Daisypath Anniversary tickers

THE SIGN OF OUR LOVE

Lilypie First Birthday tickers

Thursday, August 25, 2011

2nd CHECKLIST BALIK KAMPUNG by Ameena Muktar

2nd CHECKLIST SEBELUM BALIK KAMPUNG
  • First of all, kemas bilik. saya tak suka bila balik KL dengan mood tak menentu dan keletihan menghadap bilik bersepah. at least takde baju kain bersepah kat atas lantai. macam balik kampung, adik-adik dah tau makcik ni balik tolong clean up MY BEDROOM andai ada kesan pencerobohon. even memang masyitah selalu kesan, apsal majalah-majalah dan buku-buku dalam bilik tu makin surut. jangan bagi saya buat CHECKLIST dalam bilik sendiri lak. hahaha
  • Basuh kain. WIP (work in progress). malam ni kena queue guna washing machine. al-maklum la, saya ni kerja buruh kasar. balik kije rasa nak tidur je. dan sekian maklum juga 6 hari demam=3 hari tak mau bangun2 rasanya mengakibatkan saya kelebihan dos untuk berehat. demam ini buat saya tak boleh tido malam.Alhamdulillah.
  • Packing biskut raya, hadiah, duit raya(kalau tertinggal duit raya ni best jugak. hahaha), my lappy(my hubby ni masuk beg mlm esok + babyband)...beg kain mlm esok baru mula. saya sure, saya hanya akan complete kemas bab baju malam esok. kalau sekarang, ada je yang tertinggal.
  • Topup T&G sebelum pakcik VIP tu bising kena masuk lane TUNAI. thank to Zhi sebab tolong settle masalah neh. jangan esok u lewat bangun & I lupa ambik benda alah tu. tidak!
  • Jemput pakcik VIP di Shah Alam esok sebelum bertolak balik. huish, berbuka puasa sorang-sorang lagi esok. dah 3 hari tak jumpa nasi, hari ini kat ofis aku terbayang 'roti canai' & 'ayam penyet'. mengalahkan kakak seniorku yang pregnant ni. ini la kesannya bila aku kehilangan selera makan untuk satu tempoh. bila datang....erm.....teringat kata-kata kak Azhan kat opis.
'budak ni kalau mengandung ntah apa yang diminta pada laki dia neh' 
=)
saya tak mintak lebih kak, saya mintak kasih sayang je. hehe..jawapan gedik2 time bosan mengadap pc.

excited nak balik kampung, bukan balik beraya neh. huhuhu....mengimbau kenangan bersama di teratak usang itu, menghilangkan rinduku padanya. hampir genap setahun dia tinggalkan kami, bagai semalam kak memeluk dan mencium dia.....rindu ini hanya Allah yang tahu.

his favourite Raya's song


Monday, August 22, 2011

Calon Jenazah

hari ini selepas pi bayar biskut raya yang dibeli pada kak siti, aku berjalan menuju ke surau. kalih tengok pada Public ATM. panjangnya operator dok beratur keluarkan duit. tak larat nak join, badan pun tak berapa nak enak. bukan lapar, tapi kurang sihat.

sampai kat surau, Ustaz Azhar penceramah jemputan baru sampai. nasib baik, kalau tak tertinggal kereta api la masyitah aminah. pilih saf depan tepi seniorku. hehe...bukan apa, celik sikit mata even kadang-kala keluar masuk telinga je. at least takde la mengantuk then syahid kat belakang. sekurang-kurangnya hargai ilmu Allah yang nak disampaikan.

dengan tajuk umum, serba sedikit perkara yang diperkatakan mencuit hati hamba-hamba Allah yang datang. satu persoalannya masih berlegar di fikiran.

'adakah anda merasa betapa sedihnya ketika meminum air kotak dan selepas itu kehabisan sebagaimana adakah anda sedih bila kita sudah berada hampir di pengakhiran Ramadhan?'

tanya hati & tanya iman, wahai CALON JENAZAH semua......terkedu sekejap. rupa-rupanya aku ini salah seorang calon jenazah yang belum diketahui bila tarikh berangkatnya. 

masuk hari kelima demam ni, buat aku terpikir takkan tengah tunggu tiket nak berangkat kot.......huhuhu
sakit kan penawar dosa yang lalu masyitah, sabar la sikit. tapi bila demam suam-suam ini, ia benar-benar menguji. cuma hari ini je makin teruk, rasa nak pergi cari je remote control kat opis tu. SERAM SEJUK je......kalau nak demam, demam la betul-betul. senang nak pergi ambik MC. ini macam nak taknak je....time nak tido & waktu siang je demam. demam mengada-ngada neh!

