Daisypath Anniversary tickers

THE SIGN OF OUR LOVE

Lilypie First Birthday tickers

Thursday, December 24, 2009

Jangan Begitu Sayang

Yang Takkan Berlalu Pergi
www.iLuvislam.com
daffodil
editor : everjihad


Bismillah

Allah Yang Menguasai Perjalanan Langit Dan Bumi.



Adapun manusia apabila Tuhannya mengujinya
lalu dia dimuliakan-Nya dan diberi-Nya kesenangan,
maka dia akan berkata:
"Tuhanku telah memuliakanku"




Adapun bila Tuhannya mengujinya
lalu membatasi rezekinya maka dia berkata:
"Tuhanku menghinakanku"


[Al Fajr 89:15-16]



Jangan begitu sayang

Allah Tahu Apa Yang Terbaik Untukmu.




Diwajibkan atas kamu berperang,
padahal berperang itu adalah sesuatu yang kamu benci.

Boleh jadi kamu membenci sesuatu,
padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu,
padahal ia amat buruk bagimu;
Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui


[Al Baqarah 2:216]


...


Akan ada yang datang

Dan akan ada yang berlalu pergi


Manusia itu akan datang dan pergi

Harta benda itu akan datang dan pergi

Kesedihan itu akan datang dan pergi

Masalah itu akan datang dan pergi


...

...

...


Tapi ...



Ada juga yang datang

Dan takkan pernah sesekali berlalu pergi


Siapa?


...

...

...


Allah, sayang.

Allah.



Allah akan tetap di situ

Sekalipun  kamu melupakannya.

Allah takkan pernah meninggalkanmu dan takkan pernah berpaling darimu

Allah akan terus memerhatikan.


Ya!
Allah akan terus memerhatikan.

Setiap gerak gerimu,

Setiap ucap kata dari bibirmu,

Pekerjaan yang kamu utamakan melebihi diriNya,

Dan bagaimana kau sandarkan cintamu pada manusia yang belum halal buatmu



Allah ada untuk setiap masa

Kapan sahaja yang kamu mahu

Kembali padaNya ya sayang

Allah sedang menantimu



Dan apabila hamba-hamba-Ku bertanya kepadamu tentang Aku,
maka (jawablah), bahwasanya Aku adalah dekat.
Aku mengabulkan permohonan
orang yang berdoa apabila ia memohon kepada-Ku,
maka hendaklah mereka itu memenuhi (segala perintah-Ku)
dan hendaklah mereka beriman kepada-Ku,
agar mereka selalu berada dalam kebenaran.


[Al Baqarah: 186]


jangan biar sampai Allah murka pada kita






Nukilan asal : daffodil At-Toriq

http://www.iluvislam.com/v1/readarticle.php?article_id=2135 

Saturday, December 19, 2009

SABAR

'sebaik-baik ibadah adalah sabar menunggu jalan keluar'

Pesanan nabi Muhammad saw ini sudah cukup menyedarkan aku sabarlah meniti ujian dan dugaan hidup di dunia yang penuh kepalsuan ini. Allah tak menguji hambaNya melainkan untuk menyedarkan aku tentang hakikat sebuah kehidupan ini. Hidup di dunia ini hanya sementara Masyitah Aminah, akhirat jua yang kekal abadi. semua ujian ini adalah setimpal dengan keupayaanku menghadapinya dan ujian Allah ini bukan sia-sia.

Aku harus bangkit untuk menghadapi setiap apa yang datang dalam hidup ini. usah putus asa. Jangan pernah putus harapan dengan rahmat Allah. aku harus kuat dalam menghadapi ranjau kehidupan ini dan sesungguhnya musuh utama manusia itu adalah nafsu diri sendiri.Dan sesungguhnya Allah itu Maha Pengampun lagi Maha Mengasihi terhadap hamba-hambaNya.


Sunday, December 13, 2009

lamanya tak mencoret...

Assalamualaikum......

apa khabar diari online ku? huhuhu....subhanallah, dah hampir sebulan masyitah tak mencoret apa-apa di sini dan dalam masa hampir sebulan pelbagai perkara yang harus aku tempuhi.

segalanya bermula dengan laptopku masuk virus. huhuhu...menguji betul. mana nak siapkan proposal dan tambah mengharu birukan bila ada sorang classmate ku yang bermurah hati menawarkan service format laptopku dan jugak siap install complete program yang aku perlukan. so, masyitah on je biar ada sikit berat hati. tahu tak mamat tu buat apa? dia format  semua document aku dalam D. tolong!!!! tapi, sekarang masyitah dah redha. ada rahmat yang menanti.....kuatkan aku ya Allah sebab ngan final projek aku sekali HILANG! takpe, masyitah tak marah tapi terkilan je la. sabar.,....

dan sepanjang cuti ini jugak masyitah terpaksa habiskan masa dan tenaga berulang alik ke kampus menyiapkan proposal Bengkel Cemerlang di Universiti dan Permata Hati Tautan Kasih Siri I. Alhamdulillah, bengkel tu dah diluluskan oleh HEPA cuma ada masalah penginapan je so last minit terpaksa mintak tangguh and masyitah yang jadi pengarah program tu. hopefully, all the thing success. huhuhu...tapi, untuk PMTK I masyitah just s/u shj. proposal tu baru je lepas dekan faculty, masih menunggu maklum balas Jabatan Hal Ehwal Orang Asli and HEPA. hope, this programe also run succesfully. so, baru je balik bertapa di rumah and insyaAllah esok nak naik KL. huhuhu....honestly, masyitah nak duduk rumah!

dan sambutan Aidiladha baru-baru ini meninggalkan kesan di hati ini. segalanya menjadi iktibar untuk insan yang bergelar anak seperti aku. cukuplah setakat ini dahulu, masyitah letih sangat ni. baru siap mengemas dan mencuci lantai dapur. huhuhu.....memang letih la. almaklumlah, dah lama tak balik umah dan hanya mak ngan ayah je dok umah. mak ngan ayah pun tak sihat sangat. heemmmm.....rupa-rupanya, kami 9 beradik dah besar. masing-masing sedang bina hidup sendiri. tak sangka, sume kakak-kakakku dah kawen! hahahah

Monday, November 16, 2009

'rasa'

Assalamualaikum.

