Daisypath Anniversary tickers

THE SIGN OF OUR LOVE

Lilypie First Birthday tickers

Friday, November 6, 2009

ku MOHON mengundur diri

malam ni aku menghadiri satu meeting yang mana aku telah menjadi MC untuk kesekian kalinya. dulu2 segan jugak tapi sekarang Alhamdulillah, walaupun loghat kelateku sukar dikikis tapi aku syukur. aku masih berani untuk berada di hadapan. kalau tak, macam mane nak jadi timbalan presiden kan? nak-nak kalau......huhuhu biar ia jadi rahsia kerajaan kami.

gaya candid melampau MC

meeting pada malam ini berkisarkan 
  • Program Minggu Mantech Club yang berlangsung baru-baru ini.
  • Memperkenalkan barisan pelapis Majlis Tertinggi Mantech Club
  • Pembentangan Rancangan Aktiviti Mantech Club semester depan
  • Majlis 'Rapat Ukhwah Moment'  
Meeting pada malam ini agak santai yang mana kami adakan di drafting room beralaskan karpet. cadangan bernas exco kami yang pada perkiraan saya amat baik. kami rasa rapat dan lebih mudah untuk melontarkan cadangan dan pendapat.  





diminta kepada semua agar tidak hairan mengapa gambar-gambar yang ada semuanya lelaki. not because masyitah bias pada mereka, tapi sebenarnya Mantech Club ini sebuah organisasi yang mana menjadi pemimpin kepada mahasiwa/wi Diploma Teknologi Pembuatan atau lebih dikenali sebagai 'orang besi'.so, bercakap mengenai Mantech Club kami hanya memiliki 16 orang gadis pingitan dan selebihnya adalah teruna2 perkasa.

can u imagine how tough we have to be to compete them?
  hohohoho..........

 
 

dan sesungguhnya hati ini sayu untuk menyatakan 'ku MOHON mengundurkan diri' kerana sudah tiba masanya jawatan ini kami lepaskan pada pemimpin-pemimpin muda untuk mengemudinya. satu perkara yang dapat aku nyatakan di sini, memang letih bila terpaksa mengemudi sesebuah organisasi yang mane menuntut kesabaran yang tinggi namun aku belum puas sebenarnya menimba pengalaman ini. rasa menyesal kerana sebelum ini aku adalah seorang 'bilikku duniaku'. dah hampir semester akhir baru terasa tetapi aku percaya masih belum terlewat. aku masih ada satu semester lagi........ 


masanya hampir tiba untuk kunyatakan buat sahabat-sahabat semua
'ku MOHON mengundurkan diri'
salam maaf di atas kesilapan yang ku lakukan sepanjang aku dan yang lain menerajui Mantech Club



 

No comments:

Hello There

"hari ini bukan semudah semalam untuk bergelar manusia sempurna. banyak yang perlu dikorbankan, banyak juga yang terpaksa dilepaskan. sesekali langkah tersadung, rebah menyembah. sesekali melangkah gagah tersenyum megah dan semua itu memerlukan pengorbanan, menentukan kesabaran dan air mata. selagi prinsip hidup berada di atas landasan yang betul, usah di gusar pada anugerah Tuhan. anggaplah sesekali diduga itu sekadar utk mematangkan dan mengajar kita untuk bangun menjadi manusia sesempurna insan......" insyaAllah
 

Made by Lena