THE SIGN OF OUR LOVE

Lilypie First Birthday tickers

Sunday, August 14, 2011

~Saya Yang Balik Kampung~

hanya luahan syukur bertamu di bibir bila kepulangan kami disambut dengan suara-suara kecil anak-anak saudaraku, Mukhlisah dan Mursyidah. akhirnya sampai jua aku kat umah kesayanganku. bila 3 kali bagi salam mak aku tak jawab, rasa macam nak balik KL semula. haha...padahal mak dok ceruk dapur, mana nak dengarnya.

pot pertama aku terjah. MY BEDROOM. rindunya dengan tilam aku neh. hahaha....dan rindunya aku dengan rumah kenangan aku bersama arwah ayah.

tak dapat aku huraikan dengan kata-kata bila dapat berkumpul ramai-ramai macam ni. Alhamdulillah untuk nikmat & kurnia yang Dia beri buat kami sekeluarga. dalam kesenangan ini pasti ada kesulitan. belajarlah menerima seadanya.

dan menu berbuka puasa semestinya special!

nasi kerabu, ayam masak merah, tomyam, ikan goreng, pengat pisang, kuih gula hangus, air laici....hoho...banyak lol.

tak tahu nak makan apa sebab space perut MASYITAH AMINAH kan kecik. makan sikit je. tiba-tiba dengar adik bongsuku cakap kat abang iparku.

amin : abang ngah ada hari ni, gemuk doh amin.
abang ngah : kenapa?
amin : selalunya makan sikit je. tak tambah nasi. tapi hari ni makan banyak ni.
arif : salahkan orang kita makan banyak...

mereka gelak ramai-ramai. lantas aku menyampuk.

kak : itulah keberkatan berbuka puasa ramai-ramai. baru ada selera. =)

saya gembira balik kampung walaupun hanya sebentar. Alhamdulillah.....
namun rasa yang menghantuiku sepanjang masa.

* saya kena kerja Isnin & Jumaat minggu raya. cuti tak cukup. rasa mahu menangis sebab kakak-kakak dan abang boleh cuti lama. sapa nak balik dengan saya malam isnin tu? drive sorang-sorang?

*konvokesyen bulan 9, saya takde cuti nak apply.....unpaid leave? makin miskin la masyitah nanti. sedih-sedih.

*bukan senang nak hidup berdikari seorang diri ni. sedang belajar menjadi manusia matang.

*sedih. sedih. sedih. saya nak tukar kerja! huhuhu.....

p/s : pics tak sempat nak upload. not in the mood.........


2 comments:

miza said...

sabarlah masyitah..ingat..time masyitah duk nganggur tu smula..mizah loni dalam xtau nak buat gapo..rasa nak blja balik..lbh suko maso yang sibuk...huhu

Ameena Muktar said...

huhu....ingat2. masyitah kurus. asyik tgk tv. rasa x guna.

bukan tak bersyukur tp kekadang sifat manusia seperti masyitah yg tak sempurna ini, suka mengeluh sana sini bila ditimpa cabaran.

terima kasih mengingatkan masyitah, hargai apa yang digengam.....

yup, rindu zaman belajar...kehkehkeh....doa2 masyitah dapat further balik neh. simpan duit lu. hahaha...padahal perabis duit.

Hello There

"hari ini bukan semudah semalam untuk bergelar manusia sempurna. banyak yang perlu dikorbankan, banyak juga yang terpaksa dilepaskan. sesekali langkah tersadung, rebah menyembah. sesekali melangkah gagah tersenyum megah dan semua itu memerlukan pengorbanan, menentukan kesabaran dan air mata. selagi prinsip hidup berada di atas landasan yang betul, usah di gusar pada anugerah Tuhan. anggaplah sesekali diduga itu sekadar utk mematangkan dan mengajar kita untuk bangun menjadi manusia sesempurna insan......" insyaAllah
There was an error in this gadget
 

Made by Lena