Daisypath Anniversary tickers

THE SIGN OF OUR LOVE

Lilypie First Birthday tickers

Sunday, October 13, 2013

Balik Kampung Raya La!

Jumaat. hari yang sangat-sangat ditunggu oleh warga kota. dan hari Jumaat ini adalah hari yang sangat mengujakan terutamanya buat perantau. pukul 3.30ptg pun Federal Highway dah mula jem kat Tol Batu Tiga. saya masih cool. cuma migrain yang masih bersisa akibat kerja yang bertimpa-timpa menyebabkan aku off dan on aircond macam takde kije dah. its time for Balik Kampung! masak la sume jalan waktu-waktu gini.

huwaaa.....lori sebuah syarikat minuman keras betul-betul menguji kami semua. buat masalah di tengah-tengah kesesakan. tukar lane. jem. jem. jem. nak hidup di bandar, kalau takut mengharungi kesesakan lalulintas jangan bermimpi nak hidup kat KL ye. setiap pagi dan petang. pendek kata, setiap hari. inikan pula musim nak raya.

RAYA?

Salam Aidiladha buat semua umat Islam di seluruh dunia. 

kenapa saya masih cool di hari Jumaat ini? selalunya saya la manusia yang paling kalut nak balik rumah. nak berkemas. nak bersiap menunggu dalam kereta walaupun abang saya tak balik kerja lagi. you know how so excited budak pompuan neh?

huhuhuhu...

Aidiladha pertama sebagai isteri. saya bajet saya tak sayu. kebal la kononnya. tapi bila dengar lagu Balik Kampung nyayian arwah Sudirman, tersiat juga rasa hati.

saya tak balik kampung tahun ni di pagi Aidiladha. sobsobsob. cuti dah siap saya apply. Rabu sampai Jumaat. sebab Abang dengan confident balik kampung hari tu cakap kat mak-mak kami, dia mesti la balik. bini dia je dapat cuti ke tak.

tengok-tengok, Abang hanya dapat cuti sehari je. hekhekhek. saya pula yang melopong cuti sesorang. huwaaaa.....saya terpaksa terima dan memahami kerjaya suami saya. dan Abang baru bertukar tempat kerja baru, so tak payah nak demand sangat. kena jaga performance.

setia seorang isteri, kerana kasih ku turutkan.

kami beraya di Shah Alam. titik.

# saya akui, saya memang suka balik kampung berbanding Abang yang sangat jarang balik kampung. kalau Abang balik pun, entah sampai entah tidak ke kampung. hakhakhak ...... cara saya, walau di mana saja kita berada. mak dan ayah di kampung jangan dilupa. semenjak Abang kahwin dengan saya, kami memang agak kerap balik kampung hingga kan jiran sebelah rumah mak boleh tanya 'Kenapa kerap sangat Sanusi balik kampung. selalu balik raya je'.  hahahaha....sekurang-kurangnya saya jadikan suami saya ingat pada ibu dan kampungnya berbanding dulu-dulu kan. tak salah balik jumpa emak kan. macam-macam orang sekarang ni. aish....

senyum.







No comments:

Hello There

"hari ini bukan semudah semalam untuk bergelar manusia sempurna. banyak yang perlu dikorbankan, banyak juga yang terpaksa dilepaskan. sesekali langkah tersadung, rebah menyembah. sesekali melangkah gagah tersenyum megah dan semua itu memerlukan pengorbanan, menentukan kesabaran dan air mata. selagi prinsip hidup berada di atas landasan yang betul, usah di gusar pada anugerah Tuhan. anggaplah sesekali diduga itu sekadar utk mematangkan dan mengajar kita untuk bangun menjadi manusia sesempurna insan......" insyaAllah
 

Made by Lena