Daisypath Anniversary tickers

THE SIGN OF OUR LOVE

Lilypie First Birthday tickers

Friday, November 6, 2009

gurindam hati ORANG TAK PERNAH BERCINTA part I

orang kate [bukan aku kate],
bercinta tu best. pagi2 ada orang yang kejutkan solat subuh. kadang2 kita buat amal tolong kejutkan si dia tunaikan suruhanNya tu. sampai mase takbiratulihram pun tersenyum ikhlas. gumbira tunaikan kewajipan seawal 6.00pg. sebelum2 ni subuh gajah. ye ke best? boleh try ni.

aku kate [opinion orang TAK PERNAH BERCINTA. apa sgt la aku tahu kan?],
gembira sebab tunaikan kewajipan aku or sebab bangun2 dpt dengar suara dia? takut2 hati ini bukan ingatkan DIA tapi dok teringat ayat akhir mase dia kejutkan aku pg tadi
"bangun subuh ayang. abang sayang ayang"
adooo....aku cair beb! bak ice dah ni. so, macam mane solat aku ni?

kawan aku kate [aku senyum je],
bercinta dengan si dia isi kesunyian di hati. tiap2 hari ada org cares ttg kita, buat jokes hiburkan kite, selalu bg hadiah & buat surprise tanda betapa dia sayangkan kita. habis, rupanya mak ayah kita x cares pun kat kita sampai size kasut pun dah besar tapak gajah. harapkan jokes mak ayah? apa best citer classic pak pandir ngan si kancil? hadiah? mak ngan ayah tak pernah bg, apatah lg nak buat surprise kat kita. diorang dah tua.....tak larat nak layan orang muda macam kite ni. oooo.....gitu rupanya. baru aku tahu neh.

dalam senyum hati aku bisik [hanya aku je dengar. orang lain x dgr sebab hati aku bisik kat aku je],
"merasai kehadiran Allah dlm hati menjdkan kita sentiasa ada kwn walaupun keseorangan lbh2 lg jika kita dikelilingi org tersyg[mak, ayah, siblings, suami =)). kosongnya hati kita dr mengingati Allah akan membuatkan kita kesepian walaupun berada di tengah ramai orang......"
mak ayah tak care = takdenya mak hantar aku masuk u. ajar mengaji. bagi aku ubat bila demam.
mak ayah tak modern= ada timbangan modern ngan classic ke bila kat akhirat nanti?
mak ayah tak pernah bagi present or wat surprise=
  1. 1kg beras(rm) x 12 bulanx 21 tahun
  2. susu(rm) x 12 bulan x 2 tahun
  3. gula(rm) x 12 bulan x 16 tahun.
isy...kalo aku buat list sini nanti orang ingat aku nak bukak supermarket lg. so, agak2 kalo sume ni dikira berbaloi tak dengan setitis air susu mak ngan setitik peluh ayah mencari sesuap nasi? x pyh compare ngan hadiah n surprise dengan si dia lagi. surprise? x cukup ke kita surprisekan mak ayah mase kecik2 dulu bangun pukul 2 pg nak susu, bg minum air tersedak, naik basikal berdarah lutut?

ada jugak yang kate [aku ke? no...no...no...],
bercinta boleh bg semangat untuk belajar. yang malas dah rajin gi kelas. nanti blh main mate ngan dia. yg malas bukak buku dah jadi penunggu setia library sebab bila si dia message:
"ayang katner? miss u"
"ayang kat library. miss u too"
bangga dpt kekasih hati yg rajin bace buku kan? sampai dating pun kat library. nanti cgpa naik, rajin kan. betul jugak neh.

tapi....aku harap aku tak cakap macam ni,
si dia pembakar semangat aku untuk aku belajar. pengakuan tulus seorang ayah padaku:
"sedih hati ini. bila kecil, ayah yang membakar semangatnya untuk belajar sampai ke u. tapi bila besar, dah sampai u, si anak cakap nak cari kekasih untuk membakar semangatnya".
dah hangus si bapak 'membakar diri' demi menerangi hidup si anak tapi kini......kau pikir2 sendiri la masyitah. dah ada akal dan nafsu. guna mane satu terbaik.....


"bercinta tak salah tapi ada caranya. ada tujuannya. tak lain tak bukan hanya kerana DIA. kerna rasa CINTA itu anugerah terindah kurniaNya. aku tak menolak rasa CINTA ini kerana aku juga manusia biasa yang punya naluri untuk MENCINTAI dan DICINTAI. tapi........will be continued to part II"



NAMUN ANDAI GAMBAR INI MAMPU BERBICARA DAN MATA INI MAMPU MENTAFSIR AKU KIRA TIDAK PERLU PART II UNTUK ENTRY INI.
SALAM

semoga Allah tunjukkan aku jalan yang benar dalam menghadapi liku-liku hidup yang penuh godaan dan ujian. 

No comments:

Hello There

"hari ini bukan semudah semalam untuk bergelar manusia sempurna. banyak yang perlu dikorbankan, banyak juga yang terpaksa dilepaskan. sesekali langkah tersadung, rebah menyembah. sesekali melangkah gagah tersenyum megah dan semua itu memerlukan pengorbanan, menentukan kesabaran dan air mata. selagi prinsip hidup berada di atas landasan yang betul, usah di gusar pada anugerah Tuhan. anggaplah sesekali diduga itu sekadar utk mematangkan dan mengajar kita untuk bangun menjadi manusia sesempurna insan......" insyaAllah
 

Made by Lena