*kakak senior kat opis cakap, kalau anaknya demam waktu malam doktor cakap itu 'demam virus'......ooooo......tapi kalau demam siang hari macam saya ni akak macam mana? 'demam rindu' hahaha....kitorang gelak ramai-ramai.

*ntah-ntah demam excited sebab Tessa dah approve cuti kot....huhu...saya boleh balik raya kat kampung. Alhamdulillah. thank you Allah for this love.

*setiap daripada anda adalah calon jenazah yang menanti ketibaan tiket untuk berangkat. Ramadhan bulan berkat, bulan keampunan. rebutlah maghfirahNya, takut takut kita bakal menaiki tiket untuk penerbangan seterusnya....pesanan untuk diri sendiri.

artikel 2 ramadhan sebelum ini buat insan-insan yang tersayang.  Ramadhan Yang Lalu Ramadhan di UDM  Syawal Terakhir . dan Calon Jenazah ini entry khas untuk diriku. 


Sunday, August 21, 2011

CHECKLIST SEBELUM BALIK KAMPUNG by Ameena Muktar

CHECKLIST SEBELUM BALIK KAMPUNG
  • service si kuning. huhuhu.....hampir kopak aunty mie ni. kena potong duit raya anak sedara la neh. hahaha
  • biskut raya. dah beli dah. berbulu senior-seniorku kat ofis menengok aku asyik beli biskut raya. hehe... tahun ni ingat nak buat biskut raya tapi melihatkan pada perkembangan semasa yang tak berapa nak kembang neh, batalkan niat itu. takut tak sempat. yang pasti, kak tak boleh buat tat nenas lagi untuk tahun ini.
  • duit raya(tak boleh highlight besaq2 neh. haha). first year bagi duit raya dengan duit gaji. dulu aunty mie bg ngan duit biasiswa......tahun ni RM1 cukup x? hehe, graf makin turun nampak?
  • baju raya. satu kaler purple kat kampung dan satu kaler merah kat KL. dah cukup dah. tak payah nak berangan wat 5 pasang. cutinya 3 hari kang, menangis kena beraya kat ofis.
  • selipar. hehe...saloh beli. hajat nak beli selipar. dah lama tak pakai selipar. tapi bila keluar je kedai, 'eh, aku beli kasut jugak.' dan ini la hasilnya. beli kasut raya + kasut konvo. jimat. bagus betul kalau kaki yang jenis suka pakai kasut macam cinderella ni. yang tak bestnya, pakai saiz cinderella. size kaki kecik, so beli yang besar jugak. takde.
  • my heart. saya tak tahu sudah bersedia untuk balik beraya tanpa dia atau belum. first raya without him. hanya yang pernah merasai tahu suasana di pagi raya tanpa salam dan pelukan dari dia. bukan tak biasa salam, peluk dan cium dia selama ini. tapi perasaan di hari raya itu lebih istimewa. rindukan gelak tawanya di pagi raya dan suara bisingnya meminta makan nasi impit. menu utama di pagi raya.
* tat nenas, kak & ayah...ada memorinya yang tersendiri. entah tahun bila lagi kak akan kembali buat biskut tu ayah.=(

* owh, hampir lupa...hadiah untuk farihah. dah beli. baru siap bungkus. tunggu nak hantar je. tunggu eh, akak nak gi ambik aura orang kawen lak. bila nak melekat kat akak neh. takde prince charming lagi yang melamar. rasanya akak dah pakai size cinderella doh kaki ni. bak kata anak saudaraku, Fatnin:
Fatnin         : aunty mie. kalau kak long Barbie, aunty mie apa?
As(mama)    : aunty mie nenek kebayan.
Aunty Mie    : cess...muka macam snow white neh nenek kebayan? Aunty mie Cinderella, sayang......hahaha

berbulu je telinga-telinga dalam kereta tu mendengarnya. Fatnin bersorak kesukaan menyokongku. hahaha.....sebab sume anak sedaraku dah di ajar.