Alhamdulillah, semalam Masyitah dah habis paper. lega sikit tapi masih banyak tugas yang perlu dilunaskan.hari ni pun masih berada di hostel. insyaAllah, nex week sebelum raya balik la. kalau dulu, aci habis paper je malam tu mesti dah sampai rumah. Masyitah...Masyitah...

sejujurnya, aku takde 'rasa' yang betul sekarang ni. kenapa?
  • proposal kem motivasi @ bengkel cemerlang di universiti. kenapa? ada kisah dalam hati. ada resah menggamit sanubari. chewah. lantas ku pujuk diri, ikhlaskanlah hati menunaikan tanggungjawab ini.....mampukah? tepuk dada tanya iman masyitah. kuatkan aku ya Allah. dan jauhkan aku daripada berfikiran negative. be positive masyitah!
  • final project. hanya Allah yang tahu betapa aku lemah semangat untuk menghadapi final projectku semester hadapan. melihatkan kepada kertas kerja yang dibuat, aku sedih sekali.sedih sangat. tapi aku terpaksa kuatkan semangat, jangan berputus asa dan jangan mengalah sebelum berjuang. tapi, sebab aku sedar kelemahan aku dalam bidang design........kuatkan aku ya Allah.
  • 'aku sedih'. 'jauh'. 'terasing'. 'maghfirah'.'dosa'.'diri'. tafsirkan...
 
 Matahari
Keceriaan warna kuning yang membara serta kuntumannya yang besar, bunga matahari bukan saja mewakili tenaga suria kita malah akan mekar mengadap cahaya suria tatkala langit cerah benderang. Bukan sekadar membawa maksud ‘warmth and adoration’, malahan melambangkan ‘longevity’. Malahan pemberian bunga ini juga dapat menceriakan hari seseorang

'kembali senyum'


AMPUNKAN AKU, PIMPINLAH AKU..............




 kepada yang ada dan yang sudi, bantu aku mencari RedhaNya......

Monday, November 9, 2009

Kasih Tak Bersyarat

Kasih Tak Bersyarat


Jauh telah langkahku jelajah
Dakapmu lama yang kurindu
Luas sudah kulihat dunia
Senyum mu ukiran terindah


Tiap perilaku dan budimu
Tiap airmata tumpah darah
Menjadi perlambangan sejati
Kasih tak bersyarat


Ibu redup matamu
Memayungi bahagiaku
Hanya di tapak kakimu
Terletaknya syurga buatku 

just for a women named mom. you are my everything.........miss u so much!

Friday, November 6, 2009

gurindam hati ORANG TAK PERNAH BERCINTA part I

orang kate [bukan aku kate],
bercinta tu best. pagi2 ada orang yang kejutkan solat subuh. kadang2 kita buat amal tolong kejutkan si dia tunaikan suruhanNya tu. sampai mase takbiratulihram pun tersenyum ikhlas. gumbira tunaikan kewajipan seawal 6.00pg. sebelum2 ni subuh gajah. ye ke best? boleh try ni.

aku kate [opinion orang TAK PERNAH BERCINTA. apa sgt la aku tahu kan?],
gembira sebab tunaikan kewajipan aku or sebab bangun2 dpt dengar suara dia? takut2 hati ini bukan ingatkan DIA tapi dok teringat ayat akhir mase dia kejutkan aku pg tadi
"bangun subuh ayang. abang sayang ayang"
adooo....aku cair beb! bak ice dah ni. so, macam mane solat aku ni?

kawan aku kate [aku senyum je],
bercinta dengan si dia isi kesunyian di hati. tiap2 hari ada org cares ttg kita, buat jokes hiburkan kite, selalu bg hadiah & buat surprise tanda betapa dia sayangkan kita. habis, rupanya mak ayah kita x cares pun kat kita sampai size kasut pun dah besar tapak gajah. harapkan jokes mak ayah? apa best citer classic pak pandir ngan si kancil? hadiah? mak ngan ayah tak pernah bg, apatah lg nak buat surprise kat kita. diorang dah tua.....tak larat nak layan orang muda macam kite ni. oooo.....gitu rupanya. baru aku tahu neh.

