THE SIGN OF OUR LOVE

Lilypie First Birthday tickers

Thursday, September 12, 2013

Im thinking

5.55 pm ... 12/9/2013 waktu dan tarikh yang tertera di skrin laptopku. menyelak langsir di bilik ofisku, buat saya kembali terfikir. this is life, masyitah! ada masa kamu di atas dan ada masa kamu di bawah. dan kadangkala orang yang meletakkan saya di atas dan di bawah walaupun tanpa kemahuan saya.

im thinking
sisa-sisa data yang perlu diproses masih di meja. laporan masih bertimbun. planning paper juga masih tergantung. kadang kala serabut serabai jugak saya nak mengurusnya. inipun nasib baik meeting esok ditunda minggu depan tapi nak menghadapnya di hujung minggu ni, saya nak balik kampung lak. aish...pikiaq2, camner nak selesai. kalau macam ginilah rupanya, saya macam tak yakin je dengan perancangan saya yang sedang dibuat. erm......erm.....thinking2.

kita merancang, Allah yang menentukan. dan dalam keadaan dan suasana 'genting' begini denyut-denyut migrain saya makin menjadi-jadi. seronok sekali rasanya. mungkin saya sudah boleh mula berhenti persoalkan kenapa, dan teruskan hidup.nasib baik untung sabut, nasib tak baik tenggelam batunya.

BERHENTI PERSOALKAN....
'kenapa aku buat baik tapi orang anggap aku jahat???
'kenapa orang suka sakitkan hati aku???
'kenapa tak ada orang yang faham hati aku???
'kenapa lah orang masih buat dosa walau dah tahu hukum???

TETAPI PERSOALANKAN...
'kenapa aku masih tak boleh ikhlas dalam buat baik???
'kenapa hati aku rapuh dengan kata-kata manusia???
'kenapa aku masih tak boleh faham orang dengan baik???
kenapa aku masih anggap diri aku lebih baik dari orang lain???

BERHENTI persoalkan KENAPA pada ORANG LAIN...
DAN....
SELALU persoalkan KENAPA pada DIRI SENDIRI...

pasti diri kan jumpa jawapan yang dicari
dan bertambah akrab hubungan dengan ILAHI
insyaALLAH...
ALLAHURABBBI..

dalam enak menghadapi dan melayan laporan sistem data saya yang tak telly dengan actual job done, tersayu rasa hati membaca berita perihal arwah adik Mohd Adam, mangsa kecuaian bapa akibat dilanggar kereta. walaupun saya bukan lagi seorang ibu, namun saya wanita yang mempunyai hati seorang ibu.sentiasa berwaspadalah dengan anak-anak anda. anugerah & amanah Allah yang tak ternilai. 

favourite uncle vs favourite Angahs ... my kids
you & me
my opismate dok tengah sibuk 'mana Ami junior?'.....insyaAllah. Allah bagi bila Dia dah tahu kami sudah sedia memikul amanahnya. 


No comments:

Hello There

"hari ini bukan semudah semalam untuk bergelar manusia sempurna. banyak yang perlu dikorbankan, banyak juga yang terpaksa dilepaskan. sesekali langkah tersadung, rebah menyembah. sesekali melangkah gagah tersenyum megah dan semua itu memerlukan pengorbanan, menentukan kesabaran dan air mata. selagi prinsip hidup berada di atas landasan yang betul, usah di gusar pada anugerah Tuhan. anggaplah sesekali diduga itu sekadar utk mematangkan dan mengajar kita untuk bangun menjadi manusia sesempurna insan......" insyaAllah
There was an error in this gadget
 

Made by Lena