'korang cantik tak?'
'cantik!!!'
'cantik macam sape?'
'cantik macam Aunty Mie'

hahaha...thanks to Mukhlisah, Mursyidah, Fatnin & Waznah. nanti Aunty Mie bagi duit raya balik nanti....=)

tak sabar nak balik kampung.....lalalala


Tuesday, August 16, 2011

Ramadhan di Palestin

last week balik kampung berbuka bersama mak dan adik beradik yang lain. Alhamdulillah, sungguh bersyukur di atas kurniaNya. makan minum yang cukup malahan berlebihan sebenarnya. dikelilingi oleh orang-orang yang disayangi. menikmati keamanan yang tak semua tempat milikinya. pernahkah sejenak kita berfikir, apa yang ada di hadapan kita adalah pinjaman sementara? Astaghfirullah.....kadang-kala aku juga turut terleka.

ini kisah benar tapi tidak sebenarnya. selepas tiba di kampung 1.30ptg aku terus ke dapur membantu mak then menuju ke bilik tidur dalam pukul 4.00ptg. perjalanan jauh selama 8 jam dan 2 jam tersadai menanti orang yang tak kunjung tiba ini menyebabkan aku kepenatan. dalam enak melayan tidur, aku dihadiri sesuatu pengalaman. hanya 2 minit saudara-saudariku, ia sudah cukup membuatkanku tersedar dari lena. jam menunjukkan 5.00 ptg, aku terus berwudhuk menunaikan solat asar untuk menghilangkan perasaan yang hadir dalam diri ini.

apakah pengalaman 2 minit itu?
orang cakap tak elok tidur lepas Asar. tapi aku tidur sebelum Asar tapi tersedar selepas Asar....hehehe.......pengalaman yang sampai saat ini masih terasa. aku bermimpi diserang Israel laknat! tempatku yang aman ini dibom dan aku berusaha untuk menyelamatkan diri. hanya dua minit, itu sudah cukup mendebarkan hati wanita lemah ini. harus bagaimana dengan hati-hati saudara seumat kita di Palestin yang selama bertahun-tahun diserang oleh manusia laknat itu? apakah sumbangan kita buat mereka wahai sahabat sekalian. sebenarnya, pertanyaan ini aku tujukan pada diri aku sendiri. 

dan semalam, sewaktu Tazkirah Zohor di P2 Western Digital sekali lagi aku ditebak, apakah sumbangan anda untuk saudara anda di Palestin? mungkin ini jalan yang Allah tunjukkan untuk aku atau dalam erti kata lain ini teguranNya secara friendly untuk insan pelupa seperti aku ni. mungkin kita tidak memiliki harta bertimbun, namun dengan niat yang ikhlas RM1 itu rasanya sudah berganda nilainya di sisi Allah. malahan bertapa bernilainya buat saudara-saudara kita di sana. masyaAllah......

'tidak akan berkurangan harta seseorang hamba yang mengeluarkan sedekah' -hadis riwayat Tirmizi

salurkan sumbangan ikhlas anda kepada Aman Palestin Berhad
Maybank : 562263010787
Bank Islam : 12029010047880
Bank Muamalat : 12070005133717

anda juga boleh menyertai kempen membantu saudara anda di Palestin :  
RM10/RM5/RM3/RM1



Pejabat Operasi :
Aman Palestin Berhad
No. 1, Jalan 3/3B, Seksyen 3,
Bandar Baru Bangi, 43650, Selangor.
Tel : 03-89267019
Fax : 038925
amanpalestin@yahoo.com
info@amanpalestin.net

dapatkan berita terkini Palestin di


'Tidaklah apa yang kamu nafkahkan, maka Allah akan menggantikannya dan Dialah sebaik-baik pemberi rezeki' -Saba ayat 39



Manis & Pahitnya Madu Itu


manis & pahitnya madu itu hanya mereka yang mengalaminya sahaja yang mampu menebak perasaan wanita-wanita & lelaki yang terlibat. saya tidak menolak mahupun menerima sesebuah poligami itu. namun mellihat pada dasar sebenar sesebuah poligami itu, saya terpaksa akur akan hikmah di sebalik kelebihan yang diberi pada kaum lelaki ini.