dalam senyum hati aku bisik [hanya aku je dengar. orang lain x dgr sebab hati aku bisik kat aku je],
"merasai kehadiran Allah dlm hati menjdkan kita sentiasa ada kwn walaupun keseorangan lbh2 lg jika kita dikelilingi org tersyg[mak, ayah, siblings, suami =)). kosongnya hati kita dr mengingati Allah akan membuatkan kita kesepian walaupun berada di tengah ramai orang......"
mak ayah tak care = takdenya mak hantar aku masuk u. ajar mengaji. bagi aku ubat bila demam.
mak ayah tak modern= ada timbangan modern ngan classic ke bila kat akhirat nanti?
mak ayah tak pernah bagi present or wat surprise=
  1. 1kg beras(rm) x 12 bulanx 21 tahun
  2. susu(rm) x 12 bulan x 2 tahun
  3. gula(rm) x 12 bulan x 16 tahun.
isy...kalo aku buat list sini nanti orang ingat aku nak bukak supermarket lg. so, agak2 kalo sume ni dikira berbaloi tak dengan setitis air susu mak ngan setitik peluh ayah mencari sesuap nasi? x pyh compare ngan hadiah n surprise dengan si dia lagi. surprise? x cukup ke kita surprisekan mak ayah mase kecik2 dulu bangun pukul 2 pg nak susu, bg minum air tersedak, naik basikal berdarah lutut?

ada jugak yang kate [aku ke? no...no...no...],
bercinta boleh bg semangat untuk belajar. yang malas dah rajin gi kelas. nanti blh main mate ngan dia. yg malas bukak buku dah jadi penunggu setia library sebab bila si dia message:
"ayang katner? miss u"
"ayang kat library. miss u too"
bangga dpt kekasih hati yg rajin bace buku kan? sampai dating pun kat library. nanti cgpa naik, rajin kan. betul jugak neh.

tapi....aku harap aku tak cakap macam ni,
si dia pembakar semangat aku untuk aku belajar. pengakuan tulus seorang ayah padaku:
"sedih hati ini. bila kecil, ayah yang membakar semangatnya untuk belajar sampai ke u. tapi bila besar, dah sampai u, si anak cakap nak cari kekasih untuk membakar semangatnya".
dah hangus si bapak 'membakar diri' demi menerangi hidup si anak tapi kini......kau pikir2 sendiri la masyitah. dah ada akal dan nafsu. guna mane satu terbaik.....


"bercinta tak salah tapi ada caranya. ada tujuannya. tak lain tak bukan hanya kerana DIA. kerna rasa CINTA itu anugerah terindah kurniaNya. aku tak menolak rasa CINTA ini kerana aku juga manusia biasa yang punya naluri untuk MENCINTAI dan DICINTAI. tapi........will be continued to part II"



NAMUN ANDAI GAMBAR INI MAMPU BERBICARA DAN MATA INI MAMPU MENTAFSIR AKU KIRA TIDAK PERLU PART II UNTUK ENTRY INI.
SALAM

semoga Allah tunjukkan aku jalan yang benar dalam menghadapi liku-liku hidup yang penuh godaan dan ujian. 

ku MOHON mengundur diri

malam ni aku menghadiri satu meeting yang mana aku telah menjadi MC untuk kesekian kalinya. dulu2 segan jugak tapi sekarang Alhamdulillah, walaupun loghat kelateku sukar dikikis tapi aku syukur. aku masih berani untuk berada di hadapan. kalau tak, macam mane nak jadi timbalan presiden kan? nak-nak kalau......huhuhu biar ia jadi rahsia kerajaan kami.

gaya candid melampau MC

meeting pada malam ini berkisarkan 
  • Program Minggu Mantech Club yang berlangsung baru-baru ini.
  • Memperkenalkan barisan pelapis Majlis Tertinggi Mantech Club
  • Pembentangan Rancangan Aktiviti Mantech Club semester depan
  • Majlis 'Rapat Ukhwah Moment'  
Meeting pada malam ini agak santai yang mana kami adakan di drafting room beralaskan karpet. cadangan bernas exco kami yang pada perkiraan saya amat baik. kami rasa rapat dan lebih mudah untuk melontarkan cadangan dan pendapat.  





diminta kepada semua agar tidak hairan mengapa gambar-gambar yang ada semuanya lelaki. not because masyitah bias pada mereka, tapi sebenarnya Mantech Club ini sebuah organisasi yang mana menjadi pemimpin kepada mahasiwa/wi Diploma Teknologi Pembuatan atau lebih dikenali sebagai 'orang besi'.so, bercakap mengenai Mantech Club kami hanya memiliki 16 orang gadis pingitan dan selebihnya adalah teruna2 perkasa.

can u imagine how tough we have to be to compete them?
  hohohoho..........

 
 

dan sesungguhnya hati ini sayu untuk menyatakan 'ku MOHON mengundurkan diri' kerana sudah tiba masanya jawatan ini kami lepaskan pada pemimpin-pemimpin muda untuk mengemudinya. satu perkara yang dapat aku nyatakan di sini, memang letih bila terpaksa mengemudi sesebuah organisasi yang mane menuntut kesabaran yang tinggi namun aku belum puas sebenarnya menimba pengalaman ini. rasa menyesal kerana sebelum ini aku adalah seorang 'bilikku duniaku'. dah hampir semester akhir baru terasa tetapi aku percaya masih belum terlewat. aku masih ada satu semester lagi........ 


masanya hampir tiba untuk kunyatakan buat sahabat-sahabat semua
'ku MOHON mengundurkan diri'
salam maaf di atas kesilapan yang ku lakukan sepanjang aku dan yang lain menerajui Mantech Club



 

Wednesday, November 4, 2009

KERANA PULUT SANTAN BINASA

orang cakap 'kerana pulut santan binasa, kerana mulut badan binasa'. inilah diumpamakan dengan keadaan yang aku alami sekarang ni......huhuhu

'terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata terimalah padahnya'

satu masalah yang aku miliki adalah:
'aku bercakap bak bertih jagung'
'aku bercakap macam keretapi yang meleret-leret'
'aku bercakap sometimes takde insurans'

ya Allah, ampunkan aku kerana berkata-kata perkara yang lagho [bukan semuanya eh]
azamku pada tahun lepas adalah untuk 'kurang bercakap'
malangnya sampai tahun ni,
aku masih begini,

bukan niatku menyinggung perasaanmu, sahabat......
sungguh, aku tak sedar,
bukan niatku menyakiti hatimu, sahabat.....
sungguh, aku tak sengaja....

maafkanku............


tolong bantu aku jadi seorang yang bercakap bila perlu



Tuesday, November 3, 2009

demam FINAL EXAM kini melanda!!!



musim final exam menjelma. demam periksa mula la datang..........so, selamat mengulangkaji pelajaran semua ye. moga berkat usaha kita nanti akan membuahkan hasil yang terbaik untuk dituai. Allah tahu apa yang terbaik untuk kita walaupun kita rasa sesuatu perkara itu tidak yang kita mahukan. percayalah, Allah menyusun yang terbaik untuk kita............

satu benda yang masyitah alwayz menyaksikannya apabila berada di bumi UDM ni bila final exam menjelma. padahal kalau sebelum ni, takdenya rajin sampai gitu. pagi tadi mase nak pergi ambik exam pun dah jumpa. semester2 nipun selalu jugak tengok. so, pagi ni kes pertama untuk paper pertamaku pagi tadi.'budaya membaca sambil berjalan'......hehehehe


all da best semua..........

Monday, November 2, 2009

Teladan menjadi Pengajaran

Assalamualaikum......

Alhamdulillah, hari ni terasa ringan sikit beban biarpun final exam industrial control bakal menyusul lusa. huhuhu....masih sempat online and post entry lagi. tinggal lagi assignment manufacturing organization and report manufacturing processes lagi. tadi, syukur presentation untuk subject Design for Manufacture bagi final project dah berakhir. Alhamdulillah untuk nikmatMu ya Allah...................

walaubagaimanapun, aku sedikit ralat. this presentation is important for me because this is final project yg akan aku perform for next year. honestly, aku tidak berpuas hati dengan presentation kali ini sebab aku rasa aku masih boleh buat lebih baik lagi. namun, untuk sampai ke tahap ini ia sudah pun berakhir pagi tadi. kenapa aku rasa ralat dan tidak puas hati?
  1. last minute preparation. this is not good. design need me to create idea. untuk individu seperti aku yang tak minat and tak reti nak buat design sepatutnya need more effort. not prepare maut. even aku tahu sebulan kebelakangan ini aku agak busy dengan test yg bertimbun akibat seronok raya, workshop task yg bertangguh sbb banyak sgt cuti, aktiviti club, meeting MT  sokmo rentetan peristiwa anugerah dekan dan ditambah dengan virus 'lazy' yang semakin merebak dalam diri ak, tetapi aku tak patut jadikan semua ini sebagai alasan. maafkan aku, diriku kerana mengecewakan diriku....
  2. lewat! this is my first time aku lewat untuk satu presentation yang amat penting. dan ini jugak melangkaui batas prinsip aku untuk membiarkan lecturer aku menunggu kedatangan aku bak VIP. aku rasa amat bersalah dan berdosa. maafkan aku. dan janjiku selepas ini, aku akan cuba menjadikan apa yang berlaku pada hari ini sebagai teladan. pengajaran. sempadan. agar ia tidak berulang lagi.
  3. report yang aku sediakan tidak mencapai standard yang selalu aku buat. bayangkan presentation pukul 10pg, pukul 9.45pg aku baru terhegeh-hegeh nak print? apa ni?
  4. hati guruku terluka. maafkanku andai En Zakaria terluka dengan kehadiran kami yang lewat. insyaAllah lepas ni kami akan cuba baiki kesilapan ini agar tidak berulang kembali.
jadi, petang ni asyik teringat-ingat je kisah 'aku di hari presentation'. aku harap ia menjadi satu pengajaran yang amat berguna. namun, dalam kekurangan pasti ada kelebihan. dalam setiap ujian pasti ada hikmah terselit. tak begitu?
aku bersyukur sekurang-kurangnya kesilapan ini menyedarkan aku agar tidak lena terbuai diulit fantasi mimpi di siang hari. dan apa yang pasti:

AKU TIDAK MENYALAHKAN SESIAPA DI ATAS KESILAPAN INI BIARPUN PARTNER AKU. SEKURANG-KURANGNYA AKU DAPAT MENGAWAL SEDIKIT EMOSI AKU YANG SELALUNYA AGAK TERLEBIH TEMPERATURE. ALHAMDULILLAH...BIAR AKU PIKUL SEMUANYA SENDIRI. BIAR AKU SEDAR SIKIT. [tapi markah masing2 pikul ye. hehehe]

Sunday, October 25, 2009

melodi mahasiswi di ambang FINAL EXAM...

malam ni tengah seronok2 buat assignment en Ya (state 3 types of pump and discuss its construction and how it works). hohoho....seronok buat sampai mata berpinar-pinar mengadap laptop buat assignment yg bernilai 5%. markah jugak wooo........


