Daisypath Anniversary tickers

THE SIGN OF OUR LOVE

Lilypie First Birthday tickers

Sunday, August 21, 2011

CHECKLIST SEBELUM BALIK KAMPUNG by Ameena Muktar

CHECKLIST SEBELUM BALIK KAMPUNG
  • service si kuning. huhuhu.....hampir kopak aunty mie ni. kena potong duit raya anak sedara la neh. hahaha
  • biskut raya. dah beli dah. berbulu senior-seniorku kat ofis menengok aku asyik beli biskut raya. hehe... tahun ni ingat nak buat biskut raya tapi melihatkan pada perkembangan semasa yang tak berapa nak kembang neh, batalkan niat itu. takut tak sempat. yang pasti, kak tak boleh buat tat nenas lagi untuk tahun ini.
  • duit raya(tak boleh highlight besaq2 neh. haha). first year bagi duit raya dengan duit gaji. dulu aunty mie bg ngan duit biasiswa......tahun ni RM1 cukup x? hehe, graf makin turun nampak?
  • baju raya. satu kaler purple kat kampung dan satu kaler merah kat KL. dah cukup dah. tak payah nak berangan wat 5 pasang. cutinya 3 hari kang, menangis kena beraya kat ofis.
  • selipar. hehe...saloh beli. hajat nak beli selipar. dah lama tak pakai selipar. tapi bila keluar je kedai, 'eh, aku beli kasut jugak.' dan ini la hasilnya. beli kasut raya + kasut konvo. jimat. bagus betul kalau kaki yang jenis suka pakai kasut macam cinderella ni. yang tak bestnya, pakai saiz cinderella. size kaki kecik, so beli yang besar jugak. takde.
  • my heart. saya tak tahu sudah bersedia untuk balik beraya tanpa dia atau belum. first raya without him. hanya yang pernah merasai tahu suasana di pagi raya tanpa salam dan pelukan dari dia. bukan tak biasa salam, peluk dan cium dia selama ini. tapi perasaan di hari raya itu lebih istimewa. rindukan gelak tawanya di pagi raya dan suara bisingnya meminta makan nasi impit. menu utama di pagi raya.
* tat nenas, kak & ayah...ada memorinya yang tersendiri. entah tahun bila lagi kak akan kembali buat biskut tu ayah.=(

* owh, hampir lupa...hadiah untuk farihah. dah beli. baru siap bungkus. tunggu nak hantar je. tunggu eh, akak nak gi ambik aura orang kawen lak. bila nak melekat kat akak neh. takde prince charming lagi yang melamar. rasanya akak dah pakai size cinderella doh kaki ni. bak kata anak saudaraku, Fatnin:
Fatnin         : aunty mie. kalau kak long Barbie, aunty mie apa?
As(mama)    : aunty mie nenek kebayan.
Aunty Mie    : cess...muka macam snow white neh nenek kebayan? Aunty mie Cinderella, sayang......hahaha

berbulu je telinga-telinga dalam kereta tu mendengarnya. Fatnin bersorak kesukaan menyokongku. hahaha.....sebab sume anak sedaraku dah di ajar.

'korang cantik tak?'
'cantik!!!'
'cantik macam sape?'
'cantik macam Aunty Mie'

hahaha...thanks to Mukhlisah, Mursyidah, Fatnin & Waznah. nanti Aunty Mie bagi duit raya balik nanti....=)

tak sabar nak balik kampung.....lalalala


No comments:

Hello There

"hari ini bukan semudah semalam untuk bergelar manusia sempurna. banyak yang perlu dikorbankan, banyak juga yang terpaksa dilepaskan. sesekali langkah tersadung, rebah menyembah. sesekali melangkah gagah tersenyum megah dan semua itu memerlukan pengorbanan, menentukan kesabaran dan air mata. selagi prinsip hidup berada di atas landasan yang betul, usah di gusar pada anugerah Tuhan. anggaplah sesekali diduga itu sekadar utk mematangkan dan mengajar kita untuk bangun menjadi manusia sesempurna insan......" insyaAllah
 

Made by Lena