THE SIGN OF OUR LOVE

Lilypie First Birthday tickers

Thursday, March 5, 2009

berjalan merentasi sebuah kehidupan............

berjalan merentas sebuah kehidupan yang penuh liku


saat ini aku sendirian di bilik hostelku. emm.....roomateku pulang ke kampung, selangor. alamaknya jadilah bilik ni tongkang pecah. huhuhu.....xdela, cuma meja study and katil je berselerak ngan buku-buku ditemani dengan secawan air masak, satu tupperware kismis, keropok segera n asam(dah lama tak makan, tadi tangan gatal je nak beli. x baik untuk kesihatan!). aku termangu keseorangan di sini. biasalah, manusia yang bernama masyitah aminah ni memang jarang keluar. sebab tu dia kurang kawan kot. my classmates tiga orang kat blok sebelah. ain pergi kpo, farihah balik umah n zaharah, entahlah........

sendiri? takutkah aku? sedangkan bila mati nanti seorang jugak kan kat dalam kubur tu. hemmm.......bukan mengeluh tapi sekadar membebaskan rasa di hati ini. kadang-kala aku ni macam sombong je? sombong ke aku? buat apa aku nak blagak sbb aku ni xde apa-apa pun nak ditonjolkan. tapi, mungkin aku tak pandai berkawan kot......i miss my bestfren jaa. dia yang paling paham aku. huhuu.....tp dia jauh, kat uitm nun di shah alam. kawan...............

berjalan lagi mindaku petang ni sampai kat umah. mak ayah, kak rindu nak balik umah tapi kerja kat sini banyak. malangnya, satu pun tak siap......huhuhu. menyerah kalah? cukuplah apa yang telah aku lakukan sebelum ni. setahun aku ketinggalan compare to my others fren tp xpe becoz i'm alwayz believe, everything happens for a reason. walaupun, sekarang ni semangat aku makin lama makin goyah. kenapa? mungkin iman dan ilmu di dada masih x cukup. kenapa? bukan tak jumpa tapi aku tak cari.......kenapa? bukan tak cuba tapi aku tak reti......

tunjukkan aku jalan yang lurus....

setiap kali solat, aku selalu berdoa. aku selalu mintak Allah tunjukkan aku jalan yang lurus. pimpin aku ke jalan yang Dia redhai. tapi, nape aku x berubah-ubah jugak. mesti aku ada miss mane2 amalan ni. huhuhu..........berjalan merentasi sebuah kehidupan. aku masih terkeliru dengan diriku. dan aku masih berusaha.......tapi, aku tak pernah putus asa dengan rahmat Allah sebab aku yakin, Dia maha pengasih dan penyayang.

kenapalah masyitah mencoret entah pape ni???? entahlah, mungkin tengah kebingungan bangun tido. nak buat assignment blur......lapar la tapi rasa ralat pulak nak turun cafe sorang2 mlm2 ni. biasalah, cafe tu tempat lepak budak2 laki.no!!! masyitah tak salahkan mereka nak buat apa pun tapi masyitah salahkan diri sendiri. nape tak beli je tengah hari tadi makanan? sbb mase tu dah kenyang. selalunya, masyitah beli sebungkus makan dua kali. berjimat? boleh jugak tu......tapi sebenarnya masyitah taknak membazir. sebabnya, mmg masyitah tak dapat habiskan makanan tu kalau sekali hadap. huhuhu.....perut kecil kot! hehehe....tapi masyitah kena makan byk kali. that why stok makanan dlm bilik ni byk. maggi?? dulu2 ada jugak sekarang boikot. milo pun(minuman rasmiku di hostel + susu nespray). nokia??? my new handphone. nak buang? adooo....hari tu terbeli. tak ingat. astaghfirullah.

ok la, bacaan al-quran dah mula kedengaran. nak kena bersiap dah ni. emmm.....maghrib dah tak lama. ya Allah...ampun kan aku.......

No comments:

Hello There

"hari ini bukan semudah semalam untuk bergelar manusia sempurna. banyak yang perlu dikorbankan, banyak juga yang terpaksa dilepaskan. sesekali langkah tersadung, rebah menyembah. sesekali melangkah gagah tersenyum megah dan semua itu memerlukan pengorbanan, menentukan kesabaran dan air mata. selagi prinsip hidup berada di atas landasan yang betul, usah di gusar pada anugerah Tuhan. anggaplah sesekali diduga itu sekadar utk mematangkan dan mengajar kita untuk bangun menjadi manusia sesempurna insan......" insyaAllah
There was an error in this gadget
 

Made by Lena