"masyitah....masyitah....engkaulah dirimu wanita mulia, masyitah....masyitah...." jgn salah sangka aku puji diri sendiri ya. itu ringtone mesej telefonku nyanyian saffone ye. aku mlm2 dpt mesej ngeri skt. mesti berita x best. ye sungguh.....meeting.....meeting.....meeting. tolonglah....this is study week. give me time to focus on study. ku pujuk diri " masyitah, jangan mengeluh. ini amanah. ini tanggungjawab"


ye! ye! semangat giler aku nak gi meeting ni. kalau boleh nak malam ni jugak tapi......x boleh. malam esok. tidak!!!! esok aku kena pulun test materials management n manufacturing organization. submit tutorial en ya 5%, assignment puan haizal n report puan arikah.harus bagaimana ini......


moralnya, inilah akibat buat kije last minute......


kepala dah pening2 lalat dah ni.........


xtau nak sentuh yang mane satu........


ya Allah......kuatkan aku untuk menghadapi ujian ini. 


lupe nak cerita pasal FINAL EXAM......


langsung tak sentuh ape2 lagi........tipu la, dah baca dah. ni tengah buat tutorial sambil2 membaca la ni. x gitu? [ceh, ubat nak pujuk hati nan resah]



jangan jadi malas masyitah! wake up!



Friday, October 23, 2009

memori KITA bersama

salam....


huhuhu....semalam dan semalam adalah hari yang memenatkan namun amat menyeronokkan. tirai semester 2 2009/10 hampir menjengah tiba. dan tigas yang ku pikul sebagai timbalan presiden 1 bakal dilepaskan tidak lama lagi. namun, ingatkan semudah dulu melepaskan tanggungjawab ini rupanya susah. nak2 selepas peristiwa anugerah dekan faculty bsru-bsru ini. xpe la, mungkin ada hikmahnya.........


hohoho.....aku ingatkan dah boleh release tension tapi ada lagi tugas yang perlu diselesaikan. takpe la, aku anggap ini amanah yang telah diberikan maka aku wajib menunaikannya sebaik mungkin. maklumlah, aku ni bukan pemimpin yang baik sangat namun aku cuba untuk melakukan yang terbaik.apa yang pasti, sepanjang menerajui tampuk pimpinan club ini, ia mengajar aku erti sabar dan perlu pandai menguruskan emosi apabila berhadapan dengan pelbagai karenah manusia. aku bukan seorang yang sabar dan aku memang seorang yang emosional namun terima kasih untuk pengalaman yang tidak terhingga ini. terima kasih sahabat-sahabatku.....



foto itu tatkala kami secara rasminya mengambil alih tampuk pimpinan club. terima kasih tak terhingga untuk semua kerjasama yang diberikan terutamanya setiausaha agung club yang terlalu banyak memberi tunjuk ajar buat kakaknya yang cetek ilmu ni dan juga buat timbalan setiausaha agung yang banyak membantu melancarkan tugas. buat pasangan bendahari dan timbalannya, anda memang bagus mentadbir kewangan club. insyaAllah, kewangan baitulmuslim anda suatu hari nanti jugak akan lebih hebat. dan istimewa buat barisan exco-exco yang sudi membantu dan tak kurang jugak yang menguji kesabaran akak, akak berbangga dapat bersama-sama kamu mengemudi club ini. ops lupa, buat timbalan presiden 2 club, thanks also. adik akak ni memang tak susah untuk disuruh buat kerja dan memang boleh memimpin sebenarnya tapi akak tak tahu kenapa akak selalu lupa adik akak sorang ni.....huhuhu......


then bawah ni sedikit kenangan bersama.....






 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 
timbalan presiden as timbalan pengarah program........huhuhuhu belakang skit tu baru pengarah program

terima kasih untuk semua memori indah ini......sahabatku.....

Friday, October 16, 2009

smile masyitah

sebelum sebelum ni, selalu nangis sebab ingat kak mak, ingat kat ayah, ingat kat adik2.......huhuhu. tapi, bila ingat ayah cakap beberapa tahun yang lalu :

" ayah tahu kak teringat kat sume, sebab kami ni kan pembakar semangat kak untuk belajar sampai berjaya "

betul betul betul.........kak harap Allah panjangkan umur kak untuk berbakti pada mak ayah ngan adik-adik. berbakti mendidik anak bangsa yang seagama demi memartabatkan Islam. Itu doa kak setiap kali solat. hanya Allah yang bisa memakbulkan permintaan ini dan kak hanya mampu berdoa dan berusaha.....

dulu dulu, mase tangguh study dulu macam-macam orang cakap kat masyitah. sabar je la.....hanya Allah yang tahu apa yang Masyitah rasa mase tu. andai sape yang boleh tengok hati dan perasaanku mase tu, ketahuilah betapa terseksanya hati dan perasaan ini. tambah-tambah terseksa bila tempiasnya terkena pada mak ngan ayah. kononnya mak ngan ayah tak tegas dengan anak-anak dia......mak tak salah. ayah tak salah. kak memang tak sihat masa tu tapi, susah orang nak percaya sebab sakit masyitah mase tu tak boleh dilihat mata kasar. xpe la......Allah tahu apa yang terbaik untukku.......bila dengar lagu ni mase tu....

