Daisypath Anniversary tickers

THE SIGN OF OUR LOVE

Lilypie First Birthday tickers

Tuesday, August 16, 2011

Ramadhan di Palestin

last week balik kampung berbuka bersama mak dan adik beradik yang lain. Alhamdulillah, sungguh bersyukur di atas kurniaNya. makan minum yang cukup malahan berlebihan sebenarnya. dikelilingi oleh orang-orang yang disayangi. menikmati keamanan yang tak semua tempat milikinya. pernahkah sejenak kita berfikir, apa yang ada di hadapan kita adalah pinjaman sementara? Astaghfirullah.....kadang-kala aku juga turut terleka.

ini kisah benar tapi tidak sebenarnya. selepas tiba di kampung 1.30ptg aku terus ke dapur membantu mak then menuju ke bilik tidur dalam pukul 4.00ptg. perjalanan jauh selama 8 jam dan 2 jam tersadai menanti orang yang tak kunjung tiba ini menyebabkan aku kepenatan. dalam enak melayan tidur, aku dihadiri sesuatu pengalaman. hanya 2 minit saudara-saudariku, ia sudah cukup membuatkanku tersedar dari lena. jam menunjukkan 5.00 ptg, aku terus berwudhuk menunaikan solat asar untuk menghilangkan perasaan yang hadir dalam diri ini.

apakah pengalaman 2 minit itu?
orang cakap tak elok tidur lepas Asar. tapi aku tidur sebelum Asar tapi tersedar selepas Asar....hehehe.......pengalaman yang sampai saat ini masih terasa. aku bermimpi diserang Israel laknat! tempatku yang aman ini dibom dan aku berusaha untuk menyelamatkan diri. hanya dua minit, itu sudah cukup mendebarkan hati wanita lemah ini. harus bagaimana dengan hati-hati saudara seumat kita di Palestin yang selama bertahun-tahun diserang oleh manusia laknat itu? apakah sumbangan kita buat mereka wahai sahabat sekalian. sebenarnya, pertanyaan ini aku tujukan pada diri aku sendiri. 

dan semalam, sewaktu Tazkirah Zohor di P2 Western Digital sekali lagi aku ditebak, apakah sumbangan anda untuk saudara anda di Palestin? mungkin ini jalan yang Allah tunjukkan untuk aku atau dalam erti kata lain ini teguranNya secara friendly untuk insan pelupa seperti aku ni. mungkin kita tidak memiliki harta bertimbun, namun dengan niat yang ikhlas RM1 itu rasanya sudah berganda nilainya di sisi Allah. malahan bertapa bernilainya buat saudara-saudara kita di sana. masyaAllah......

'tidak akan berkurangan harta seseorang hamba yang mengeluarkan sedekah' -hadis riwayat Tirmizi

salurkan sumbangan ikhlas anda kepada Aman Palestin Berhad
Maybank : 562263010787
Bank Islam : 12029010047880
Bank Muamalat : 12070005133717

anda juga boleh menyertai kempen membantu saudara anda di Palestin :  
RM10/RM5/RM3/RM1



Pejabat Operasi :
Aman Palestin Berhad
No. 1, Jalan 3/3B, Seksyen 3,
Bandar Baru Bangi, 43650, Selangor.
Tel : 03-89267019
Fax : 038925
amanpalestin@yahoo.com
info@amanpalestin.net

dapatkan berita terkini Palestin di


'Tidaklah apa yang kamu nafkahkan, maka Allah akan menggantikannya dan Dialah sebaik-baik pemberi rezeki' -Saba ayat 39



No comments:

Hello There

"hari ini bukan semudah semalam untuk bergelar manusia sempurna. banyak yang perlu dikorbankan, banyak juga yang terpaksa dilepaskan. sesekali langkah tersadung, rebah menyembah. sesekali melangkah gagah tersenyum megah dan semua itu memerlukan pengorbanan, menentukan kesabaran dan air mata. selagi prinsip hidup berada di atas landasan yang betul, usah di gusar pada anugerah Tuhan. anggaplah sesekali diduga itu sekadar utk mematangkan dan mengajar kita untuk bangun menjadi manusia sesempurna insan......" insyaAllah
 

Made by Lena