Daisypath Anniversary tickers

THE SIGN OF OUR LOVE

Lilypie First Birthday tickers

Sunday, May 8, 2011

Surat Untuk Mak dari Anak Bongsu Pompuan Mak

Assalamualaikum.....

kehadapan mak yang disayangi dan dirindui selalu di kampung, kak mohon moga kehadiran surat neh tidak mengganggu konsentrasi dan hobi mak berkebun kat belakang umah tu. kak tak paham, nape kak takde genetik rajin mak untuk menghijaukan alam semesta macam mak selalu buat tu haha.....tanam jagung la. ubi kayu la. getah la. timun la. dengki neh tapi malas nak berkebun. nak2 time hujan. pacat banyak. geram je. hehe

mak,
surat ni hadir bukan sebab esok hari ibu je. sudah lama kak tak menulis entry untuk mak sebab mungkin sebelum ni kak terlalu larut dengan perasaan kehilangan ayah. lelaki paling istimewa untuk mak dan kami. sungguh kak kagum dengan kekuatan dan ketabahan hati seorang ibu dan isteri di sepanjang 23 tahun kak bergelar anakmu. rasa itu makin kuat bila melihat gagahnya ibu dan isteri ini di saat ayah sakit dulu. mak, kak ada mewarisi dop genetik tu? setabah mak? tak kan...sbb tu kak selalu menangis. huahuahua

mak,
mengimbau kenangan hidup kita, terlalu banyak yang mak korbankan untuk kak sampai kak hampir-hampir tepu untuk menghargai apa yang mak lakukan. tapi bila kak dalam kesusahan dan betul-betul dilanda masalah hari tu, ayat mak betul-betul buat kak bagai tersedar dari lena yang panjang.
'mak bukannya mahukan anak mak bergaji besar sampai beribu.tapi cukuplah kalau anak mak mampu hidup tenang dan bahagia. itu yang mak nak.'
kak amat-amat terharu mak. biarpun keputusan yang dibuat adalah buruk di pandangan masyarakat namun mak masih menyokong setiap apa yang kak putuskan. 


mak,
kak nak mintak maap sebab selalu susahkan mak. asyik sakit je. pastu mak jugak susah payah even mak sebenarnya lebih banyak penyakit dan sakitnya. kadang-kadang kak rasa, makin tua kak makin manja lak. hairan bin ajaib. sapa punya kije neh? tapi bila sihat banyak je mulut kak neh. menjawab itu ini. bercakap hal tu hal ni. mak layan je. mak, kak yakin sangat untuk hal ini. bab potpetpotpet ni memang kak mewarisi bakanya dari mak sebab ayah jenis bercakap bila perlu je. hahaha

mak,
kak tahu harapan dan impian yang mak dan ayah sandarkan pada kak amat tinggi. tinggi harapan kalian nak melihat kak berjaya hingga ke puncak. bagi kak semangat. bagi kak ruang dan masa. insyaAllah semoga kak tak lupa dengan janji kak untuk kembali menyambung pengajian selepas ini. itu pasal kak suruh mak cari calon suami untuk kak yang boleh push kak pergi belajar. kak kan nak pergi oversea tapi dengan syarat kena kawen. kak takdop calon mak. bila suruh mak cari, mak suruh cari sendiri. mak tau tak kalo kak cari sendiri, ada je yang tak berkenan kat hati. itu pasai beli selipar kak suruh orang lain pilih, kalo kak pilih nanti tak puas hati lak. perangai sapa la kak ikut neh mak?


mak,
kak rindukan masakan mak la. apasal mak pandai masak tapi kak masak tak rasa macam mak masak pun. kalau balik kampung pun, kak kena masak sendiri. kak nak rasa mak masak la. hari tu mak buat telur masak kicap even kak ni tak suka telur sebab mak masak, kak makan...isy....sedapnya lain macam. kadang-kadang mak tau tak kak rasa nak muntah makan kat kedai di kl ni. selera dan perut orang kampung macam kak neh mak xde ubat. mak, rasa nak ajak mak dok kl je tapi kak tau yang mak takkan tinggalkan istana kenangan mak dan ayah tu kan? takpa, tunggu kak balik area terengganu. masih musykil kenapa kak tak reti masak macam mak masak.........


mak,
di kesempatan hari ibu esok, kak nak ucap selamat hari ibu untuk mak. semoga mak selalu sihat dan dibawah naungan rahmatNya selalu. kalau sesiapa yang boleh lihat hati kak mak, tahulah kalian yang betapa kak rindukan mak dan nak sangat hidup di samping mak sentiasa. berada bersama mak bagai berada di samping ayah yang telah pergi meninggalkan kita mak. mak dan ayah insan yang paling kak sayang. namun kak akur untuk aturan hidup di dunia. kak mintak maap kalau kak tak mampu wat balik menantu kat mak pasni. entah la mak, kak rasa tak layak untuk sesiapa dan kak hanya nak hidup tenang di samping mak sampai hujung usia. entah kenapa rasa macam neh. haha...yg penting kak sayang mak sangat-sangat.



No comments:

Hello There

"hari ini bukan semudah semalam untuk bergelar manusia sempurna. banyak yang perlu dikorbankan, banyak juga yang terpaksa dilepaskan. sesekali langkah tersadung, rebah menyembah. sesekali melangkah gagah tersenyum megah dan semua itu memerlukan pengorbanan, menentukan kesabaran dan air mata. selagi prinsip hidup berada di atas landasan yang betul, usah di gusar pada anugerah Tuhan. anggaplah sesekali diduga itu sekadar utk mematangkan dan mengajar kita untuk bangun menjadi manusia sesempurna insan......" insyaAllah
 

Made by Lena