Daisypath Anniversary tickers

THE SIGN OF OUR LOVE

Lilypie First Birthday tickers

Sunday, December 13, 2009

lamanya tak mencoret...

Assalamualaikum......

apa khabar diari online ku? huhuhu....subhanallah, dah hampir sebulan masyitah tak mencoret apa-apa di sini dan dalam masa hampir sebulan pelbagai perkara yang harus aku tempuhi.

segalanya bermula dengan laptopku masuk virus. huhuhu...menguji betul. mana nak siapkan proposal dan tambah mengharu birukan bila ada sorang classmate ku yang bermurah hati menawarkan service format laptopku dan jugak siap install complete program yang aku perlukan. so, masyitah on je biar ada sikit berat hati. tahu tak mamat tu buat apa? dia format  semua document aku dalam D. tolong!!!! tapi, sekarang masyitah dah redha. ada rahmat yang menanti.....kuatkan aku ya Allah sebab ngan final projek aku sekali HILANG! takpe, masyitah tak marah tapi terkilan je la. sabar.,....

dan sepanjang cuti ini jugak masyitah terpaksa habiskan masa dan tenaga berulang alik ke kampus menyiapkan proposal Bengkel Cemerlang di Universiti dan Permata Hati Tautan Kasih Siri I. Alhamdulillah, bengkel tu dah diluluskan oleh HEPA cuma ada masalah penginapan je so last minit terpaksa mintak tangguh and masyitah yang jadi pengarah program tu. hopefully, all the thing success. huhuhu...tapi, untuk PMTK I masyitah just s/u shj. proposal tu baru je lepas dekan faculty, masih menunggu maklum balas Jabatan Hal Ehwal Orang Asli and HEPA. hope, this programe also run succesfully. so, baru je balik bertapa di rumah and insyaAllah esok nak naik KL. huhuhu....honestly, masyitah nak duduk rumah!

dan sambutan Aidiladha baru-baru ini meninggalkan kesan di hati ini. segalanya menjadi iktibar untuk insan yang bergelar anak seperti aku. cukuplah setakat ini dahulu, masyitah letih sangat ni. baru siap mengemas dan mencuci lantai dapur. huhuhu.....memang letih la. almaklumlah, dah lama tak balik umah dan hanya mak ngan ayah je dok umah. mak ngan ayah pun tak sihat sangat. heemmmm.....rupa-rupanya, kami 9 beradik dah besar. masing-masing sedang bina hidup sendiri. tak sangka, sume kakak-kakakku dah kawen! hahahah

No comments:

Hello There

"hari ini bukan semudah semalam untuk bergelar manusia sempurna. banyak yang perlu dikorbankan, banyak juga yang terpaksa dilepaskan. sesekali langkah tersadung, rebah menyembah. sesekali melangkah gagah tersenyum megah dan semua itu memerlukan pengorbanan, menentukan kesabaran dan air mata. selagi prinsip hidup berada di atas landasan yang betul, usah di gusar pada anugerah Tuhan. anggaplah sesekali diduga itu sekadar utk mematangkan dan mengajar kita untuk bangun menjadi manusia sesempurna insan......" insyaAllah
 

Made by Lena