Daisypath Anniversary tickers

THE SIGN OF OUR LOVE

Lilypie First Birthday tickers

Monday, November 2, 2009

Teladan menjadi Pengajaran

Assalamualaikum......

Alhamdulillah, hari ni terasa ringan sikit beban biarpun final exam industrial control bakal menyusul lusa. huhuhu....masih sempat online and post entry lagi. tinggal lagi assignment manufacturing organization and report manufacturing processes lagi. tadi, syukur presentation untuk subject Design for Manufacture bagi final project dah berakhir. Alhamdulillah untuk nikmatMu ya Allah...................

walaubagaimanapun, aku sedikit ralat. this presentation is important for me because this is final project yg akan aku perform for next year. honestly, aku tidak berpuas hati dengan presentation kali ini sebab aku rasa aku masih boleh buat lebih baik lagi. namun, untuk sampai ke tahap ini ia sudah pun berakhir pagi tadi. kenapa aku rasa ralat dan tidak puas hati?
  1. last minute preparation. this is not good. design need me to create idea. untuk individu seperti aku yang tak minat and tak reti nak buat design sepatutnya need more effort. not prepare maut. even aku tahu sebulan kebelakangan ini aku agak busy dengan test yg bertimbun akibat seronok raya, workshop task yg bertangguh sbb banyak sgt cuti, aktiviti club, meeting MT  sokmo rentetan peristiwa anugerah dekan dan ditambah dengan virus 'lazy' yang semakin merebak dalam diri ak, tetapi aku tak patut jadikan semua ini sebagai alasan. maafkan aku, diriku kerana mengecewakan diriku....
  2. lewat! this is my first time aku lewat untuk satu presentation yang amat penting. dan ini jugak melangkaui batas prinsip aku untuk membiarkan lecturer aku menunggu kedatangan aku bak VIP. aku rasa amat bersalah dan berdosa. maafkan aku. dan janjiku selepas ini, aku akan cuba menjadikan apa yang berlaku pada hari ini sebagai teladan. pengajaran. sempadan. agar ia tidak berulang lagi.
  3. report yang aku sediakan tidak mencapai standard yang selalu aku buat. bayangkan presentation pukul 10pg, pukul 9.45pg aku baru terhegeh-hegeh nak print? apa ni?
  4. hati guruku terluka. maafkanku andai En Zakaria terluka dengan kehadiran kami yang lewat. insyaAllah lepas ni kami akan cuba baiki kesilapan ini agar tidak berulang kembali.
jadi, petang ni asyik teringat-ingat je kisah 'aku di hari presentation'. aku harap ia menjadi satu pengajaran yang amat berguna. namun, dalam kekurangan pasti ada kelebihan. dalam setiap ujian pasti ada hikmah terselit. tak begitu?
aku bersyukur sekurang-kurangnya kesilapan ini menyedarkan aku agar tidak lena terbuai diulit fantasi mimpi di siang hari. dan apa yang pasti:

AKU TIDAK MENYALAHKAN SESIAPA DI ATAS KESILAPAN INI BIARPUN PARTNER AKU. SEKURANG-KURANGNYA AKU DAPAT MENGAWAL SEDIKIT EMOSI AKU YANG SELALUNYA AGAK TERLEBIH TEMPERATURE. ALHAMDULILLAH...BIAR AKU PIKUL SEMUANYA SENDIRI. BIAR AKU SEDAR SIKIT. [tapi markah masing2 pikul ye. hehehe]

No comments:

Hello There

"hari ini bukan semudah semalam untuk bergelar manusia sempurna. banyak yang perlu dikorbankan, banyak juga yang terpaksa dilepaskan. sesekali langkah tersadung, rebah menyembah. sesekali melangkah gagah tersenyum megah dan semua itu memerlukan pengorbanan, menentukan kesabaran dan air mata. selagi prinsip hidup berada di atas landasan yang betul, usah di gusar pada anugerah Tuhan. anggaplah sesekali diduga itu sekadar utk mematangkan dan mengajar kita untuk bangun menjadi manusia sesempurna insan......" insyaAllah
 

Made by Lena