Daisypath Anniversary tickers

THE SIGN OF OUR LOVE

Lilypie First Birthday tickers

Monday, November 16, 2009

'rasa'

Assalamualaikum.

Alhamdulillah, semalam Masyitah dah habis paper. lega sikit tapi masih banyak tugas yang perlu dilunaskan.hari ni pun masih berada di hostel. insyaAllah, nex week sebelum raya balik la. kalau dulu, aci habis paper je malam tu mesti dah sampai rumah. Masyitah...Masyitah...

sejujurnya, aku takde 'rasa' yang betul sekarang ni. kenapa?
  • proposal kem motivasi @ bengkel cemerlang di universiti. kenapa? ada kisah dalam hati. ada resah menggamit sanubari. chewah. lantas ku pujuk diri, ikhlaskanlah hati menunaikan tanggungjawab ini.....mampukah? tepuk dada tanya iman masyitah. kuatkan aku ya Allah. dan jauhkan aku daripada berfikiran negative. be positive masyitah!
  • final project. hanya Allah yang tahu betapa aku lemah semangat untuk menghadapi final projectku semester hadapan. melihatkan kepada kertas kerja yang dibuat, aku sedih sekali.sedih sangat. tapi aku terpaksa kuatkan semangat, jangan berputus asa dan jangan mengalah sebelum berjuang. tapi, sebab aku sedar kelemahan aku dalam bidang design........kuatkan aku ya Allah.
  • 'aku sedih'. 'jauh'. 'terasing'. 'maghfirah'.'dosa'.'diri'. tafsirkan...
 
 Matahari
Keceriaan warna kuning yang membara serta kuntumannya yang besar, bunga matahari bukan saja mewakili tenaga suria kita malah akan mekar mengadap cahaya suria tatkala langit cerah benderang. Bukan sekadar membawa maksud ‘warmth and adoration’, malahan melambangkan ‘longevity’. Malahan pemberian bunga ini juga dapat menceriakan hari seseorang

'kembali senyum'


No comments:

Hello There

"hari ini bukan semudah semalam untuk bergelar manusia sempurna. banyak yang perlu dikorbankan, banyak juga yang terpaksa dilepaskan. sesekali langkah tersadung, rebah menyembah. sesekali melangkah gagah tersenyum megah dan semua itu memerlukan pengorbanan, menentukan kesabaran dan air mata. selagi prinsip hidup berada di atas landasan yang betul, usah di gusar pada anugerah Tuhan. anggaplah sesekali diduga itu sekadar utk mematangkan dan mengajar kita untuk bangun menjadi manusia sesempurna insan......" insyaAllah
 

Made by Lena