Pernah hati ini terguris
Dengan fitnah dan tohmahan menghiris
Sehingga terasa diri ini hina
Kerana tiada siapa yang sudi membela
Kutabahkan hatiku harungi hidup
Biarpun tiada siapa yang menemani
Keseorangan aku di lautan sepi
Ditinggalkan mereka yang aku percayai

Namun ku tahu ada hikmahnya
Setiap segala yang menimpa diri
Kuserahkan segala padaMu Tuhan
Yang berkuasa jua mencipta
Kerana engkau MAha Mengetahui
SEgala apa yang terbuku di hati

Ya Allah tidakku terdaya lagi
Menahan dugaan yang mencabar ini
Terasa bagai noktah telah kutemui
Mengakhiri segala yang telah aku mulai
Ya Allah engkau lindungilah aku
Bekalkanlah daku dengan limpahan iman
Agar tabahku menghadapi dugaan
Agar tidakku berhenti di pertengahan

Kini di sini aku berdiri
Bersama harapan yang tulus suci
Agar terbitlah kembali menteri pagi
Setelah malamku berkalut benci

  
pastu pastu kan, bila kembali sambung study macam-macam masyitah kena hadap. paling sedeh bila kawan-kawan x dapat terima kita yang baru ni. sedeh sangat tapi mentorku lantas berpesan:

" awak kena bina kekuatan awak sendiri. awak tak boleh bergantung pada orang. suatu masa nanti, mereka yang akan datang cari minta bantuan awak. percayalah...."

betul.......betul betul terjadi. Alhamdulillah untuk sahabat-sahabatku yang telah graduate sebab akhirnya dapat terima masyitah. doakan masyitah selamat menamatkan pengajian di sini eh......

masa masa itu lalu berlalu, dan kini aku di sini. semalam, aku kesedihan yang amat. sebab musababnya sukar untuk diceritakan di sini. tapi bukan sebab putus cinta ye.....no no no...........then, seseorang hantar mesej :


"hari-hari berlalu tentunya disisimu teman-teman yang lebih baik dariku...namun ketahuilah...apa yang aku ada hanyalah sekeping hati yang selalu mendoakan dirimu gembira selalu...."

mesej tu bukan buat aku gembira, tapi makin buat aku bercucuran air mata. aku terharu dengan mesej tu tapi aku lagi sedeh untuk nyatakan.....lantas ku balas mesejnya:

 "teman-teman yang baik di sisiku memang ramai, tapi tak semua yang sudi menemani kala suka dan duka..."


i really meant it mase tulis ayat tu. aku tak ramai sangat kawan kat sini. tapi, kadang-kala aku ni rasa macam orang bodoh pulak. aku maybe bukan kawan yang baik untuk mereka, sebab tu mereka-mereka buat-buat aku ni lagu ni. aku ni hanya diperlukan bila perlu saje......sedeh tak? bila la aku nak habis belajar kat sini. aku pasti akan merindui memori pahit manis kita di sini. walaupun korang-korang buat aku macam-macam memang aku kesah sebab aku punya hati dan perasaan. tapi, atas dasar punya hati dan perasaan la aku tetap sayang korang even korang sebaliknya.

bagi aku, once aku berkawan aku akan sayang kawan aku even orang tak sayang aku. cume, akku sedeh bila korang layang aku cam orang bodoh........ape aku ni memang orang bodoh ke?

tiba-tiba teringat-ingat pulak dekat upin ipin. teringat kat watak kak ros. teringat dekat adik ngan anak sedara aku. tau dia cakap ape?

upin & ipin "kak ros memang garang, tapi hati kak ros baik!"


anak sedara "aunty mie ni macam kak ros la....."


adik "kak ni macam kak ros la. bekeng tapi hati kak baik...."

kalau ada orang boleh tengok hati aku......hanya Allah saje yang tahu.

mungkin sebab aku ni garang kot sebab tu kawan-kawan aku buat aku macam tu. tapi, memang orang takleh terima cara aku buat kije. strict and straight. tapi dalam strict and straight aku tu aku rasa aku dah banyak mengalah. bila meeting diorang nak tangguh, aku tangguh. buat kije nak tangguh, aku ikut je.....tapi mungkin tak cukup lagi kot. habis, nak buat macam mane lagi........

aku harap, Allah tenangkan aku menghadapi liku-liku hidup ini. aku dah cukup bahagia sebenarnya dengan apa yang Dia beri tapi, aku je yang tak reti bersyukur. sekarang ni, kena muhasabah diri......this entry jugak sbnarnya slh satu cara aku nak muhasabah diri. bukan nak mengadu tapi just nak release apa yg ada. aku tak tahu nak luah kat siapa, sebab yang pasti aku hanya ada Allah. itu sudah cukup bagiku.....

"aku tak sepatutnya berduka jika terasa hidup ini meletihkan. sebab demikianlah hidup itu diciptakan...."

Wednesday, October 14, 2009

gagalkah diri ini.........????


kejayaan dan kegagalan datang dalam hidupku silih berganti. orang luar melihat aku seorang yang hampir ke puncak. aku lagk seperti orang cemerlang tapi tahukah semua insan yang berada di hadapanmu ini adalah seorang yang gagal?

pulang dari rumah en Aziz tadi persoalan ini mengetuk-ngetuk mindaku memohon pengertian. aku mengejar untuk mendapat dekan setiap semester, aku berusaha untuk menjadi pelajat terbaik tapi......once aku hampir mencapainya kenapa aku rasa aku masih lagi seorang yang gagal?


gagalkah aku?


sebab bagi aku, kejayaan itu satu perjalanan bukannya destinasi dan ukuran kejayaan itu bukan terletak pada keputusan exam aku tapi pada jalan yang aku lalui dan pilih untuk meniti tanggan-tangga kejayaan itu.dan tatkala ku toleh ke arah ke belakang baru aku tersedar, gagalkah aku?


