Daisypath Anniversary tickers

THE SIGN OF OUR LOVE

Lilypie First Birthday tickers

Thursday, May 19, 2011

Harta Yang Manakah Paling Bernilai?

Apa harta yang paling bernilai yang anda miliki? tiba-tiba persoalan ini yang mengetuk kotak pemikiran aku yang bagai dipam-pam sakit kepalanya selepas hampir 9 jam mengadap pc di ofis. dan dengan perut yang baru diisi nasi bersama terung dicicah budu, yummy! aku makin teruja berfikir setelah membaca artikel ini.


wang? kereta? kekasih? 
erm......

bila difikir sejenak. dicongak sebentar dan artikel itu bagai buat aku tersedar. harta yang paling bernilai yang aku miliki selama ini tak jauh dan tidak mahal manapun. namun nilainya tiada di pasaran. kerna dia satu di dunia. 

IBU
KuasaNya & Kasih Ibu 

renungkanlah....

 apakah kita mampu untuk bertindak seperti wanita itu? seorang ibu mungkin bisa berkorban untuk sepuluh orang anak namun sepuluh anak belum tentu bisa untuk berkorban demi seorang ibu. fikir-fikirkan sejenak di malam indah ini.

kak rindukan mak. semoga kak tak lupakan mak walau setinggi mana gunung kak jejaki, sedalam mana lautan kak rentasi dan sejauh mana jarak memisahkan kita. kerna mak anugerah istimewa Dia untuk insan biasa ini. Alhamdulillah.
~mengertilah hati seorang ibu. anak-anaknya adalah segalanya~


No comments:

Hello There

"hari ini bukan semudah semalam untuk bergelar manusia sempurna. banyak yang perlu dikorbankan, banyak juga yang terpaksa dilepaskan. sesekali langkah tersadung, rebah menyembah. sesekali melangkah gagah tersenyum megah dan semua itu memerlukan pengorbanan, menentukan kesabaran dan air mata. selagi prinsip hidup berada di atas landasan yang betul, usah di gusar pada anugerah Tuhan. anggaplah sesekali diduga itu sekadar utk mematangkan dan mengajar kita untuk bangun menjadi manusia sesempurna insan......" insyaAllah
 

Made by Lena