THE SIGN OF OUR LOVE

Lilypie First Birthday tickers

Wednesday, September 22, 2010

Damailah Ayah di Sana

Pagi itu aku bangun dengan kepala yang berat. Kesan sakit kepala semalam masih terasa. Aku bangkit daripada tidur dan kupandang bilik yang betul-betul berada di hadapan sofa yang aku tidur. Dapat kulihat sekujur badan kaku di pembaringan. Alunan bacaan ayat suci surah Yassin kedengaran dibacakan oleh bapa saudaraku. Aku menarik nafas perlahan. Cuba mencerna peristiwa semalam…..

4 Syawal
Sejak pagi, ayah berpesan kepada mak supaya tidak membenarkan anak-anaknya pulang ke rumah masing-masing. Katanya, dia ingin memulakan 'perjalanan' yang jauh selepas Asar. Hatiku berdebar tatkala pesanan itu disampaikan kepada kami adik beradik namun kutiupkan semangat positif dalam diri. Semua kejadian adalah aturanNya.

Lebih kurang pukul 8 pagi, kami menyiapkan ayah yang mahu ke Klinik Nadzri. Untuk kesekian kalinya, ayah berpesan supaya semua anak-anaknya berada di rumah.

Petang itu aku menyuapkan sedikit nasi dan limau untuk ayah. Ayah tak makan banyak namun aku gembira, ayah sudah mampu meminta untuk makan kerana sejak kebelakangan ini selera makan ayah semakin berkurangan. Adik lelakiku membersihkan ayahku dan menukar bajunya manakala abangku melayan percakapan ayah. Mak kami biarkan berehat kerana kami tahu, mak sudah terlalu lama kurang rehatnya. Sementara kami semua adik beradik ada, biarlah kami mengambil alih tugasnya.

Lebih kurang tepat pukul 4 petang, kami mulai cemas. Dan peristiwa itu berjalan sepertimana aturanNya……..kepalaku semakin memberat. Tatkala tanganku menyentuh sejuk kaki ayah, aku sedar masanya hampir tiba. Kami sekeluarga dan saudara mara yang rapat akhirnya akur. Ayah kembali menyahut seruan Illahi lebih kurang 7.30 malam sepertimana kata-katanya, ‘Ayah ingin berjalan jauh selepas Asar’

Aku menangis hiba di dalam dakapan sepupuku. Cukup buatku tahu, ayah pergi dengan tenang di samping kami semua.

5 Syawal
Selepas menyucikan diri dan menyelesaikan apa yang patut tiba-tiba ku dengar percakapan mak dengan Ayah Cik. Ku pandang jam di dinding, lebih kurang 6.30pagi. Semalam mak kelihatan tabah kehilangan insan tersayangnya namun kini baru mak mula merasainya. Katanya, melihat kemeja dan tali leher yang tergantung di dalam bilik mula menyedarkannya, ayah sudah tiada. Mak mula menangis. Aku diam di sofa…..berfikir sejenak. Aku kini sudah yatim. Hidupku sudah tanpa lelaki bergelar ayah di sisi…….

Alhamdulillah, majlis pengebumian arwah ayah berjalan lancarnya. Aku sebak dan sayu dengan kehadiran saudara mara dan sahabat handai yang tidak putus-putus hadir sejak semalam. Sehinggakan ada yang sudi menghantar hingga ke tanah perkuburan. Terima kasih semua…….

Hari ini, hampir 10 hari ayah kembali kepada Penciptanya. Damailah ayah di sana…….rindu ini takkan berakhir kerna hangat kasihmu senantiasa mekar dalam setiap hela nafasku dan insan-insan yang mencintaimu, kerna ayah insan istimewa anugerah Dia buat kami. Al-Fatihah….

tika terkuak jendela hari
fajar belum pun menyisih lagi
tercari-cari kemana pergi
dia yang pernah menemani disisi

kuharap sinar menerang kabus

agar terang lorong perjalananku
kusangka cerah siangku hari ini
mendung pula menutupi

gerimis ini terlalu pagi

menghantar sayu pilu dihati
gerimis ini bagai mengerti
dikau yang pergi takkan kembali

menyekat gerimis gerimis yang gugur dipipi

terimbau kenangan yang pernah terlukis
dalam gerimis yang bagaikan mengerti
jasadmu diusung pergi

kupujuk diriku tidak menyesali

pemergianmu tertulis di azali
namun hati ini sukarku bohongi
kehilanganmu tak berganti

gerimis tiba dihujungnya

sampai waktu kan berhenti jua
begitulah kehidupan kita didunia
tiada siapa yang kekal selamanya
entah bila waktu ku akan tiba
gerimis by fareast

 



2 comments:

nur'alia said...

be strong masyitah. Ask the strength from Allah. Kita diciptakan bukan kerana sia-sia. tanggungjawab kita sbg hamba dan khalifah yg tertulis dalam al-Quran. seluruh hidup kita sepatutnya hanya keranaNya. mati kita kerana dipanggil oleh Pencipta, dan pada waktu itu tempoh diberi telah tamat. tempoh untuk melaksanakan 2 tugas tadi..
(leong)

Hana Farhana said...

biarpun saat itu sdh berbulan berlalu namun ku tahu dirimu masih merasa ia bagai br smlm berlalu..

semoga dirimu terus tabah melalui hari2 mndtg tanpa kehadirannya yg amat disayangi.

igtlah 3 perkara yg mengiringinya di sana-doa anak yg soleh, ilmu yg berterusan & sedekah.

teruskan tanggungjwbmu mendoakannnya dan bersedekah utknya..

x dinafikan ku mndgr berita pemergian insan trsygmu itu namun ms itu ku x berani mganggumu.. ku x mahu mnmbh kesedihanmu.

ku harap dirimu terus tabah..:)

Hello There

"hari ini bukan semudah semalam untuk bergelar manusia sempurna. banyak yang perlu dikorbankan, banyak juga yang terpaksa dilepaskan. sesekali langkah tersadung, rebah menyembah. sesekali melangkah gagah tersenyum megah dan semua itu memerlukan pengorbanan, menentukan kesabaran dan air mata. selagi prinsip hidup berada di atas landasan yang betul, usah di gusar pada anugerah Tuhan. anggaplah sesekali diduga itu sekadar utk mematangkan dan mengajar kita untuk bangun menjadi manusia sesempurna insan......" insyaAllah
There was an error in this gadget
 

Made by Lena