THE SIGN OF OUR LOVE

Lilypie First Birthday tickers

Thursday, November 3, 2011

Sembang Sekejap

mencuri masa menghupdate blog. sejak kebelakangan neh asyik sibuk melayan Muslimah Collections . entah angin monsun mana datang menyapa, rajin lak aku buat bisnes online neh. hari tu ingat nak main-main sebab boleh beli baju muslimah murah-murah. lama-lama macam seronok jugak.

yang tak seronok bila time kerja siang orang dok tanya sal bisnes. owh...tolong la. masyitah tak hafal code2 baju tu semua. ngeee....... lagipun takde la bosan macam sebelum ni. pagi pergi kerja balik malam. lepas tu mula la aku tension tak tau nak buat apa. 

semalam aku telah berjaya menamatkan kemarau mengidam tomyam selama 3 minggu yang lalu. makan tomyam kung kat secret recipe. boleh la even tak sesedap kat kedai kampung aku, tapi sedap la jugak. =) yang tak sedapnya bila aku bayar mahal-mahal tapi makan sejemput. berbulu je mata-mata kakak-kakak senior aku menengok. aku makan udang, mushroom ngan bunga kobis je. yang lain tak habis.....hahaha...membazir. lepas neh aku makan tomyam kung lepas kawen je la. boleh share ngan yang 'terchenta'. baru la tak membazir. membazirkan amalan syaitan. wink! wink!

petang tadi dalam pening-pening & mengantuk dalam opis, aku terdengar kakak-kakak seniorku mengata kat seseorang. aku wat-wat sibuk.

"sapa?"

owh...engineer kacak (bak kata kak ummi. tapi aku tengok...erk...hensom lagi yang 'terchenta' aku.). sorry to say, saya tak suka orang berlagak. hehehe.....dah takde kije ke masyitah weh! tadi memang otak jadi bling! bling!

yang paling saya tidak suka bila seorang engineer lelaki baru masuk department QA menumpang duduk di belakang saya. bukan tak suka dia, tapi tak suka bila ada lelaki tepi kita. saya ni tak pandai kontrol ayu. bercakap non stop. kang ada yang baling cawan kat saya tension. huhuhu.....

"pakcik yang saya tak tau nama, jangan dok lama-lama situ ye. nanti tido malam kamu akan termimpi suara saya je"

berbulu telinga bila kakak-kakak kat department saya cakap "abang tu hensom la"

saya sengeh. hensom lagi yang 'terchenta' saya. =)

*taste saya lain sikit. saya suka kampung boy. hahahaha.....yang orang cakap tak hensom tu la yang saya akan cakap hensom. 

*owh....sembang sekejap saya agak melalut. no value here. just nak menulih & menghupdate agar takde sesawang. just nak update undefined feeling. miss my mom & u. may Allah shows me the best!




No comments:

Hello There

"hari ini bukan semudah semalam untuk bergelar manusia sempurna. banyak yang perlu dikorbankan, banyak juga yang terpaksa dilepaskan. sesekali langkah tersadung, rebah menyembah. sesekali melangkah gagah tersenyum megah dan semua itu memerlukan pengorbanan, menentukan kesabaran dan air mata. selagi prinsip hidup berada di atas landasan yang betul, usah di gusar pada anugerah Tuhan. anggaplah sesekali diduga itu sekadar utk mematangkan dan mengajar kita untuk bangun menjadi manusia sesempurna insan......" insyaAllah
There was an error in this gadget
 

Made by Lena