Daisypath Anniversary tickers

THE SIGN OF OUR LOVE

Lilypie First Birthday tickers

Saturday, June 13, 2009

tunjukkan aku jalan yang lurus....


Assalamualaikum.......
hampir tamat rupanya cuti semesterku. erm.....sekejap je rasanya. dan sekejap juga kurasakan bila kini aku dah berusia 21 tahun. masih teringat-ingat zaman dulu-dulu suka main masak-masak. sampaikan naik geram mak bila melihat aku suka sangat main masak-masak sampai esok nak menghadapi UPSR pun masih elok je duduk bawah pokok sambil buat kuih. hahaha.......Alhamdulillah, dapat score straight As. sungguh besar nikmat Allah untukku. i miss those memories. usia itu takkan dapat kulupakan. aku mengenal erti dunia. setiap petang aku dan kawan-kawan berjalan kaki pergi rumah Pakcik belajar mengaji. semoga Allah merahmati guru mengajiku itu. subhanallaha, even Pakcik seorang yang tidak sempurna keadaannya namun Allah berikannya kelebihan yang lain.

i miss something in my heart right now......no word could describe what it is. ku harap pengampunan dan pimpinanMu ya Allah.

masih adakah pintu taubat untuk aku hambaMu yang berulangkali berjanji dan bertaubat padaMu namun kuulang lagi dosa-dosa yang sama? Ya Allah, kurniakan aku hidayahMu ya Allah. aku buntu dan aku hampa dengan diriku namun aku takkan pernah sekali putus asa dengan rahmatMu kerana apa yang aku tahu dan aku yakin, Kau Maha Pengasih dan Maha Penyayang dan semestinya Kau mengasihi dan menyayangi hambaMu yang penuh dosa ini kan?

aku mencari nur kasihMu agar dapat disemai di hati ini.......

No comments:

Hello There

"hari ini bukan semudah semalam untuk bergelar manusia sempurna. banyak yang perlu dikorbankan, banyak juga yang terpaksa dilepaskan. sesekali langkah tersadung, rebah menyembah. sesekali melangkah gagah tersenyum megah dan semua itu memerlukan pengorbanan, menentukan kesabaran dan air mata. selagi prinsip hidup berada di atas landasan yang betul, usah di gusar pada anugerah Tuhan. anggaplah sesekali diduga itu sekadar utk mematangkan dan mengajar kita untuk bangun menjadi manusia sesempurna insan......" insyaAllah
 

Made by Lena