Daisypath Anniversary tickers

THE SIGN OF OUR LOVE

Lilypie First Birthday tickers

Monday, August 22, 2011

Calon Jenazah

hari ini selepas pi bayar biskut raya yang dibeli pada kak siti, aku berjalan menuju ke surau. kalih tengok pada Public ATM. panjangnya operator dok beratur keluarkan duit. tak larat nak join, badan pun tak berapa nak enak. bukan lapar, tapi kurang sihat.

sampai kat surau, Ustaz Azhar penceramah jemputan baru sampai. nasib baik, kalau tak tertinggal kereta api la masyitah aminah. pilih saf depan tepi seniorku. hehe...bukan apa, celik sikit mata even kadang-kala keluar masuk telinga je. at least takde la mengantuk then syahid kat belakang. sekurang-kurangnya hargai ilmu Allah yang nak disampaikan.

dengan tajuk umum, serba sedikit perkara yang diperkatakan mencuit hati hamba-hamba Allah yang datang. satu persoalannya masih berlegar di fikiran.

'adakah anda merasa betapa sedihnya ketika meminum air kotak dan selepas itu kehabisan sebagaimana adakah anda sedih bila kita sudah berada hampir di pengakhiran Ramadhan?'

tanya hati & tanya iman, wahai CALON JENAZAH semua......terkedu sekejap. rupa-rupanya aku ini salah seorang calon jenazah yang belum diketahui bila tarikh berangkatnya. 

masuk hari kelima demam ni, buat aku terpikir takkan tengah tunggu tiket nak berangkat kot.......huhuhu
sakit kan penawar dosa yang lalu masyitah, sabar la sikit. tapi bila demam suam-suam ini, ia benar-benar menguji. cuma hari ini je makin teruk, rasa nak pergi cari je remote control kat opis tu. SERAM SEJUK je......kalau nak demam, demam la betul-betul. senang nak pergi ambik MC. ini macam nak taknak je....time nak tido & waktu siang je demam. demam mengada-ngada neh!

*kakak senior kat opis cakap, kalau anaknya demam waktu malam doktor cakap itu 'demam virus'......ooooo......tapi kalau demam siang hari macam saya ni akak macam mana? 'demam rindu' hahaha....kitorang gelak ramai-ramai.

*ntah-ntah demam excited sebab Tessa dah approve cuti kot....huhu...saya boleh balik raya kat kampung. Alhamdulillah. thank you Allah for this love.

*setiap daripada anda adalah calon jenazah yang menanti ketibaan tiket untuk berangkat. Ramadhan bulan berkat, bulan keampunan. rebutlah maghfirahNya, takut takut kita bakal menaiki tiket untuk penerbangan seterusnya....pesanan untuk diri sendiri.

artikel 2 ramadhan sebelum ini buat insan-insan yang tersayang.  Ramadhan Yang Lalu Ramadhan di UDM  Syawal Terakhir . dan Calon Jenazah ini entry khas untuk diriku. 


No comments:

Hello There

"hari ini bukan semudah semalam untuk bergelar manusia sempurna. banyak yang perlu dikorbankan, banyak juga yang terpaksa dilepaskan. sesekali langkah tersadung, rebah menyembah. sesekali melangkah gagah tersenyum megah dan semua itu memerlukan pengorbanan, menentukan kesabaran dan air mata. selagi prinsip hidup berada di atas landasan yang betul, usah di gusar pada anugerah Tuhan. anggaplah sesekali diduga itu sekadar utk mematangkan dan mengajar kita untuk bangun menjadi manusia sesempurna insan......" insyaAllah
 

Made by Lena