Daisypath Anniversary tickers

THE SIGN OF OUR LOVE

Lilypie First Birthday tickers

Tuesday, January 21, 2014

2014 Please Be Good To Me...

tahun 2014 yang bermula nampak perlahan dan sempurna namun penuh cabaran yang hakikatnya pasti terselit hikmah. semoga kami kuat menghadapi ujian-ujian ini. insyaAllah.

alhamdulillah. alahan saya makin baik walaupun masih tak mampu nak driving pergi kerja lagi. ada sekali-sekala baby bantu ibu dia untuk jadi sihat dan bersemangat buat kerja. harap-harap lepas ni akan maintain kuat dan bertenaga serta bersemangat. yahooo....amin3

minggu ini nampak macam tenang sebenarnya saya agak berdebar. menunggu masa untuk dipanggil review paperworks & perancangan 2014. yang nyata sebelum my lil caliph menjengah dunia, 50 peratus perancangan sudah berjalan. saya mengaku cabaran pada trimester pertama. saya bukan sahaja mabuk tapi saya memang pantang mengadap kerja-kerja di atas meja dan laptop. saya rasa macam kepala saya tak boleh berfikir. ngeh3.....macam mana nak mengemudi team aku ni?

namun saya sangat bersyukur. sokongan serta bantuan keluarga dan Abang banyak membantu saya dalam menghadapi ujian kehamilan pertama ini. kalau dulu saya tengok orang mengandung saya rasa, mungkin diorang penat je kot perangai cam gini tapi bila dah rasa sendiri...erm...rezeki masing-masing. ada orang kuat dan makin bertenaga namun ada yang sampai terbaring tak mampu buat apa-apa. Allah bagi mengikut kemampuan. dan besar ganjarannya. insyaAllah.

boss saya cakap saya nampak berseri sejak mengandung. okey, bahagian mana tak tahu sebab saya pergi pejabat dengan muka tak berbedak dengan berstokin & baju sejuk. saya kan pantang dengan penghawa dingin. 

akak rasa budak ni kurus sangat, sebab tu tak larat. tak cukup zat. hekhekhek....kurus saya selalu menjadi isu.

'akak malas nak tegur ami. sebab Ami macam dok dalam dunia sendiri'. hehehe...saya bersyukur. sejak mengandung ni saya tak banyak cakap. khayal dalam dunia sendiri. masuk meeting baik ja. sepatah tanya, setengah patah saya jawab. jawapan ringkas dan padat. baby ni mesti nak jadi macam ayah dia ni, tak banyak cakap. time nak cakap je baru berderet-deret keluar.....

dan hari ni opismate saya cakap, 'aku gembira tengok ko tak pakai sweater masuk ofis hari ni. nampak segar'. macam ni la Ami yang dulu. hekhekhek....nak mengaku. ini kali pertama aku rasa nak pakai maskara setelah disahkan mengandung.

begitu juga ujian hidup. saya percaya, setiap yang mendatang ada hikmah yang tersembunyi. dan cereka 2014 mula berdrama . huahuahua.....saya rasa takut dan kadang kala rasa mampu ke saya hadapi semua? namun tawakal dan bergantung harap saya pada Allah sepenuh jiwa. insyaAllah, Dia Maha Berkuasa.

hari Khamis ni setelah sekian lama tak drive, nampak gaya saya kena redah KL. Program di ofis baru. okey. be strong. dan dalam kalut dengan paperwork, banyak dokumen yang belum saya isi dan cop untuk registration Sabtu ni. naik Kulai la pulak. balik-balik pindah umah esoknya. then isnin pindah dan masuk ofis baru. selasa, mengadap bos untuk planning & kertas kerja 2014. huuuuu.....saya harap Allah kuatkan saya dan berikan saya petunjuk dalam setiap urusan.

"Kita bertanggungjawab atas apa-apa yang berlaku dalam hidup kita. Apa yang kita selalu fikirkan dan selalu cakapkan itulah yang kita akan dapat"

be positif!

# saya harap saya dapat dean list. hakhakhak...sangat poyo!


No comments:

Hello There

"hari ini bukan semudah semalam untuk bergelar manusia sempurna. banyak yang perlu dikorbankan, banyak juga yang terpaksa dilepaskan. sesekali langkah tersadung, rebah menyembah. sesekali melangkah gagah tersenyum megah dan semua itu memerlukan pengorbanan, menentukan kesabaran dan air mata. selagi prinsip hidup berada di atas landasan yang betul, usah di gusar pada anugerah Tuhan. anggaplah sesekali diduga itu sekadar utk mematangkan dan mengajar kita untuk bangun menjadi manusia sesempurna insan......" insyaAllah
 

Made by Lena