Daisypath Anniversary tickers

THE SIGN OF OUR LOVE

Lilypie First Birthday tickers

Tuesday, August 16, 2011

Manis & Pahitnya Madu Itu


manis & pahitnya madu itu hanya mereka yang mengalaminya sahaja yang mampu menebak perasaan wanita-wanita & lelaki yang terlibat. saya tidak menolak mahupun menerima sesebuah poligami itu. namun mellihat pada dasar sebenar sesebuah poligami itu, saya terpaksa akur akan hikmah di sebalik kelebihan yang diberi pada kaum lelaki ini.

menolak poligami?
ye, pada lelaki-lelaki yang tidak mengerti fungsi sebuah poligami. berkahwin lebih daripada satu malahan lebih daripada kemampuan. tidak mampu untuk melaksanakan adil pada tempatnya bagi setiap isteri. layakkah lelaki ini berpoligami. bukan semua lelaki yang gagal berpoligami namun mungkin lumrah kehidupan. yang gagal itu yang selalu menjadi tumpuan. saya harap, lebihkan tumpuan jugak pada lelaki yang berjaya mengemudi bahtera poligami mereka agar menjadi teladan buat semua. ia tidak salah kerana Islam itu sendiri membenarkan POLIGAMI namun bukan semua yang mampu berPOLIGAMI.

menerima poligami?
ye, pada lelaki-lelaki yang mengerti tentang fungsi sesebuah poligami itu. bukan bersandarkan kepada nafsu semata-mata. biat matlamat poligami itu jelas. agar tiada keruntuhan institusi kekeluargaan. biar harapan itu dimengerti oleh isteri yang terdahulu, agar keberkatan & keredhaan itu sama-sama diperoleh. Allah tak jadikan sesuatu itu untuk sia-sia. percayalah....

ditanya pada pemilik hati ini, kadang-kala saya menerima isu poligami ini dan kadang-kala saya tak nafikan saya menolaknya. mungkin saya tak merasa manis & pahitnya MADU itu, sebab itu saya masih mampu bertenang. huhuhu

semoga Allah tunjukkan kita jalan-jalan yang benar dan diberkatiNya....insyaAllah

*mak bagitau masa balik kampung semalam "taknak carikan calon untuk kak. takut tiba-tiba time nak kawen kak meraung taknak kawen. dia ni bukan boleh dijangka. wat malu mak nanti." hehe....kak kan simple but complicated. cess......hahaha

*depan umah sewa ni ada seorang hamba Allah yang berkahwin 3. Alhamdulillah, rezeki mereka sekeluarga. tapi masyitah sangat takut time dia jeling-jeling tengok masyitah. huhuhuhu......

No comments:

Hello There

"hari ini bukan semudah semalam untuk bergelar manusia sempurna. banyak yang perlu dikorbankan, banyak juga yang terpaksa dilepaskan. sesekali langkah tersadung, rebah menyembah. sesekali melangkah gagah tersenyum megah dan semua itu memerlukan pengorbanan, menentukan kesabaran dan air mata. selagi prinsip hidup berada di atas landasan yang betul, usah di gusar pada anugerah Tuhan. anggaplah sesekali diduga itu sekadar utk mematangkan dan mengajar kita untuk bangun menjadi manusia sesempurna insan......" insyaAllah
 

Made by Lena