Daisypath Anniversary tickers

THE SIGN OF OUR LOVE

Lilypie First Birthday tickers

Thursday, September 26, 2013

bahagia

semakin ramai sahabatku yang bakal mendirikan masjid. yang terbaru my ex opismate, rakan yang selalu mendengar tangis tawa gossip panas dan sejuk. Alhamdulillah, kami satu batch masuk kat ofis ni. sama-sama sedang merawat hati luka lara namun Allah pertemukan kami dengan insan-insan yang bersedia ingin membahagiakan kami dan kami menerima walau apa jua kekurangannya. tahniah, sahabat. 

dan pastinya raya haji nanti saya sudah menerima 4 undangan majlis perkahwinan. tudiaa.....jenuh nak makan gulai. yang pasti sahabat baik saya Mizah akan mengikut jejak saya dan jaa. Alhamdulillah, selamat melayari bahtera perkahwinan semua.

SUAMI ISTERI YANG BAHAGIA...
Isteri yang mencari erti bahagia, khidmatnya kepada suami adalah seikhlas jiwa dan raga...
Suami yang mencari erti bahagia, isterinya ditunjuk laluan ke syurga ALLAH Ta’ala.
Berusahalah dengan pimpin-memimpin, tegur-menegur dan berkasih sayang dalam menuju ke jalan yang diredhoi oleh ALLAH Ta'ala.

agak-agak boleh balik kampung tak saya ni? huhuhu.......banyak perkara yang perlu ditimbang balik tolak bahagi. saya tak mahu mencipta rekod, pertama kali tak balik beraya. huwaaa

Carilah ISTERI yg menyenangkan hati kamu bukannya yg membebankan kamu dgn karenahnya dan carilah SUAMI yg menjaga kamu bukan yg mengabaikan hak kamu.

Pesanan Pahrol Mohamad Juoi 
Siapa yang mencari kesempurnaan tidak akan menikmati kebahagiaan.
Berdamailah dengan semua yang tidak sempurna.
... isteri yang adakalanya menyusahkan.
... sahabat yang kadangkala mengecewakan.
... majikan yang ada masanya menyusahkan.
... diri sendiri yang sering melakukan kesalahan.
Namun, yang baik lebih banyak berbanding yang buruk pada ketidak sempurnaan itu, ambil dan nikmatilah... insyaAllah, hidup akan lebih bahagia!

ok. esok meeting. sejujurnya saya tak mahu masuk meeting tu esok. sebab tu saya merepek lagi di sini. masyitah aminah!

katakan tidak pada stress!

carilah bahagia itu. bila saya berlalu, bukan beerti saya mengalah atau berputus asa. saya hanya berjalan di atas takdir. kita semua layak untuk bahagia kerna anugerah BAHAGIA itu adalah milikNya.

Kita sebarkan rasa bahagia pada semua. Biar bahagia itu kita rasa, mereka pun rasa. Jika ada yang timbul rasa benci dalam diri, dan rasa ingin menyebarkan rasa benci untuk seluruh pelosok dunia ini, biarkan mereka. Kita terus kekalkan rasa bahagia. Biarkan mereka kekalkan rasa benci. Mungkin suatu hari rasa benci itu akan bertukar menjadi bahagia - Hami Asraff

ku mohon, moga bahagia ini kekal hingga ke syurga. luv you.

saya tersenyum mengingati kejadian petang tadi. bila si isteri menghantar mesej chatting ke inbox seorang suami.


saya selalu tanya, agak-agak abang ingat tak nama bini abang apa? sebab sebelum kahwin kami hanya guna 'saya & awak', itu lebih manis pada saya dengan tiada ikatan yang sah lagi. dah nikah panggil lagu ni. sejujurnya, Abang tak pernah panggil nama saya. yang ada saya je selalu mengejek ' SANUSI MOHD NOR!'. hak3

Abang jawab, 'ingat. Masyitah Aminah'.

nasib baik. hek3

tadi dating kat mamak hakim seksyen 7. ingat senang saya nak masuk mamak? haaaaa...stress tak abis lagi. kije, tolong la cepat siap.


5:21pm
5:28pm

No comments:

Hello There

"hari ini bukan semudah semalam untuk bergelar manusia sempurna. banyak yang perlu dikorbankan, banyak juga yang terpaksa dilepaskan. sesekali langkah tersadung, rebah menyembah. sesekali melangkah gagah tersenyum megah dan semua itu memerlukan pengorbanan, menentukan kesabaran dan air mata. selagi prinsip hidup berada di atas landasan yang betul, usah di gusar pada anugerah Tuhan. anggaplah sesekali diduga itu sekadar utk mematangkan dan mengajar kita untuk bangun menjadi manusia sesempurna insan......" insyaAllah
 

Made by Lena