Daisypath Anniversary tickers

THE SIGN OF OUR LOVE

Lilypie First Birthday tickers

Monday, August 31, 2009

Telur oh telur!

Salam……..

Actually masyitah nak ucapkan selamat menyambut kemerdekaan yang ke-52 untuk semua rakyat Malaysia and special wish to my dad, happy 53rd befday to you. Semoga ayah dirahmati dan diberkati Allah dunia akhirat.



Dan di hari ke-10 Ramadhan ni, masyitah tengah berhempas pulas nak prepare final project. Huhuhu…..start talking about final projct je masyitah nak start pening. Sebenarnya masyitah ada idea nak buat mangkuk tingkat or egg breaker dan sejujurnya masyitah memang nak buat egg breaker. Satu alat yang dapat membantu makcik-makcik kat dapur untuk pecahkan telur then asingkan yolk and egg white tu. Bunyi cam best je, nak-nak time nak buat biskut raya ni.Tapi, the problem is masyitah tak tahu macam mana nak buat mechanism yang involve dlm egg breaker. Al-maklum la masyitah ni apa sangat la yang tahu. Huhuhu,………usaha tangga kejayaan. Ya!



Bercakap mengenai telur ni I got something during making the survey about this. Telur ni sizenya bergantung pada umur ayam yang bertelur tu rupanya. Semakin tua ayam, semakin besar la telurnya. Tapi bila semakin besar telur, semakin nipis pulak kulit telur tu sbb kulit telur tu kena strech nak cover isi telurnya yang besar tu. Hehehehe…….macam tu pulak eh?


Tapi bila bercakap pasal telur di bulan puasa ni teringat kat telur dadar pulak. Hahaha…..masyitah tak suka makan telur tapi kalau telur dadar takpe. Kalau makan telur rebus tu, sesiapa yang jumpa telur kuning sahaja tu mesti kerja masyitah sebab masyitah makan telur putih. Tapi lain pula kalau dengan telur masin, masyitah makan telur kuning je. Hahaha….


Bunga telur….ala buah tangan yang selalu orang bagi masa majlis kenduri tu. Actually masyitah takde la excited sangat dengan bunga telur ni tapi tertarik juga tengok. Cuma sekarang ni budaya bagi bunga telur dah semakin kurang sebab sekarang ni trend orang bagi gula-gula, cenderamata and whatever la. Takpe, bukan wajib pun sume benda tu just budaya je. Kalau tak bagi bukan sampai berdosa pun. Tak gitu? Apa yang penting perkahwinan itu. Semoga ikatan yang terjalin diredhai dan diberkati Allah dunia akhirat. hemmm…..kawen. eh, jauhnya…..telur aje la topic kita.


tapi, bila difikir-fikirkan balik indahnya kejadian ayam. Maha Suci Allah yang mencipta makhluknya. dengan hanya seekor binatang bernama ayam pelbagai perkara boleh dijana. menjana pendapatan, dapat dijadikan makanan, cenderamata untuk sesebuah majlis dan ada jugak yang boleh dibuat ubat. macam mana tu? tok bomoh selalu mintak ayam hitam sekor! hehehe.......




No comments:

Hello There

"hari ini bukan semudah semalam untuk bergelar manusia sempurna. banyak yang perlu dikorbankan, banyak juga yang terpaksa dilepaskan. sesekali langkah tersadung, rebah menyembah. sesekali melangkah gagah tersenyum megah dan semua itu memerlukan pengorbanan, menentukan kesabaran dan air mata. selagi prinsip hidup berada di atas landasan yang betul, usah di gusar pada anugerah Tuhan. anggaplah sesekali diduga itu sekadar utk mematangkan dan mengajar kita untuk bangun menjadi manusia sesempurna insan......" insyaAllah
 

Made by Lena