menolak poligami?
ye, pada lelaki-lelaki yang tidak mengerti fungsi sebuah poligami. berkahwin lebih daripada satu malahan lebih daripada kemampuan. tidak mampu untuk melaksanakan adil pada tempatnya bagi setiap isteri. layakkah lelaki ini berpoligami. bukan semua lelaki yang gagal berpoligami namun mungkin lumrah kehidupan. yang gagal itu yang selalu menjadi tumpuan. saya harap, lebihkan tumpuan jugak pada lelaki yang berjaya mengemudi bahtera poligami mereka agar menjadi teladan buat semua. ia tidak salah kerana Islam itu sendiri membenarkan POLIGAMI namun bukan semua yang mampu berPOLIGAMI.

menerima poligami?
ye, pada lelaki-lelaki yang mengerti tentang fungsi sesebuah poligami itu. bukan bersandarkan kepada nafsu semata-mata. biat matlamat poligami itu jelas. agar tiada keruntuhan institusi kekeluargaan. biar harapan itu dimengerti oleh isteri yang terdahulu, agar keberkatan & keredhaan itu sama-sama diperoleh. Allah tak jadikan sesuatu itu untuk sia-sia. percayalah....

ditanya pada pemilik hati ini, kadang-kala saya menerima isu poligami ini dan kadang-kala saya tak nafikan saya menolaknya. mungkin saya tak merasa manis & pahitnya MADU itu, sebab itu saya masih mampu bertenang. huhuhu

semoga Allah tunjukkan kita jalan-jalan yang benar dan diberkatiNya....insyaAllah

*mak bagitau masa balik kampung semalam "taknak carikan calon untuk kak. takut tiba-tiba time nak kawen kak meraung taknak kawen. dia ni bukan boleh dijangka. wat malu mak nanti." hehe....kak kan simple but complicated. cess......hahaha

*depan umah sewa ni ada seorang hamba Allah yang berkahwin 3. Alhamdulillah, rezeki mereka sekeluarga. tapi masyitah sangat takut time dia jeling-jeling tengok masyitah. huhuhuhu......

Sunday, August 14, 2011

~Saya Yang Balik Kampung~

hanya luahan syukur bertamu di bibir bila kepulangan kami disambut dengan suara-suara kecil anak-anak saudaraku, Mukhlisah dan Mursyidah. akhirnya sampai jua aku kat umah kesayanganku. bila 3 kali bagi salam mak aku tak jawab, rasa macam nak balik KL semula. haha...padahal mak dok ceruk dapur, mana nak dengarnya.

pot pertama aku terjah. MY BEDROOM. rindunya dengan tilam aku neh. hahaha....dan rindunya aku dengan rumah kenangan aku bersama arwah ayah.

tak dapat aku huraikan dengan kata-kata bila dapat berkumpul ramai-ramai macam ni. Alhamdulillah untuk nikmat & kurnia yang Dia beri buat kami sekeluarga. dalam kesenangan ini pasti ada kesulitan. belajarlah menerima seadanya.

dan menu berbuka puasa semestinya special!

nasi kerabu, ayam masak merah, tomyam, ikan goreng, pengat pisang, kuih gula hangus, air laici....hoho...banyak lol.

tak tahu nak makan apa sebab space perut MASYITAH AMINAH kan kecik. makan sikit je. tiba-tiba dengar adik bongsuku cakap kat abang iparku.

amin : abang ngah ada hari ni, gemuk doh amin.
abang ngah : kenapa?
amin : selalunya makan sikit je. tak tambah nasi. tapi hari ni makan banyak ni.
arif : salahkan orang kita makan banyak...

mereka gelak ramai-ramai. lantas aku menyampuk.

kak : itulah keberkatan berbuka puasa ramai-ramai. baru ada selera. =)

saya gembira balik kampung walaupun hanya sebentar. Alhamdulillah.....
namun rasa yang menghantuiku sepanjang masa.

* saya kena kerja Isnin & Jumaat minggu raya. cuti tak cukup. rasa mahu menangis sebab kakak-kakak dan abang boleh cuti lama. sapa nak balik dengan saya malam isnin tu? drive sorang-sorang?

*konvokesyen bulan 9, saya takde cuti nak apply.....unpaid leave? makin miskin la masyitah nanti. sedih-sedih.

*bukan senang nak hidup berdikari seorang diri ni. sedang belajar menjadi manusia matang.

*sedih. sedih. sedih. saya nak tukar kerja! huhuhu.....

p/s : pics tak sempat nak upload. not in the mood.........


