Daisypath Anniversary tickers

THE SIGN OF OUR LOVE

Lilypie First Birthday tickers

Sunday, October 27, 2013

Selamat Pengantin Baru

serasa baru semalam saya menulis surat cinta untuk seorang sahabat, dan kini saya menulis lagi surat cinta buat sahabat saya yang istimewa. sungguh, masa berlalu dengan pantas. walapun jarak memisahkan kita namun kerana ukhwah itu bukan bersandarkan kepura-puraan namun kerana Allah. Alhamdulillah, kita masih bersahabat sehingga kini dan semoga ikatan ini akan kekal sehingga ke seluruh generasi yang akan datang.

ya, kita merancang namun Allah yang menentukan. orang lain yang bertunang dulu, orang lain yang berkahwin dulu. nak buat macam mana, seru jodoh itu datang kat Masyitah dulu. hahahaha.....seringkali antara kita bertiga Masyitah akan cakap 'masyitah paling tua, masyitah bagi kat adik-adik dulu'. tapi ambek kau, potong queue mizah jugak. hahaha

serasa baru semalam kita menyusun tangga naik ke kelas 5 Ibnu Sina. okey, kami agak poyo sikit zaman dulu. kami tak kenal email. friendster. couple dan seangkatan dengannya. yang kami tahu bergaduh bila buat math or add math, balik hostel asyik tengok kalendar nak balik umah, time ada kem mesti nama masyitah dalam list pertama tak masuk hostel. adoi....tapi kira Mizah dan Jaa, korang lagi strong la compare to kakak korang yang ngokngek neh.....

ya, sekarang masing-masing membina karier sendiri. kau, aku dan kamu. mungkin bintangnya tidak bersinar di langit berkilau hingga menyilau mata namun cukup buat kami tersenyum lega. Alhamdulillah....segalanya milik Dia. ini semua hanya pinjaman.

rindu duduk berkumpul macam dulu-dulu. tapi apakan daya, masa telah merubah segalanya. dan kini kita bertiga sudah bergelar isteri orang. wah, dah jadi isteri rupanya. hakhakhak...tapi kalau jumpa, kesian la suami kita.

ini zaman bujang Mizah & Masyitah melaram di hari bahagia Jaa...
Mizah & Amin,
selamat pengantin baru dan semoga bahagia hingga ke syurga. maaf sebab masyitah muncul sehari selepas majlis. okey, dear. i did the same thing like jaa got on her wedding day. adoooo...sorry. sampai lupa nak bergambar dek kalut nak balik umah mertua. masyitah mengaku, kepoh dan kalut masyitah masih seperti dulu. nasib baik dapat lelaki cool. hehehe...

# semoga satu hari kita bertiga dapat merancang satu trip bercuti. wah, mesti happening. tapi tak tahu la kalo masa tu Mizah dah potong line masyitah dan jaa. mana la tahu orang tu bertiga sebelum kakak-kakak dia yang slow ni. heeee....insyaAllah, Allah bagi bila dah tiba masanya. kami masih positif.

 

.



No comments:

Hello There

"hari ini bukan semudah semalam untuk bergelar manusia sempurna. banyak yang perlu dikorbankan, banyak juga yang terpaksa dilepaskan. sesekali langkah tersadung, rebah menyembah. sesekali melangkah gagah tersenyum megah dan semua itu memerlukan pengorbanan, menentukan kesabaran dan air mata. selagi prinsip hidup berada di atas landasan yang betul, usah di gusar pada anugerah Tuhan. anggaplah sesekali diduga itu sekadar utk mematangkan dan mengajar kita untuk bangun menjadi manusia sesempurna insan......" insyaAllah
 

Made by Lena