Daisypath Anniversary tickers

THE SIGN OF OUR LOVE

Lilypie First Birthday tickers

Saturday, May 28, 2011

masyitah oh masyitah

hari yang amat memenatkan. hari ni pergi Mid Valley dengan ijah tengok Nur Kasih The Movie. not bad and i like this movie. walau di mana sahaja dan apa sahaja jua yang kita lakukan samada suka atau tidak sedarlah segalanya dari Dia. semuanya rahsiaNya. segalanya berhikmah.


saya sukakan cerita ini bukan kerana pelakonnya tapi saya sukakan jalan ceritanya dan feel di sepanjang saya menontonnya dalam pawagam sambil kesejukan. haha...saya lupa yang saya neh tidak tahan dengan penghawa dingin. ia agak mengganggu konsentrasi saya di samping rasa mengantuk yang menyebabkan saya jadi pening. kepenatan kerja semalam masih terasa. kenapa saya selalu penat je? 

ralatnya cerita ni bila masa ending si Alias anak saudara Adam bersalam dengan Nur Amina. something lack kat sini........thinking!

keluar pawagam pergi solat dan cari makan. haha....saya dah mula jatuh sakit. terpaksa membatalkan hajat nak cari beg. sakit kepala yang mencucuk-cucuk neh menyebabkan saya berkeputusan, saya kena balik. terpaksa berpisah dengan ijah awal daripada waktunya.

masih berfikir. nak beli beg macam mana eh? inilah masalah saya, saya memang tak pandai buat keputusan.
pilihan pertama:

senang nak bawak pergi ofis dan nampak ladies. hehe....tapi barang saya banyak. tak sesuai bawak handbag. tapi yang berada di benak fikiran nanti nak pergi interview boleh bawak. macam mana neh? saya nak tapi ada sebab lain menyebabkan saya nak pilih yang lain. tengok bawah.
pilihan kedua:

hehe....beg macam gini boleh bawak my soulmate. my hero. ngeh3...my lappy. boleh sumbat barang banyak-banyak. 
purse. tepon. charger. pencuci muka. buku. broadband.
paling best. senang nak bawak. kalau bawak sambil berlari pun ok. bukan macam beg ladies kat atas. nak kena kontrol-kontrol cam gitu. yang jadi masalahnya......beg cam gini mana sesuai nak pergi interview.

nape? nak tukar kerja ke?,...............huhuhu


entah la....saya cuma nak hidup tenang di samping insan yang saya sayang. di kuala lumpur tak menjanjikan semua itu untuk saya.  saya akui masih ada sudut positif yang saya terima sepanjang saya di sini, tapi masih ada yang membelenggu diri ini.

cadangan yang selalu diberi oleh orang sekelilingku. KAWEN.
hoho....bunyi cam senang je. banyak benda yang nak difikirkan. paling penting. mana CALONNYA? sebab masalah besar aku neh. bila orang suka aku, aku jadi tak suka. 

but, nice suggestion. saya boleh mula mencari calon kalo macam gitu gak. 

 ciri-ciri orang yang dicari? sebab baru tengok nur kasih the movie, saya jatuh hati pada lelaki seperti Adam. huahuahua...penyayang. setiap orang ada masa silam dan masa depan masing-masing. kisah Adam buat saya selalu berfikir, masa yang berlalu mampu mentransformasikan diri seseorang samada ke arah kebaikan dan keburukan.

jap....macam mana nanti kalau dah kawen mesti my love lappy dah jatuh ke tangga kedua. owh....thinking! thinking! haha

masyitah oh masyitah
~simple but complicated~
tengah pikir neh

1 comment:

miza said...

asyik wane purple jer...bks tupperware pom cari purple..dmana wane kuning masyitah dlu???

Hello There

"hari ini bukan semudah semalam untuk bergelar manusia sempurna. banyak yang perlu dikorbankan, banyak juga yang terpaksa dilepaskan. sesekali langkah tersadung, rebah menyembah. sesekali melangkah gagah tersenyum megah dan semua itu memerlukan pengorbanan, menentukan kesabaran dan air mata. selagi prinsip hidup berada di atas landasan yang betul, usah di gusar pada anugerah Tuhan. anggaplah sesekali diduga itu sekadar utk mematangkan dan mengajar kita untuk bangun menjadi manusia sesempurna insan......" insyaAllah
 

Made by Lena