aku belajar dalam bidang teknikal, satu bidang yang amat aku tak minat. tapi aku selalu pujuk diri ini, mungkin apa yang aku tak suka adalah yang terbaik untuk aku sebab  Allah fikir inilah yang terbaik untuk diri aku. Allah Maha Mengetahui, masyitah......namun bila di tahun akhir ni baru aku sedar aku gagal menguasai ilmu ini biarpun aku antara pelajar yang saban semester melangkah naik ke pentas menerima anugerah dekan. malahan pernah dinobatkan sebagai pelajar terbaik.......


gagalkah aku? di mana sukatan kegagalaan itu sebenarnya? kenapa aku selalu berasa aku seorang yang gagal? bukan tidak bersyukur dengan apa yang aku perolehi, tapi aku malu......aku takut aku diibaratkan seperti tin kosong. akukah itu? aku malu menjadi produk terbaik tapi sebenarnya aku hanyalah indah khabar dari rupa.


aku rasa rendah diri sangat...........









Thursday, October 1, 2009

ingatan buat masyitah!




Hari ini aku rasa agak bahagia. Biarpun masih bersisa tangisan dalam sanubari ini namun panggilan dari insan tersayang menyerikan hariku. Bukannya tak pernah dia telefon sebelum ini tapi di saat aku terhimpit dengan bebanan masalah dan tekanan panggilan dari dia buat aku bahagia.


Apa yang lebih membahagiakan lagi pesanan dia terhadap aku supaya menjaga diri terutama dengan keadaan kesihatanku yang agak terumbang-ambing ni. Apa yang mengejutkan aku adalah apabila dia mengkhabarkan berita kepulangan kakak sahabatku yang baru berusia 25 tahun ke rahmatullah [Al-Fatihah untuk arwah dan takziah buat keluarganya]. Apa yang ku tahu masa bulan puasa hari tu arwah sihat je. Bagiku kepulangannya kepada Pemiliknya satu peringatan buat diri ini, kehidupan di dunia hanya sementara dan kematian tidak mengenal usia kerana ia janji Allah yang pasti. Setiap orang pasti akan merasai mati.


Apabila mati seseorang itu, 3 perkara yang takkan putus buatnya.
1. Doa anak yang soleh yang mendoakannya
2. Sedekah yang berjalan terus
3. Ilmu yang bermanfaat


Berbalik kepada pangilan tadi dia juga pesan jangan keluar dari kampus tanpa tujuan yang penting. Tambahan pula keadaan cuaca yang buruk sekarang ni. Lebih-lebih lagi kedudukan kampus ku yang berhampiran dengan pantai. Katanya bimbang tsunami berulang kembali. Nauzubillah. Bukannya dia tak pernah memesan itu ini padaku selama ini namun entah la. Aku bahagia rasanya hari ini.Mungkin aku terlalu rindukannya. Alhamdulillah, syukur untuk nikmat rasa indah ini.


Aku rindukan pesanan-pesanan sebegini. Aku lagi rindu kalau ada yang ingatkan aku tentang akhirat. Ingatkan aku tentang akhlak sebagai seorang wanita. Ingatkan aku tentang tanggungjawab seorang anak. Ingatkan aku tentang tanggungjawabku sebagai seorang pelajar muslimah. Ingatkan aku tentang dosa dan pahala. Ingatkan aku tentang syurga dan neraka. Ingatkan aku tentang kematian. Ingatkan aku tentang tugasku sebagai khalifah di muka bumi ini…..mengapa aku tercipta di sini……kerana aku akan disoal di sana nanti.


Terima kasih buat dia yang ku sayang, mak……… [rindu nak balik tapi banyak kerja yang terbengkalai sejak cuti raya hari tu. 2 bulan lagi insyaAllah dah boleh cuti dah….sabar]

Monday, September 28, 2009

bisikan yang selalu hadir dalam diri ini.......


Bisikan Malam

Bila ku didatangi malam
Gelora perasaan mencengkam dijiwa
Masihkah ada lagi
Dayaku menghindar dari kealpaan

Diterjah berbagai persoalan
Dihujani airmata penyesalan
Bisakah terhapus semua
Segala dosa-noda yang bertakhta

Terangi jalan hidupku
Dengan cahaya kasih Mu
Pimpinlah daku dengan hidayah Mu

Tuhanku...
Di malam syahdu ku merayu
Ampunilah segala dosaku yang lalu
Sujud ku mendambakan keredhaan Mu
Tempatkan daku di dalam rahmat Mu

Tuhanku...
Usah Kau biarkan diri ku
Hanyut terleka, di jiwa dunia membelenggu
Dan aku sesungguhnya pasrah pada Mu
Hidup matiku hanyalah untuk Mu

Ya Allah tunjukkan jalan kebenaran
Suburkan jiwa ku dengan keimanan
Hanya pada Mu Oh Tuhan
Ku sandarkan harapan
                                                                                    UNIC



Wednesday, September 16, 2009

SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR & BATIN

Assalamualaikum.


hari ni hari terakhir dok kat hostel. petang nanti dah nak balik kampung insyaAllah........balik cuti raya seminggu. waaaa....bestnya dengar tapi bila ingat balik lepas cuti ni gerun jugak. project ada 2 lagi tak siap. kelas dan bengkel masih bertimbun tak berganti. hemmm.....bukak2 terus ada quiz. jangan dok mabuk kuih raya lagi dah la.....hehehehe

okey la, di kesempatan yang ada ni nak ucap:

"SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR DAN BATIN"

Saturday, September 12, 2009

Dapatkan Mesej Bergambar di Sini

Rasa itu datang lagi............


