huhuhu....semalam dan semalam adalah hari yang memenatkan namun amat menyeronokkan. tirai semester 2 2009/10 hampir menjengah tiba. dan tigas yang ku pikul sebagai timbalan presiden 1 bakal dilepaskan tidak lama lagi. namun, ingatkan semudah dulu melepaskan tanggungjawab ini rupanya susah. nak2 selepas peristiwa anugerah dekan faculty bsru-bsru ini. xpe la, mungkin ada hikmahnya.........
hohoho.....aku ingatkan dah boleh release tension tapi ada lagi tugas yang perlu diselesaikan. takpe la, aku anggap ini amanah yang telah diberikan maka aku wajib menunaikannya sebaik mungkin. maklumlah, aku ni bukan pemimpin yang baik sangat namun aku cuba untuk melakukan yang terbaik.apa yang pasti, sepanjang menerajui tampuk pimpinan club ini, ia mengajar aku erti sabar dan perlu pandai menguruskan emosi apabila berhadapan dengan pelbagai karenah manusia. aku bukan seorang yang sabar dan aku memang seorang yang emosional namun terima kasih untuk pengalaman yang tidak terhingga ini. terima kasih sahabat-sahabatku.....
foto itu tatkala kami secara rasminya mengambil alih tampuk pimpinan club. terima kasih tak terhingga untuk semua kerjasama yang diberikan terutamanya setiausaha agung club yang terlalu banyak memberi tunjuk ajar buat kakaknya yang cetek ilmu ni dan juga buat timbalan setiausaha agung yang banyak membantu melancarkan tugas. buat pasangan bendahari dan timbalannya, anda memang bagus mentadbir kewangan club. insyaAllah, kewangan baitulmuslim anda suatu hari nanti jugak akan lebih hebat. dan istimewa buat barisan exco-exco yang sudi membantu dan tak kurang jugak yang menguji kesabaran akak, akak berbangga dapat bersama-sama kamu mengemudi club ini. ops lupa, buat timbalan presiden 2 club, thanks also. adik akak ni memang tak susah untuk disuruh buat kerja dan memang boleh memimpin sebenarnya tapi akak tak tahu kenapa akak selalu lupa adik akak sorang ni.....huhuhu......
then bawah ni sedikit kenangan bersama.....
timbalan presiden as timbalan pengarah program........huhuhuhu belakang skit tu baru pengarah program
terima kasih untuk semua memori indah ini......sahabatku.....
No comments:
Post a Comment