Daisypath Anniversary tickers

THE SIGN OF OUR LOVE

Lilypie First Birthday tickers

Thursday, October 1, 2009

ingatan buat masyitah!




Hari ini aku rasa agak bahagia. Biarpun masih bersisa tangisan dalam sanubari ini namun panggilan dari insan tersayang menyerikan hariku. Bukannya tak pernah dia telefon sebelum ini tapi di saat aku terhimpit dengan bebanan masalah dan tekanan panggilan dari dia buat aku bahagia.


Apa yang lebih membahagiakan lagi pesanan dia terhadap aku supaya menjaga diri terutama dengan keadaan kesihatanku yang agak terumbang-ambing ni. Apa yang mengejutkan aku adalah apabila dia mengkhabarkan berita kepulangan kakak sahabatku yang baru berusia 25 tahun ke rahmatullah [Al-Fatihah untuk arwah dan takziah buat keluarganya]. Apa yang ku tahu masa bulan puasa hari tu arwah sihat je. Bagiku kepulangannya kepada Pemiliknya satu peringatan buat diri ini, kehidupan di dunia hanya sementara dan kematian tidak mengenal usia kerana ia janji Allah yang pasti. Setiap orang pasti akan merasai mati.


Apabila mati seseorang itu, 3 perkara yang takkan putus buatnya.
1. Doa anak yang soleh yang mendoakannya
2. Sedekah yang berjalan terus
3. Ilmu yang bermanfaat


Berbalik kepada pangilan tadi dia juga pesan jangan keluar dari kampus tanpa tujuan yang penting. Tambahan pula keadaan cuaca yang buruk sekarang ni. Lebih-lebih lagi kedudukan kampus ku yang berhampiran dengan pantai. Katanya bimbang tsunami berulang kembali. Nauzubillah. Bukannya dia tak pernah memesan itu ini padaku selama ini namun entah la. Aku bahagia rasanya hari ini.Mungkin aku terlalu rindukannya. Alhamdulillah, syukur untuk nikmat rasa indah ini.


Aku rindukan pesanan-pesanan sebegini. Aku lagi rindu kalau ada yang ingatkan aku tentang akhirat. Ingatkan aku tentang akhlak sebagai seorang wanita. Ingatkan aku tentang tanggungjawab seorang anak. Ingatkan aku tentang tanggungjawabku sebagai seorang pelajar muslimah. Ingatkan aku tentang dosa dan pahala. Ingatkan aku tentang syurga dan neraka. Ingatkan aku tentang kematian. Ingatkan aku tentang tugasku sebagai khalifah di muka bumi ini…..mengapa aku tercipta di sini……kerana aku akan disoal di sana nanti.


Terima kasih buat dia yang ku sayang, mak……… [rindu nak balik tapi banyak kerja yang terbengkalai sejak cuti raya hari tu. 2 bulan lagi insyaAllah dah boleh cuti dah….sabar]

No comments:

Hello There

"hari ini bukan semudah semalam untuk bergelar manusia sempurna. banyak yang perlu dikorbankan, banyak juga yang terpaksa dilepaskan. sesekali langkah tersadung, rebah menyembah. sesekali melangkah gagah tersenyum megah dan semua itu memerlukan pengorbanan, menentukan kesabaran dan air mata. selagi prinsip hidup berada di atas landasan yang betul, usah di gusar pada anugerah Tuhan. anggaplah sesekali diduga itu sekadar utk mematangkan dan mengajar kita untuk bangun menjadi manusia sesempurna insan......" insyaAllah
 

Made by Lena