Daisypath Anniversary tickers

THE SIGN OF OUR LOVE

Lilypie First Birthday tickers

Wednesday, September 4, 2013

Demam dan Kahwin

dalam 2 bulan usai akad nikah antara saya dan dia, saya mencipta rekod yang terbaik punya. saya rasa dah 5 kali keluar masuk klinik dan saya menjadi suspek utama 'preggy' simptom.

hakhakhak.....adoi. mungkin betul cakap boss saya semalam.
'biasa la bila dua benua baru bertemu. macam-macam la penyakitnya'
hekhekhek...saya bercuti pakej dengan MC untuk 2 hari tapi macam biasa telefon saya masih berdering bila bercuti. dan saya masih bekerja bila di rumah. demi tanggungjawab, saya buat walaupun mata saya makin lama makin berpinar-pinar melihat nombor-nombor di skrin.

itu adalah satu rekod yang besar bagi saya yang sangat tidak sukakan klinik dan ubat-ubatnya.

dan hari ini masuk ofis dengan monyoknya. saya in fever mood. dalam sunyi suasana ofis dengan masing-masing khusyuk dengan kerja saya tiba-tiba teringat satu lagu yang pernah bff sebelah saya ni tujukan pada saya tatkala saya nak balik kampung bertunang hari tu. menitik air mata jugak masa tu. macam citer kena kawen paksa. hahahaha


dan hari ini dalam gelak tawa bersisa saya tujukan balik lagu ni pada bff saya. hahaha....biasa la, dulu kan masih dilema. namun saya berpegang pada janji yang dibuat melainkan janji itu termungkir oleh orang lain.


last night i told him 'before getting married i didn't love you but once i'm married with you, yup my love just for you'

I may easily love others but not about fall in love. but now im in love with him!

because you are my husband. my stairway to heaven. InsyaAllah. halal cinta is after Nikah.

namun, awas!


ujian & tanggungjawabnya bukan macam masa bercinta. percayalah walau bertahun-tahun kita bercinta sebenarnya kita belum totally mengenalinya. kebanyakannya adalah lakonan semata-mata.

saya pernah tengok orang bercinta bertahun-tahun namun di pengakhirannya dia berkahwin dengan orang lain. dan tak kurangnya ada yang mengeluh di penghujung kisah cintanya, dia sekadar menghabiskan masa dan wang ringgit kerana akhirnya dia ditinggalkan.

namun kisah sebelum dan selepas bernikah adalah dua dimensi yang berbeza. selamat pengantin baru buat opismate saya yang bakal menamatkan zaman terunanya pertengahan bulan nanti! sekurang-kurangnya ada jugak pengganti saya untuk diusik. dah lemas asyik kena belasah tak kira dalam meeting mahupun di meja makan. namun masalahnya, saya seorang je pengantin perempuan dalam opis tu. yang lain pengantin lelaki.

adoii...

# setiap kali saya demam, orang ofis gossip saya mengandung. saya aminkan. Allah beri bila tiba masanya. senyum.

you & me





No comments:

Hello There

"hari ini bukan semudah semalam untuk bergelar manusia sempurna. banyak yang perlu dikorbankan, banyak juga yang terpaksa dilepaskan. sesekali langkah tersadung, rebah menyembah. sesekali melangkah gagah tersenyum megah dan semua itu memerlukan pengorbanan, menentukan kesabaran dan air mata. selagi prinsip hidup berada di atas landasan yang betul, usah di gusar pada anugerah Tuhan. anggaplah sesekali diduga itu sekadar utk mematangkan dan mengajar kita untuk bangun menjadi manusia sesempurna insan......" insyaAllah
 

Made by Lena