Daisypath Anniversary tickers

THE SIGN OF OUR LOVE

Lilypie First Birthday tickers

Tuesday, July 16, 2013

Ting Tong Versi Ramadhan

hari-hari yang ku lalui sejak kebelakangan ini amat memenatkan. setiap masa meeting beratur. keluar meeting saya jadi pening-pening. kadang kala keputusan ditukar bila semua kerja siap di atas meja. itu belum lagi mengejar report sistem yang berbundle-bundle perlu disiapkan. sekarang semuanya mengenai meeting pelaksanaan bajet.

tension.

dan sempena bulan Ramadhan ni, makin memerlukan kesabaran yang tinggi. kerja makin bertimbun. bukan mudah nak mengetuai sesuatu organisasi kan. ini tak jadi pengarah urusan lagi ni.tak cukup tangan saya nak menggapai. ini sudah dua hari saya rasa tak sedap badan. tidak muntah ja lagi. telinga dah panas dengan opismates.

'pembawakan budak tu'

hahahaha.....diorang punya imaginasi memang tinggi. saya rasa saya ni kekurangan zat kot. bulan puasa makin kurang makanan yang saya ambik. cincin di kedua belah tangan ni asyik jatuh ja. saya akan sedar saya kurus bila cincin saya makin longgar. simple.

preparation untuk majlis pun saya tak dapat tengok betul-betul lagi. yang dah ready bahagian pelamin dan seangkatan beserta photografi. yang lain, hujung minggu ni baru nak pi shopping. mana nak kejar ni, shopping ke report sistem. silap gaya saya kena masuk ofis hujung minggu ni. huhuhu...

saya pun dah rindu dengan anak-anak sedara saya. tiap-tiap hari telefon.

'bila nak datang umah kami'

aunty mie kalau bujang memang dah sampai dah. ini ingat dah ada Abang, susah la sikit. aunty mie taknak kehilangan title 'hot aunty mie'

huhuhu

mak nasihat tadi, ujian di bulan puasa. rezeki kalau bukan sekarang, insyaAllah masa hadapan.

Alhamdulillah....

# saya update blog dekat ofis. tak boleh nak balik. tak larat nak drive, lenguh kaki. padahal pakai automatik gear. hari ni memang jem dengan meeting dari pagi sampai ke petang. 

ya Allah, tenangkan hatiku. semoga segala urusanku dilancarkan dan dipermudahkan. insyaAllah...

aunty mie masa bujang. sume projek kami buat. sukses! he he he.... rindu anak2 menakan aunty mie

No comments:

Hello There

"hari ini bukan semudah semalam untuk bergelar manusia sempurna. banyak yang perlu dikorbankan, banyak juga yang terpaksa dilepaskan. sesekali langkah tersadung, rebah menyembah. sesekali melangkah gagah tersenyum megah dan semua itu memerlukan pengorbanan, menentukan kesabaran dan air mata. selagi prinsip hidup berada di atas landasan yang betul, usah di gusar pada anugerah Tuhan. anggaplah sesekali diduga itu sekadar utk mematangkan dan mengajar kita untuk bangun menjadi manusia sesempurna insan......" insyaAllah
 

Made by Lena