THE SIGN OF OUR LOVE

Lilypie First Birthday tickers

Tuesday, August 9, 2011

Isu Nikah I

Mungkin isu ini akan menjadi isu bersiri selagimana nur2mie ni tak kawen-kawen. hahaha
owh...jam sudah menunjukkan 12.04am tapi makcik ni masih bertenggek depan laptop lagi. mencari-cari patah-patah perkataan yang ingin disusun di papan keyboard ni. idea datang menyerbu sampai melimpah ruah, akhirnya satu pun takdak. hilang......

mungkin entry ini lebih kepada luahan rasa sedih & gembira. macam mana tu?

sangat gembira melihat seorang demi seorang sahabat zaman sekolah rendah dan menengah mendirikan rumahtangga dan dikurniakan cahaya mata dan sedang diulit bahagia membilang hari menjadi ibu. bukan seorang dua tapi lebih. Alhamdulillah, semoga kalian bahagia hingga ke syurga.

dan yang paling membahagiakan bila my best friend, Jaa bakal bertunang dan menamatkan zaman bujangnya awal tahun hadapan. lambat lagi? berapa bulan je lagi untuk kami habiskan sisa-sisa bujang kami bersama. but to be honest, ada rasa sedih sikit sebab lepas neh bila balik kampung takde la aku nak mengheret Jaa keluar sembang sambil gelak-gelak lagi. tinggal MIZAH je. bersedialah.......

seorang demi seorang pergi memilih jalan hidup masing-masing dan Masyitah harus akur. itu sebuah perjalanan kehidupan......semoga bahagia JAA. i love you so much because you are the bestfriend i ever had. terima kasih untuk persahabatan ini. =)

* sangat terkedu hujung minggu ini bila my niece asked me 'tak sabar nak tengok aunty mie kawen. bila aunty mie nak kawen?'....aku tengok je muka budak 4 tahun tu. isy. nak kena je. haha

*dan makin terkedu telingaku bila pergi umah kakak di Gombak, aku diterjah dengan 'kawen' oleh kakakku.

*bunyi mudah je eh korang suruh makcik bising ni kawen. to be honest, mungkin ada insan yang pernah bertamu namun semua itu ku anggap mainan perasaan. tak jumpa lagi yang serius dan menerjahku 'would you marry me?' haha...waiting for that prince charming lol. haha....


2 comments:

miza said...

MASYITAH!!! betol ko pasal jaa tu?? argh..xsangko ja kawen dulu..igt ko mizah..hahahahah..

Ameena Muktar said...

haaa? bukan ke jaa bagitau mizah dulu ke?

ingatkan mizah dah tau....huhu

masyitah jugak membujang sorang2.

Hello There

"hari ini bukan semudah semalam untuk bergelar manusia sempurna. banyak yang perlu dikorbankan, banyak juga yang terpaksa dilepaskan. sesekali langkah tersadung, rebah menyembah. sesekali melangkah gagah tersenyum megah dan semua itu memerlukan pengorbanan, menentukan kesabaran dan air mata. selagi prinsip hidup berada di atas landasan yang betul, usah di gusar pada anugerah Tuhan. anggaplah sesekali diduga itu sekadar utk mematangkan dan mengajar kita untuk bangun menjadi manusia sesempurna insan......" insyaAllah
There was an error in this gadget
 

Made by Lena