
assalamualaikum......
subhanallah.....malam yang indah dapat lagi aku kecapi. Alhamdulillah, aku masih dipanjangkan umur untuk menghirup udara dingin ini. sungguh tak ternilai nikmat yang Kau kurniakan buat insan yang selalu alpa ini. astaghfirullah......
semalam, entry yang kubuka berbau rasa ceria. suka. gembira. bahagia. namun malam ini, catatanku sedikit duka. cuka. pilu. sedih. dan rasa berdosa dengan 'tatkala hilangnya kepercayaanku.....maafkanku' buatmu insan yang aku hormati. sudah puas aku cuba menghilangkan rasa tidak puas hati dan lunturnya kepercayaan ini padamu namun aku gagal. ku tahu, aku tidak sepatutnya berasa dan beranggapan begini terhadap insan yang menabur budi padaku namun aku gagal.
bukan sekali aku dikecewakan malahan berulangkali menyebabkan aku berfikir perlukah aku mempercayai orang sebegini. aku rasa berdosa untuk keadaan ini. cuma aku harap masih tersimpan sedikit rasa hormat untukmu. aku tak mahu menjalani hidup yang tidak berkat sedangkan kau seorang pendidik. maafkanku........
tapi aku benar-benar harap kau jujur dalam menjalankan tugasmu. apabila kau diamanahkan tentang sesuatu perkara, jagalah amanah itu sebaiknya. amanah itu bukan sahaja tak kau jaga, hinggakan aku sendiri yang terasa tempiasnya bila ianya tersebar. tatkala ini, aku tak bisa lagi gantung kepercayaan untuk membincangkan perkara-perkara yang serius mahupun tidak dengan orang sepertimu. maafkanku kerna lunturnya kepercayaan ini.....
aku harap dan aku berdoa moga Allah pimpin aku ke jalan yang Dia redhai. ampunkan aku ya Allah dengan rasaa dan sikap yang tidak patut ini. janganlah hilangkan keberkatan ilmu yang aku perolehi daripadanya.......
maafkanku...............
No comments:
Post a Comment