Tuesday, August 9, 2011

Isu Nikah I

Mungkin isu ini akan menjadi isu bersiri selagimana nur2mie ni tak kawen-kawen. hahaha
owh...jam sudah menunjukkan 12.04am tapi makcik ni masih bertenggek depan laptop lagi. mencari-cari patah-patah perkataan yang ingin disusun di papan keyboard ni. idea datang menyerbu sampai melimpah ruah, akhirnya satu pun takdak. hilang......

mungkin entry ini lebih kepada luahan rasa sedih & gembira. macam mana tu?

sangat gembira melihat seorang demi seorang sahabat zaman sekolah rendah dan menengah mendirikan rumahtangga dan dikurniakan cahaya mata dan sedang diulit bahagia membilang hari menjadi ibu. bukan seorang dua tapi lebih. Alhamdulillah, semoga kalian bahagia hingga ke syurga.

dan yang paling membahagiakan bila my best friend, Jaa bakal bertunang dan menamatkan zaman bujangnya awal tahun hadapan. lambat lagi? berapa bulan je lagi untuk kami habiskan sisa-sisa bujang kami bersama. but to be honest, ada rasa sedih sikit sebab lepas neh bila balik kampung takde la aku nak mengheret Jaa keluar sembang sambil gelak-gelak lagi. tinggal MIZAH je. bersedialah.......

seorang demi seorang pergi memilih jalan hidup masing-masing dan Masyitah harus akur. itu sebuah perjalanan kehidupan......semoga bahagia JAA. i love you so much because you are the bestfriend i ever had. terima kasih untuk persahabatan ini. =)

* sangat terkedu hujung minggu ini bila my niece asked me 'tak sabar nak tengok aunty mie kawen. bila aunty mie nak kawen?'....aku tengok je muka budak 4 tahun tu. isy. nak kena je. haha

*dan makin terkedu telingaku bila pergi umah kakak di Gombak, aku diterjah dengan 'kawen' oleh kakakku.

*bunyi mudah je eh korang suruh makcik bising ni kawen. to be honest, mungkin ada insan yang pernah bertamu namun semua itu ku anggap mainan perasaan. tak jumpa lagi yang serius dan menerjahku 'would you marry me?' haha...waiting for that prince charming lol. haha....


Monday, August 8, 2011

aku dan penganggur


MASYITAH dah follow blog MIZAH 

bab citer kisah menganggur ini yang SADIS nyer. penah rasa hampir 3 bulan menanam anggur. uisy...pengalaman yang tak bisa ditukar ganti. kalau anda tidak pernah merasa, anda adalah dalam kerugian.

SEBAB?

kijenya makan....makan...makan...mana ada kije paling mudah lagu neh. malangnya, masyitah makin lama makin kurus. haha....unbelievable! cara diet paling murah & senang
(bagi mereka yang nak kurus la. masyitah nak kurus ke? erm...erm...)

boleh tengok TV sepuas-puasnya sehingga satu tahap anda akan merasa ADA APA DENGAN TV HD neh? 

dan paling best....anda akan merasa betapa tidak bergunanya diri apabila tidak berbuat apa-apa. di situ timbul satu keinsafan, aku manusia yang diberi amanah untuk beribadah padaNya. dan mencari rezeki yang halal salah satu jalan ibadahNya. InsyaAllah semoga rezeki yang aku perolehi ini mendapat keberkatan daripadaNya.

untuk mereka yang takde kije, jangan berputus asa. cari kije sampai jumpe. yang dah ada kije, kalau rasa tak berkenan ngan kije tu, carilah kije jugak eh. ehem...ehem....hahaha...may Allah show me the best way. insyaAllah..

