Daisypath Anniversary tickers

THE SIGN OF OUR LOVE

Lilypie First Birthday tickers

Thursday, May 28, 2009

SALAM TAKZIAH BUAT SAHABATKU......(ex monitor 5 IBS 2005)



assalamualaikum.......

malam semalam, aku mencapai handphone yg ada di atas meja yang ku letak laptop. satu mesej tertera nama mamat kuterima. tanpa berfikir panjang aku membuka handphone nokia biruku yang membawa khabar duka. perginya seorang hamba mengadap Illahi.

salam takziah buat miji (ex monitor 5 IBS 2005) di atas pemergian ayahnda tercintanya, ustaz yunus. kalau tak silap arwah kembali ke rahmatullah pada 26 May 2009. lantas sekeping mesej kutaip dan dihantar kepada miji mengucapkan takziah dan mengharapkannya tabah dan sabar menghadapi ujian. sesungguhnya, janji Allah itu pasti dan itu ialah MATI.

selalulah mengingati mati, kerana itu akan mendekatkan kita pada Illahi. ya Allah tempatkanlah arwah ayahnda sahabatku itu bersama-sama dengan orang-orangMu yang soleh.

Al-Fatihah.

No comments:

Hello There

"hari ini bukan semudah semalam untuk bergelar manusia sempurna. banyak yang perlu dikorbankan, banyak juga yang terpaksa dilepaskan. sesekali langkah tersadung, rebah menyembah. sesekali melangkah gagah tersenyum megah dan semua itu memerlukan pengorbanan, menentukan kesabaran dan air mata. selagi prinsip hidup berada di atas landasan yang betul, usah di gusar pada anugerah Tuhan. anggaplah sesekali diduga itu sekadar utk mematangkan dan mengajar kita untuk bangun menjadi manusia sesempurna insan......" insyaAllah
 

Made by Lena