Daisypath Anniversary tickers

THE SIGN OF OUR LOVE

Lilypie First Birthday tickers

Friday, October 16, 2009

smile masyitah

sebelum sebelum ni, selalu nangis sebab ingat kak mak, ingat kat ayah, ingat kat adik2.......huhuhu. tapi, bila ingat ayah cakap beberapa tahun yang lalu :

" ayah tahu kak teringat kat sume, sebab kami ni kan pembakar semangat kak untuk belajar sampai berjaya "

betul betul betul.........kak harap Allah panjangkan umur kak untuk berbakti pada mak ayah ngan adik-adik. berbakti mendidik anak bangsa yang seagama demi memartabatkan Islam. Itu doa kak setiap kali solat. hanya Allah yang bisa memakbulkan permintaan ini dan kak hanya mampu berdoa dan berusaha.....

dulu dulu, mase tangguh study dulu macam-macam orang cakap kat masyitah. sabar je la.....hanya Allah yang tahu apa yang Masyitah rasa mase tu. andai sape yang boleh tengok hati dan perasaanku mase tu, ketahuilah betapa terseksanya hati dan perasaan ini. tambah-tambah terseksa bila tempiasnya terkena pada mak ngan ayah. kononnya mak ngan ayah tak tegas dengan anak-anak dia......mak tak salah. ayah tak salah. kak memang tak sihat masa tu tapi, susah orang nak percaya sebab sakit masyitah mase tu tak boleh dilihat mata kasar. xpe la......Allah tahu apa yang terbaik untukku.......bila dengar lagu ni mase tu....

Pernah hati ini terguris
Dengan fitnah dan tohmahan menghiris
Sehingga terasa diri ini hina
Kerana tiada siapa yang sudi membela
Kutabahkan hatiku harungi hidup
Biarpun tiada siapa yang menemani
Keseorangan aku di lautan sepi
Ditinggalkan mereka yang aku percayai

Namun ku tahu ada hikmahnya
Setiap segala yang menimpa diri
Kuserahkan segala padaMu Tuhan
Yang berkuasa jua mencipta
Kerana engkau MAha Mengetahui
SEgala apa yang terbuku di hati

Ya Allah tidakku terdaya lagi
Menahan dugaan yang mencabar ini
Terasa bagai noktah telah kutemui
Mengakhiri segala yang telah aku mulai
Ya Allah engkau lindungilah aku
Bekalkanlah daku dengan limpahan iman
Agar tabahku menghadapi dugaan
Agar tidakku berhenti di pertengahan

Kini di sini aku berdiri
Bersama harapan yang tulus suci
Agar terbitlah kembali menteri pagi
Setelah malamku berkalut benci

  
pastu pastu kan, bila kembali sambung study macam-macam masyitah kena hadap. paling sedeh bila kawan-kawan x dapat terima kita yang baru ni. sedeh sangat tapi mentorku lantas berpesan:

" awak kena bina kekuatan awak sendiri. awak tak boleh bergantung pada orang. suatu masa nanti, mereka yang akan datang cari minta bantuan awak. percayalah...."

betul.......betul betul terjadi. Alhamdulillah untuk sahabat-sahabatku yang telah graduate sebab akhirnya dapat terima masyitah. doakan masyitah selamat menamatkan pengajian di sini eh......

masa masa itu lalu berlalu, dan kini aku di sini. semalam, aku kesedihan yang amat. sebab musababnya sukar untuk diceritakan di sini. tapi bukan sebab putus cinta ye.....no no no...........then, seseorang hantar mesej :


"hari-hari berlalu tentunya disisimu teman-teman yang lebih baik dariku...namun ketahuilah...apa yang aku ada hanyalah sekeping hati yang selalu mendoakan dirimu gembira selalu...."

mesej tu bukan buat aku gembira, tapi makin buat aku bercucuran air mata. aku terharu dengan mesej tu tapi aku lagi sedeh untuk nyatakan.....lantas ku balas mesejnya:

 "teman-teman yang baik di sisiku memang ramai, tapi tak semua yang sudi menemani kala suka dan duka..."


i really meant it mase tulis ayat tu. aku tak ramai sangat kawan kat sini. tapi, kadang-kala aku ni rasa macam orang bodoh pulak. aku maybe bukan kawan yang baik untuk mereka, sebab tu mereka-mereka buat-buat aku ni lagu ni. aku ni hanya diperlukan bila perlu saje......sedeh tak? bila la aku nak habis belajar kat sini. aku pasti akan merindui memori pahit manis kita di sini. walaupun korang-korang buat aku macam-macam memang aku kesah sebab aku punya hati dan perasaan. tapi, atas dasar punya hati dan perasaan la aku tetap sayang korang even korang sebaliknya.

bagi aku, once aku berkawan aku akan sayang kawan aku even orang tak sayang aku. cume, akku sedeh bila korang layang aku cam orang bodoh........ape aku ni memang orang bodoh ke?

tiba-tiba teringat-ingat pulak dekat upin ipin. teringat kat watak kak ros. teringat dekat adik ngan anak sedara aku. tau dia cakap ape?

upin & ipin "kak ros memang garang, tapi hati kak ros baik!"


anak sedara "aunty mie ni macam kak ros la....."


adik "kak ni macam kak ros la. bekeng tapi hati kak baik...."

kalau ada orang boleh tengok hati aku......hanya Allah saje yang tahu.

mungkin sebab aku ni garang kot sebab tu kawan-kawan aku buat aku macam tu. tapi, memang orang takleh terima cara aku buat kije. strict and straight. tapi dalam strict and straight aku tu aku rasa aku dah banyak mengalah. bila meeting diorang nak tangguh, aku tangguh. buat kije nak tangguh, aku ikut je.....tapi mungkin tak cukup lagi kot. habis, nak buat macam mane lagi........

aku harap, Allah tenangkan aku menghadapi liku-liku hidup ini. aku dah cukup bahagia sebenarnya dengan apa yang Dia beri tapi, aku je yang tak reti bersyukur. sekarang ni, kena muhasabah diri......this entry jugak sbnarnya slh satu cara aku nak muhasabah diri. bukan nak mengadu tapi just nak release apa yg ada. aku tak tahu nak luah kat siapa, sebab yang pasti aku hanya ada Allah. itu sudah cukup bagiku.....

"aku tak sepatutnya berduka jika terasa hidup ini meletihkan. sebab demikianlah hidup itu diciptakan...."
~smile masyitah~



No comments:

Hello There

"hari ini bukan semudah semalam untuk bergelar manusia sempurna. banyak yang perlu dikorbankan, banyak juga yang terpaksa dilepaskan. sesekali langkah tersadung, rebah menyembah. sesekali melangkah gagah tersenyum megah dan semua itu memerlukan pengorbanan, menentukan kesabaran dan air mata. selagi prinsip hidup berada di atas landasan yang betul, usah di gusar pada anugerah Tuhan. anggaplah sesekali diduga itu sekadar utk mematangkan dan mengajar kita untuk bangun menjadi manusia sesempurna insan......" insyaAllah
 

Made by Lena