Daisypath Anniversary tickers

THE SIGN OF OUR LOVE

Lilypie First Birthday tickers

Wednesday, January 8, 2014

Highlight 2013

Alhamdulillah, baru hari ini berkesempatan menulis dan mencoret di blog. kekangan kesihatan sejak kebelakangan ini menghalang saya untuk menatap blog sendiri serta rakan-rakan yang lain. dan sedar tak sedar, usia ku sudah menginjak ke 26 tahun. walamak, tuanya saya. ehehehe....dan dalam kita waras kita kini sudah berada di tahun 2014. mak aih, cepatnya masa berlalu....Alhamdulillah, masih dipanjangkan usia dan moga dipermudahkan segala urusan beserta keberkatanNya. amin.....

dalam nyatanya, setahun lagi berganjak usiaku. 2013 saya kira tahun yang banyak mentransformasikan Masyitah Aminah. banyak perkara yang berlaku pada tahun 2013. ada yang gembira dan sebaliknya. segalanya ku syukuri kerana dapat kuhadapi berkat izin Dia.

jom check out what da best to be highlighted on 2013!!!!

a) naik gaji. yahoo! Alhamdulillah. tangga gaji baru diumumkan. syukur, rezeki. cukup la untuk menampung kehidupan nak-nak yang hidup di bandar besar ni. Tol! Minyak (jem. jem. jem). umah sewa.

hari terima 'surat'...ehehehehe
b) saya dirisik pada Mac 2013. hakhakhak. tak sangka ada jugak yang berkenan. insyaAllah, kalau kita jujur dan ikhlas. segalanya dipermudahkan.

rindu zaman bujang. masa ni saya tak sangka, jodoh saya tengah menyusun langkah..ekekekeke
c) pertama kali menjadi pengundi. haa...tudiaa. balik kampung punya excited. tapi nak buat macam mana, pemimpin pilihan saya tak berpeluang untuk menjalankan amanahnya musim ini. takpe la, lain kalilah!



d) bertunang dengan jari ada cop mengundi. hehehe...orang suruh pakai inai. aish, sakan macam nak nikah aih. geli aku tengok orang bertunang berinai segala neh. hekhekhek.....pilihan masing-masing. Alhamdulillah, saya bergelar tunangan orang walaupun saya tak pernah merancang pada usia mana saya akan bertunang. yang saya tahu tiap-tiap tahun saya harap ada jodoh yang terbaik Allah hantarkan buat saya.


e) tahun 2013 tahun mak saya menerima calon menantu kot. hekhek...tahun ni saya dapat seorang bakal adik ipar perempuan dan seorang bakal kakak ipar. adik dan abang saya berjaya ditunangkan pada Jun dan Disember yang lepas. huahuahua....berjaya ditunangkan. maaf la, saya dah terlompat pagar ye. ngeh3. tahniah2. mana tahu tahun ni sambut menantu baru mak saya. ehehehe....nak sambut cucu-cucu baru lagi. ahaks!


semuanya tema pink. errrrr....

f) the best thing in my life, officially on 30th June 2013 i married! ngehngehngeh...dengan siapa? dengan lelaki yang berani datang melamar saya lalalalala. Alhamdulillah. kahwin jugak minah potpet ni. semuanya aturan Allah. sepertimana pertunanganku dipercepatkan, begitu jua pernikahanku. kalau makin ditangguh, entah apa lagi yang mahu disimpan. simpan duit? insyaAllah,lepas nikah Allah bagi rezeki selagimana kita bersyukur.


g) dan penutup 2013, the best thing that i ever had. I'm gonna be a mom. Alhamdulillah. first time memang rasa ragu-ragu,boleh ke saya nak membesarkan satu amanah Allah dalam suasana hari ini. namun lama kelamaan keyakinan itu sedikit demi sedikit ada. insyaAllah. but i tell you, the journey of being a mom. fuhh....lembik den!. hehehe....


selamat datang tahun 2014! semoga tahun ini makin bersinar dan penuh keberkatanMu. insyaAllah.....yang mana saya ada buat salah silap, saya mohon maaf. saya tak suka menyusahkan dan kacau hidup orang tapi kadang kala ujian yang mendatang sekadar menguji keimanan dan kesabaran saya. saya senyum. Thank you Allah for this beautiful life. mungkin tak seindah yang dimiliki oleh orang lain namun sudah cukup untuk membuatkan saya bersyukur. Alhamdulillah...

#Ah Lan Wasahlan Ya 2014

No comments:

Hello There

"hari ini bukan semudah semalam untuk bergelar manusia sempurna. banyak yang perlu dikorbankan, banyak juga yang terpaksa dilepaskan. sesekali langkah tersadung, rebah menyembah. sesekali melangkah gagah tersenyum megah dan semua itu memerlukan pengorbanan, menentukan kesabaran dan air mata. selagi prinsip hidup berada di atas landasan yang betul, usah di gusar pada anugerah Tuhan. anggaplah sesekali diduga itu sekadar utk mematangkan dan mengajar kita untuk bangun menjadi manusia sesempurna insan......" insyaAllah
 

Made by Lena