Daisypath Anniversary tickers

THE SIGN OF OUR LOVE

Lilypie First Birthday tickers

Monday, May 16, 2011

Laksa Penang & Calon Menantu Mak

ini kisah benar dan bukan rekaan semata-mata. seminggu aku masuk opis tiap-tiap hari aku asyik menelan air liur. keinginan nak makan laksa penang bukan semcam, tapi dah jadi bermacam-macam. tiap-tiap hari aku bagitau senior aku, Kak An 'saya dah mengidam laksa penang tahap cipan neh'. 

apahal la masyitah......dan dengan penuh segan silu aku tanya mak resipi laksa penang. bukan tak biasa buat, tapi nak menghasilkan sesuatu yang terbaik kita perlu usaha...usaha nak wat yang terbaik. itu pasai aku telefon bonda tercinta. 

ayat pertama mak buat aku terharu bangat seh. sayang aku sampai nak naik kl. tapi, ayat seterusnya buat kak rasa nak mati mengidam lak. hehe

mak : tunggu mak naik kl la mak buat kekgih.

kak : ye ke? waa...sedapnya. dop sabar neh. jap....bilo mak?

mak : tunggu cuti sekolah. bulan 6.

adooo.....mak. ini baru tengah bulan 5. mau mati mengidam dulu kak mak. hehe......

tapi ayat sebelum kisah laksa penang neh kluar lagi best.
kak : mak, nak minta benda neh. hajat besar.

mak : nak gapo? nak wat balik calon rumah ko?

hoho...ayat mak memang tak boleh blah. asyik menanya calon je ngan anak perempuan dia neh.

kak : mak....kan kak suruh mak cari. yang semat sikit mak. hahaha 

mak : cari sendiri la. kekgih dop berkenan.

huhuhu....mak. sebenarnya, kalau orang yang boleh tambat hati keluarga kak terlebih dahulu baru tambat hati kak hoho...bonus tu. 

isy...jauh menyimpang. kita cakap pasal laksa penang balik. tetttt.....

tapi tak sangka lain yang aku plan. lain yang jadi. aku buat 2 periuk kuah laksa penang budget nak kasi kat abang-abang bujang yang menyewa kat belakang umah aku. haha...ini adalah gurauan aku dengan kakak aku semata-mata ye. aku jemput abis kakak-kakak dan abang aku datang makan laksa penang hasil buatanku. macam kenduri lak. sebenarnya masakanku ini salah satunya untuk tanda kesyukuran gaji pertamaku. tak salah kita bahagikan sedikit rezeki kita yang tak seberapa dengan orang-orang yang kita sayang kan.



sebanyak-banyak 2 periuk yang aku masak dan kesengsaraan yang aku alami untuk menunggu hujung minggu bagi memasak makanan kegemaranku ini....aku hanya makan semangkuk. itu pun tak banyak.

kenapa?

kerana aku kenyang bila hasil masakanku dinikmati oleh orang-orang yang aku sayang. bukan saja kakak-kakak dan abang-abangku malahan aku siap bawak pergi picnic lagi dengan my bestfrens. waa...itu satu lagi kisah. next entry.

apa yang boleh aku tulis, Alhamdulillah. syukur untuk nikmat yang Dia bagi walau dalam apa jua keadaan sekalipun. indahnya bagi yang menghargai. 

ini baru mengidam laksa penang. next week jangan aku mengidam nak wat balik calon menantu kat mak. pening kepala aku nak mencari.........

No comments:

Hello There

"hari ini bukan semudah semalam untuk bergelar manusia sempurna. banyak yang perlu dikorbankan, banyak juga yang terpaksa dilepaskan. sesekali langkah tersadung, rebah menyembah. sesekali melangkah gagah tersenyum megah dan semua itu memerlukan pengorbanan, menentukan kesabaran dan air mata. selagi prinsip hidup berada di atas landasan yang betul, usah di gusar pada anugerah Tuhan. anggaplah sesekali diduga itu sekadar utk mematangkan dan mengajar kita untuk bangun menjadi manusia sesempurna insan......" insyaAllah
 

Made by Lena