Daisypath Anniversary tickers

THE SIGN OF OUR LOVE

Lilypie First Birthday tickers

Friday, October 25, 2013

Meja, Kije & Idea


ops, sungguh saya memang tak tahu menahu mengenai kajian ini. yang saya tahu selagimana ada ruang di atas meja, gunakannya sebaik mungkin. udahnya meja jadi macam tempat longgokan sampah sarap. dan nak tahu saya in mood busy atau tidak, check meja dia. jika sedikit agak tersusun, okey. kalau fail dah bertindan-tindan maknanya 'I'm Busy!' but not busybody.

dan tidur pun kadang kala rasa macam berguling-guling dengan data. haru je rasa. sekarang isu data menjadi hangat selagimana tidak mencapai target yang telah dibentangkan dalam Bajet. seminggu lagi bulan baru. selamat berkampung lagi la team di ofis. rasanya baru je berkampung tak hilang penat, berkampung lagi. bila closing date di awal bulan. hekhekhek....


bila saya mengadap lappy, saya akan berada dalam dunia saya sendiri dan bercakap sorang-sorang. hahaha 
hari ini macam biasa, selepas meeting selesai satu masalah tambah satu kerja. kitaran normal. saya pulun laporan untuk kemaskini data. apalagi kecoh team upd dapat dek minah ni. saya dah cakap, kalau saya turun check data. semua benda saya nak komplen. kije ada SOP. bukan sebab saya skema, tapi itu prosedurnya. audit pun senang. tapi kalau nak skip, senang ja. jangan bagi saya kesan. stress budak bertiga tu dapat si minah cotcet neh.

saya rasa berpinar mata check data dan berbuih mulut mengadap lappy. tiba-tiba Mar tanya, 'kenapa yang berdua tu pandang akak?' saya tengok Encik Yusri dan fariz tersengeh.

saya keluar bilik lalu menyapa opismates saya sambil sound diorang,

'ni mesti Fariz teringin nak dengar saya bercakap sorang-sorang depan lappy macam dulu neh' (dulu partition tepi Fariz, mamat tu memang pelik dengan saya yang suka buat kerja sambil bercakap sorang2. itu habit saya, cari ilham. hahaha)

pergh...diorang gelak. rupanya memang diorang kat luar bilik dok beat, Ami tu buat apa depan lappy. cakap ngan Mar ataupun sorang-sorang. tekaan diorang tepat, memang saya bercakap sorang2. huh!

tapi, sebenarnya saya menjana idea dan merapikan tekanan saya dengan bercakap sorang-sorang. malahan, sejak zaman belajar saya suka study sambil bercakap dan menulis sorang-sorang even saya sedang buat design. kalau pukul 3.00pagi saya potpet kat meja study, nasib la sape-sape yang pernah jadi roomate saya. meja saya konpem macam kapal pecah sebab saya akan pastikan saya pinjam buku di library hingga abis had dan bayar denda sebanyak yang mungkin untuk mengkayakan library. biasa la, lambat hantar. bajet study...hahaha

namun, itu cara saya berkarya. menulis itu dengan hati untuk disampaikan ke hati. bukan untuk memuaskan hati bagi menyakiti hati.

meja, kije dan idea. satu pakej. kalau meja melambangkan kreativiti anda, meja juga mempamerkan tahap kesibukan saya....hehehehe. mati bawak 3 benda ja ami, meja ni pun tak bawak. sindiran halus buat diri saya bila saya rasa dah tak mampu nak menanggung tekanan. 

contoh 'meja kreatif' pertama.......heeee


No comments:

Hello There

"hari ini bukan semudah semalam untuk bergelar manusia sempurna. banyak yang perlu dikorbankan, banyak juga yang terpaksa dilepaskan. sesekali langkah tersadung, rebah menyembah. sesekali melangkah gagah tersenyum megah dan semua itu memerlukan pengorbanan, menentukan kesabaran dan air mata. selagi prinsip hidup berada di atas landasan yang betul, usah di gusar pada anugerah Tuhan. anggaplah sesekali diduga itu sekadar utk mematangkan dan mengajar kita untuk bangun menjadi manusia sesempurna insan......" insyaAllah
 

Made by Lena