* MIZAh.....MASYITAH nak hadiah kaler PURPLE eh. hehe



Tuesday, August 2, 2011

Tenanglah Hati

Setiap hari kita ketawa.
Setiap hari kita jumpa kawan.
Setiap hari kita dapat apa yang kita inginkan.
Tetapi... kenapa hati kita tak gembira?
Kita sembahyang setiap hari. Kita berdoa selalu pada Allah. Kita mintak sungguh-sungguh pada Allah. Tetapi... kenapa susah sangat doa kita nak makbul? Sedangkan Allah ada berfirman, "Berdoalah pada Ku, nescaya akan Ku kabulkan..."
Apa masalah kita?
Hati kita tidak gembira sebab kita tidak pernah bersyukur dengan apa yang kita ada. Kita tak pernah nak menghargai setiap nikmat yang kita dapat. Kita asyik memikirkan benda yang kita tak ada, sampai kita lupa melihat nikmat di sekeliling kita.
Kita berdoa, tetapi kenapa payah sangat doa kita Allah nak makbulkan?
Sebab kita asyik meminta pada Allah, tetapi kita tak pernah mintak ampun pada Allah, sedangkan dosa-dosa kita terlampau banyak pada Allah. Alangkah tidak malunya kita.
Kita merintih, kita merayu agar Allah makbulkan doa kita. Tetapi, lepas kita dapat kesenangan kita lupa pada Allah, kita tidak bersyukur pada Allah. Apabila datang kesusahan, baru ingat Allah balik. Baru nak menangis, merintih... mintak Allah pandang kita. Macam mana Allah nak makbulkan doa kita?
Cuba kita renung diri kita kita. Cuba hitung, berapa kali kita sebut kalimah syukur dalam satu hari? Tak payah seminggu, cukuplah sehari sahaja. Berapa kali agaknya? Itupun kalau ada sebut la...
Pernah kita bangun malam, solat sunat? Solat tahajud? Solat taubat? Pernah?
Ada, mungkin ada, tapi dulu... waktu zaman sekolah dulu. Itupun, lepas kena ketuk dengan warden, suruh bangun. Lepas tu... ada? Ada, time dah nak exam... waktu rasa result macam ada aura nak fail. Siap buat solat hajat lagi! Lepas dapat result tu, ada tak buat sujud syukur? Hmm... entah la, tak ingat pulak.
Hari-hari kita buat baik. Kita tolong orang. Kita sedekah dekat orang. Kita buat macam-macam. Tetapi kenapa kita tak dapat nak rasa kemanisan setiap perbuatan yang kita lakukan itu? Hati kita tetap juga tak tenang. Kenapa ye?
Sebab dalam hati kita tak ada sifat ikhlas. Mulut cakap ikhlas, hati kata lain. Macam mana tu? Kita tolong orang sebab nak harapkan balasan. Nakkan pujian. Nakkan nama. Kita riak dengan setiap kebaikan yang kita buat. Macam mana hati nak tenang?
Bila dapat kejayaan, kita bangga dengan apa yang kita ada. Mula nak menunjuk-nunjuk dekat orang. Sampai lupa siapa sebenarnya yang bagi kejayaan itu dekat kita.
Alangkah tidak malunya kita... sedangkan Allah menciptakan kita sebagai khalifah di bumi ni.
Kitalah sebaik-baik kejadian yang Allah pernah ciptakan sehingga semua makhluk sujud pada bapa kita, Nabi Adam kecuali Iblis Laknatullah.
Betapa Allah muliakan kejadian manusia.
Tapi, kita sendiri tidak memelihara diri kita. Kita lupa tanggungjawab kita sebagai hamba. Kita lupa kepada yang mencipta diri kita. Bahkan, kita alpa dengan nikmat yang ada.
Nabi Muhammad S.A.W, pada saat malaikat ingin mencabut nyawa Baginda, Baginda masih memikirkan umat-umatnya. Ummati! Ummati! Sampai begitu sekali sayang Rasulullah pada kita. Tapi kita...? Kita lupa pada Baginda Rasul. Berat benar lidah kita nak berselawat ke atas Baginda. Macam mana hati kita nak tenang?
Lembutkanlah hati kita. Tundukkanlah diri kita pada Allah. Bersyukur dengan nikmat yang Allah pinjamkan pada kita. Semua itu tidak akan kekal. Bila-bila masa Allah boleh tarik balik semua itu. Ikhlaskanlah hati dalam setiap perkara yang kita buat.
Sesungguhnya, hanya Allah sahaja yang berkuasa menilai keikhlasan hati kita. Insya-Allah, kita akan dapat merasai kelazatan halawatul Iman itu sendiri. Tenanglah dikau, wahai hati...

Hello There

"hari ini bukan semudah semalam untuk bergelar manusia sempurna. banyak yang perlu dikorbankan, banyak juga yang terpaksa dilepaskan. sesekali langkah tersadung, rebah menyembah. sesekali melangkah gagah tersenyum megah dan semua itu memerlukan pengorbanan, menentukan kesabaran dan air mata. selagi prinsip hidup berada di atas landasan yang betul, usah di gusar pada anugerah Tuhan. anggaplah sesekali diduga itu sekadar utk mematangkan dan mengajar kita untuk bangun menjadi manusia sesempurna insan......" insyaAllah
 

Made by Lena