Assalamualaikum….
Salam Ramadhan untuk kesekian kalinya. Tanpa sedar ataupun tidak kita semakin hampir untuk meninggalkan bulan yang mulia ini. Bohonglah andai kata hati ini tidak terkesan walaupun tak banyak tapi masih ada secalit kesayuan memikirkan Ramadhan ini yang kian berlabuh pergi. Masih adakah Ramadhan yang akan datang buat diri ini?
Alhamdulillah, hari ini aku masih dapat menikmati nikmat berbuka puasa biarpun berseorangan. Sedih? Ada la sikit, roommateku Nurul pergi berbuka puasa bersama rakan-rakan sekelasnya dan lecturernya. Tapi aku bersyukur, sekurang-kurangnya tatkala berbuka berseorangan ini ada gema rasa untuk muhasabah diri. Ada degup rasa mendorong aku menginsafi diri. Adakah aku akan diterima di sisiNya apabila pulang ke sana nanti? Masih adakah pintu taubat untuk insan yang alpa ini? Sungguh, aku hanya mampu menelan sebutir kurma dan sedikit sayur. Lantas ku berwudhuk dan menunaikan solat maghrib. Sesuatu yang jarang aku lakukan. Selalunya, kalau tak habis nasi tu jangan harap nak solat. Astagfirullah…….huhuhu.
Jujur aku nyatakan, aku rindu padaNya. Aku mohon dalam tiap solatku agar Dia memimpinku ke jalan yang diredhai di dunia akhirat.
Tatkala kukarang tulisan ini baru aku tersedar ada hikmahnya berbuka bersendirian sekali-sekala. Mana tahu kan, Allah nak kurniakan Masyitah seorang ‘teman’ pada Ramadhan yang akan datang. Hahaha……amin. InsyaAllah. Even ramai yang dengar aku cakap macam ni mula berpandangan negative, its up to you. Andai perkahwinan adalah salah satu wasilah untuk aku mendekatkan diri padaNya aku redha sebab aku impikan seseorang yang akan memimpinku ke jalan yang benar. Salahkah aku berimpian sebegini?
Tapi, rasa di hati ini masih sayu ya Allah. Aku rindu untuk menjadi hambaMu yang selalu dekat denganMu. Tapi kadang-kala semangatku lemah, aku goyah. Aku kadang-kala hanyut terbuai bersendirian. Hanya doa yang aku pohon padaNya, selamatkan aku agar tidak terus tenggelam dalam keindahan duniawi ini.
Aku di sini banyak masalah yang membelenggu diri. Tiada kaitan dengan orang sekelilingku tetapi masalah itu ada dalam diri aku sendiri. Semuanya datang dari diri ini sendiri. Aku sedang mencari diri. Aku sedang mentarbiah diri. Aku sedang mendidik diri. Biarpun sukar biarpun payah, dan berkali-kali aku jatuh namun aku akan tetap bangun. Bangun berdiri sampai aku mengerti dan mengenal cinta yang abadi, milik Dia. Semoga kan ku kecap rasa apa itu  manisnya mencintai Dia lebih dari segala-galanya…..
Aku selalu bertanya pada diri ini dan di bulan mulia ini pertanyaan ini semakin mengetuk-ngetuk kamar hatiku.
-         Tak bolehkah aku menjadi wanita solehah? Bukan untuk menjadi igauan mana-mana lelaki tetapi untuk menjadi seseorang yang dekat denganNya. Tenang dan damai mengharungi hidup ini menuju ke destinasi abadi.
-         Kenapa aku dapat dekan setiap semester? Untuk apa? Bukan tak bersyukur. Syukur sangat-sangat tapi kenapa quality diriku tak sehebat resultku.
-         Bagaimana untuk aku selalu dekat denganNya?
-         Kenapa aku tak dapat kecapi erti ketenangan yang sebenar?
Dan terlalu banyak persoalan yang datang menerpa. Sampai satu tahap aku hanya mampu menangis dan menangis memohon keampunanNya. Sampai sekarang segala-galanya masih belum terjawab.
Kadang-kala datang perasaan untuk pergi jauh. Jauh agar aku dapat mencari diri dan mengenalNya. Tapi bagaimana? Sebab apabila aku berseorangan dan bersendirian aku akan benar-benar rasa ingin menginsafi diri.
Salahkah apa yang aku rasakan ini?
Semoga ada pintu taubat  dan sinar hidayah untuk aku, insane yang penuh dosa ini………….
 

"merasai kehadiran Allah dalam hati menjadikan kita sentiasa ada kawan,walaupun keseorangan. lebih-lebih lagi jika kita dikelilingi orang tersayang.kosongnya hati kita dari mengingati Allah akan membuat kita kesepian walaupun berada di tengah ramai orang. penuhi hidup dengan kasih sayang dan perhatian Allah."

Hello There

"hari ini bukan semudah semalam untuk bergelar manusia sempurna. banyak yang perlu dikorbankan, banyak juga yang terpaksa dilepaskan. sesekali langkah tersadung, rebah menyembah. sesekali melangkah gagah tersenyum megah dan semua itu memerlukan pengorbanan, menentukan kesabaran dan air mata. selagi prinsip hidup berada di atas landasan yang betul, usah di gusar pada anugerah Tuhan. anggaplah sesekali diduga itu sekadar utk mematangkan dan mengajar kita untuk bangun menjadi manusia sesempurna insan......" insyaAllah
 

Made by Lena