....lagi byk buleh paw neh.
terima kasih untuk semua yang membahagiakan ini. setiap pahit manis yang hadir dalam hidup saya adalah anugerah buat saya berfikir & bermuhasabah. kuatkanku untuk setiap ujian agar aku bisa melaluinya dengan tenang dan mendewasakan diri wanita bernama masyitah aminah.
 

Hello There

"hari ini bukan semudah semalam untuk bergelar manusia sempurna. banyak yang perlu dikorbankan, banyak juga yang terpaksa dilepaskan. sesekali langkah tersadung, rebah menyembah. sesekali melangkah gagah tersenyum megah dan semua itu memerlukan pengorbanan, menentukan kesabaran dan air mata. selagi prinsip hidup berada di atas landasan yang betul, usah di gusar pada anugerah Tuhan. anggaplah sesekali diduga itu sekadar utk mematangkan dan mengajar kita untuk bangun menjadi manusia sesempurna insan......" insyaAllah
 

Made by Lena