THE SIGN OF OUR LOVE

Lilypie First Birthday tickers

Saturday, August 29, 2009

kak sayang mak sangat-sangat....

Hari ni bukan hari ibu. bukan juga hari lahir mak. tiada hari yang tertentu untuk menghargai mak. sebab mak perlu dihargai tiap-tiap hari. betul tak?

mak selalu marah kalau tak kemas rumah. mak selalu bising kalau tak masuk dapur. tapi, kalau mak diam tanpa cakap apa-apa rasa something pulak. mak, kak bukan malas tapi masa kecik-kecik dulu mak suruh nurse kat hospital terlebih inject vaksin M tu bakpe? tak pasal-pasal kak dah terlebih MALAS sekarang ni. hehehehe......tapi kak buat jugak lepas kena marah kan? sebenarnya, kak nak dengar suara mak je.....rindu.

mak tahu tak ada satu benda pada diri mak yang selalu buat kak rasa sayu? terutamanya bila dok jauh-jauh macam sekarang ni? mak selalu cuba nak puaskan hati anak-anak mak selagi mak terdaya. kadang-kala kak pun rasa serba salah. misalnya.....kak tak suka makan agar-agar tak campur susu. jadi kak tak makan la. tengok pagi-pagi 1 Ramadhan lagi, mak buat agar-agar santan (susu takde) . selalu mak buat lagu tu bila dengar anak-anak mak tak suka makan tu, suka makan ni. anak mak ada 9 orang, larat ke mak nak layan kami yang ramai ni? setiap kali nak balik kampus jugak, mak akan bising. suruh ambik nasi. bawak beras. bungkus lauk. kak akan jawab....jap lagi.....jap lagi......jap lagi.....alih-alih bila nak pergi mak dah siap packing sume benda tu. mak, jangan baik sangat dengan kak. nanti kak tak kawen-kawen sebab tak sanggup tinggalkan mak.

hari tu mak ada tanya, kak nak kije ke sambung belajar lepas habis diploma. mak tak pernah tanya kakak-kakak yang lain macam tu. abang din pun tak. kak sedih sangat. mak tak nak kak further study lagi ke? cita-cita kak kan setinggi langit. tak sampai kat kaki bukit pun mak dah tanya macam tu. kak sedih mak. bukan sedih sebab tu aje tapi kak sedih bila kak bagi 'jawapan' macam tu kat mak hari tu. kak mintak maaf. mak tanya macam tu bersebab kan. hari tu kak tak sabar, tapi selepas tu kak fikir-fikir balik. kak mintak maaf. bagi masa untuk kak berfikir dan mintak petunjuk. ada masa kurang setahun lagi untuk kak fikir. insyaAllah, kak akan buat pilihan yang terbaik biiznillah........

mak......mak tahu tak sejak kebelakangan ni kak asyik menangis ingatkan mak kat hostel ni. sebab tu dua tiga hari ni kak kerap tepon mak. belum pukul 6pagi hari tu kak bangun pagi-pagi terus tepon mak. mak tahu tak kenapa? kak takut Ramadhan ini Ramadhan terakhir untuk kita. kalau bukan mak yang dijemput dulu mungkin anak mak yang dipanggil pergi tak kembali. kak banyak dosa dengan mak. kak jugak takut kak tak sempat nak balas jasa mak sebab sekarang kak selalu je menyusahkan mak. kak menangis ni mak masa taip perenggan ni..............kak takut kak tak sempat mintak maaf dengan mak sebab kak kan suka 'bertengkar' dengan mak. suka sangat-sangat........

mak.....kak selau cakap 'maafkan kak'......'terima kasih mak'......tapi kak jarang ucapkan 'kak sayang mak' (bukan x langsung tapi jarang). mak, bukan tu bermakna kak tak sayang mak tapi kak tak pandai nak pamerkan kasih sayang kak melalui kata-kata. tapi kak pamerkan dengan cara lain. kak larang mak buat kije-kije berat even kak tak buat tapi kak suruh adik cik ke, arif or abang nik yang buat. hehehe....kak kan terlebih vaksin M. kak tak boleh tengok mak runsing, sebab kak orang pertama yang nangis dan serabut. kak tak sanggup tengok mak risau.mak kat sini kak nak bagitau "KAK SAYANG MAK SANGAT-SANGAT" even mak tak baca blog ni.

2 comments:

Anonymous said...

sedikit terase seperti diri sye yang mmenulis..
dah banyak buat salah kat mak..
menyesal la pilak...
sedih...
rase macam nak nangis je...

mies said...

huhuhu.....rindu mak.

sepanjang ramadhan ni tak sempat berbuka dengan mak lagi.

bersahur je...

Hello There

"hari ini bukan semudah semalam untuk bergelar manusia sempurna. banyak yang perlu dikorbankan, banyak juga yang terpaksa dilepaskan. sesekali langkah tersadung, rebah menyembah. sesekali melangkah gagah tersenyum megah dan semua itu memerlukan pengorbanan, menentukan kesabaran dan air mata. selagi prinsip hidup berada di atas landasan yang betul, usah di gusar pada anugerah Tuhan. anggaplah sesekali diduga itu sekadar utk mematangkan dan mengajar kita untuk bangun menjadi manusia sesempurna insan......" insyaAllah
There was an error in this gadget
 

Made by Lena