Daisypath Anniversary tickers

THE SIGN OF OUR LOVE

Lilypie First Birthday tickers

Monday, September 30, 2013

hey, weight!

isu berat badan mula menjadi topik hangat antara saya dengan Abang.saya mintak dia kurangkan makan manis dan berat serta abang mintak saya makan banyak-banyak. 

hari sabtu lepas, disebabkan Abang bekerja maka saya pergi kenduri bersama kak farrah. selepas kenduri kami bersiap pergi melilau sale kat SOGO. serius, di mana sale nyer saya pun tak tahu. betul, harga dipamerkan memang less 20%, 30%, 50% dan up to 70% tapi....sebelum-sebelum ni pun saya pergi macam gitu jugak. erm......saya ka yang salah? kalau salah betulkan.

bukan isu itu yang nak dimainkan kat sini. isunya, malam sebelum pi shopping tu (harap maklum, saya shopping baju ofis Abang ye) Abang bagi 'coin' dan spec2 yang diperlukan untuk bajunya. 

sebelum kawen : Size L
lepas baru kawen : saya beli XL
baru 3 bulan kawen : tolong belikan abang 2XL

owh

abangkah ini? owh..owh...
okey. untuk regular fit. slim fit. smart fit. no PADINI for you Abang. POLO pun tak boleh. hekhekhek...kesian Abang. takpe la, Abang pakai apa-apa pun hensom. ye dop? bagi Abang senang hati la.

udahnya, last week saya request XL untuk Tshirt Family Day ofis saya nanti untuk abang. tapi pagi ni saya tukar.

'munir, bagi 2XL kat laki akak'

hakhakhak....

terbaru semalam kami timbang tinggi & berat badan. 

he's overweight and Im underweight. memang laki bini betul. udahnya lepas masak saya sudah kenyang, memang saya taknak makan la. mungkin kita boleh cuba satu tips.

lepas ni, Abang masak sayang makan. mana la tau, Abang hilang selera, saya pula yang rasa lapar memanjang. hahahaha

so buat masa sekarang saya pantau 
kurangkan manis dalam minuman, tambahkan manis dalam senyuman (Abang senyum bajet hot)

bagi Abang makan buah(tapi lelaki ni selalu mengelat taknak makan)

paksa Abang minum air masak banyak-banyak. (udahnya, air masak asyik habis je.)

jogging (Abang selalu bagi alasan banyak-banyak. suatu hari saya pasti berjaya pujuk Abang). untuk jogging pada hari bekerja adalah mustahil. hujung minggu Abang berkuliah. erm...cam mane neh.

teknik makan untuk menurunkan berat badan 
Gunakan piring untuk makan (bukan pinggan dan bukan piring cawan tu ye. agak-agak la). Elak pengambilan makanan secara berlebihan.

Makan sayur-sayuran/Buah-buahan dulu. pastu barulah menjamah nasi dan lauk pauk.

Dan tips paling menarik, jangan makan depan tv (semakin menarik cerita yang ditayangkan, makin banyak makan ye). hehe...Abang, kita kena tukar lokasi neh. hehehe....

he's covering the 'asset'. hahaha.....for sure, he's the one.
but for confirmation Abang, how big you are, my love is bigger than that. remember it.

(mahu Abang jaga makan untuk kesihatan, bukan untuk hensom. Abang dah cukup hensom dah. tua nanti makin hensom. hahahaha....)

hey, weight!

hati-hati sume.ada yang memerhati. heeee...





No comments:

Hello There

"hari ini bukan semudah semalam untuk bergelar manusia sempurna. banyak yang perlu dikorbankan, banyak juga yang terpaksa dilepaskan. sesekali langkah tersadung, rebah menyembah. sesekali melangkah gagah tersenyum megah dan semua itu memerlukan pengorbanan, menentukan kesabaran dan air mata. selagi prinsip hidup berada di atas landasan yang betul, usah di gusar pada anugerah Tuhan. anggaplah sesekali diduga itu sekadar utk mematangkan dan mengajar kita untuk bangun menjadi manusia sesempurna insan......" insyaAllah
 

Made by Lena