Daisypath Anniversary tickers

THE SIGN OF OUR LOVE

Lilypie First Birthday tickers

Monday, July 8, 2013

Kisah Sayang Saya II

masih mendownload file untuk presentation meeting pagi esok. broadband saya pun makin perlahan. yang makin rancak bunyi dengkuran Abang yang tidur keletihan.

semalam Abang tipu nak buat assignment tapi akhirnya tak buat-buat. malam ni abang buat janji lagi. tak bangun lepas ni, sila tanggung akibatnya selepas ini.

i do not have any plan to help you for this sem since Abang cakap last sem, 'this sem is my core subject. i no need your help'. it sounds so arrogant Abang. ha ha ha...

apa yang pasti saya masih kepeningan mengadap paperwork dan esok nak buat data report. awal bulan adalah satu ketika yang sangat saya tidak suka. report. report. report. saya bukan sahaja dikejar malahan terpaksa mengejar. adoi....tapi itulah realiti sebenar dunia pekerjaan. jangan sangka apa yang kita pelajari di universiti 100% kita guna dalam dunia karier.

its totally out. its just about 10% dan selebihnya adalah bagaimana sikap dan sifat yang kita bawa di dunia belajar, itulah yang bakal menguji kemampuan sebenar kita.

bekerja dan belajar. both of them are my passion. saya rindu untuk kembali menaiki pentas anugerah pada tiap-tiap semester. dan saya rindu menanti rumah puaka 'portal pelajar' setiap semester nak melihat hasil yang dituai. Alhamdulillah, walaupun saya tahu senyuman yang diukir di wajah kedua ibu bapa saya setiap semester tak mampu dijual di mana-mana sesi temuduga namun nilainya, hanya yang mengerti mampu merasai.

tapi sejujurnya, walau berkeping-keping sijil dekan. lenguh sendi kaki memanjat pentas anugerah setiap semester atau biru mata menatap CGPA setiap semester. bila di alam pekerjaan, itu sekadar bonus. selebihnya adalah diri kamu sebab tak semua pelajar cemerlang mampu berkomunikasi dengan baik. 

communication skill is an asset. believe it.

okey. saya mengantuk. nak bangun study dengan Abang. saya nak tengok sekilas slides presentation untuk esok. jeles dengar dengkuran orang sebelah makin enak. tido lewat takut tak terbangun kejutkan student yang nak buat assignment ni.

# buat perjanjian dengan Abang. sayang masak untuk buka puasa dan sahur. Abang bangun hidang waktu sahur. 

he said 'okey. if you believe me.' 

hahaha...i believe i can fly

Ya Allah, rahmati, berkati dan bahagiakanlah rumahtangga yang dibina Sanusi & Amina ini sehingga ke syurga. amin...


No comments:

Hello There

"hari ini bukan semudah semalam untuk bergelar manusia sempurna. banyak yang perlu dikorbankan, banyak juga yang terpaksa dilepaskan. sesekali langkah tersadung, rebah menyembah. sesekali melangkah gagah tersenyum megah dan semua itu memerlukan pengorbanan, menentukan kesabaran dan air mata. selagi prinsip hidup berada di atas landasan yang betul, usah di gusar pada anugerah Tuhan. anggaplah sesekali diduga itu sekadar utk mematangkan dan mengajar kita untuk bangun menjadi manusia sesempurna insan......" insyaAllah
 

Made by Lena