THE SIGN OF OUR LOVE

Lilypie First Birthday tickers

Sunday, November 27, 2011

Sembang Sekejap III

Fuhhh...berhabuk segala blog masyitah, tak sempat dan tak mampu nak mencoret dah. banyak kerja dan tekanan yang perlu dihadapi. bangun pagi apa yang aku ingat 'KERJA'. ya Allah, jangan jadikan dunia di hatiku. aku nak belajar macam mana nak setting otak aku. benda ni memang aku fail sejak dok zaman study lagi. bangun pagi bukak mata 'STUDY/KELAS/KULIAH/EXAM/ASSIGNMENT'.

baru aku sedar kenapa kakak aku cakap aku ni macam orang gila masa belajar dulu, bila masuk kije perangai aku masih macam tu. bukan nak mendapat pujian atau pengiktirafan, tapi aku cuma nak laksanakan tugas aku dengan sempurna. kalau tersilap, semua orang susah dan semestinya aku kena tanggung sendiri.

ada satu pagi aku mengeluh dan meluah rasa sebelum masuk opis pada kakakku(tolong jangan tiru habit ini).
'rasa nak berhenti kerja dengan tekanan neh. tapi sambung belajar, 4 tahun la gamaknya. tuanya aku baru dapat degree. bila aku nak akhiri 4 tahun tu as?'

my sis replied.
'4 tahun itu takkan berakhir tanpa langkah pertama untuk memulakannya. so, do it right now!'

aku dah apply balik study. full time or part time. not sure yet. tengok yang mana dapat. aku harap jangan aku melalut dan buat perangai lagi.

dan kalau aku dapat full time Selamat Tinggal Kuala Lumpur dan kalau aku dapat part time Selamat Masyitah Menjadi Perantau di Kuala Lumpur. tak sampai setahun di sini. suka. duka. banyak yang tercatat. kalau tak dapat apa-apa dan andai kata tiada yang menghalang aku nak kembali ke pantai timur. aku masih berdoa mohon diberi petunjuk. dan aku masih belum memperoleh jawapannya. masih berusaha.....

di tahun baru ni aku nak belek balik azam aku sebelum ni. yang pasti ada satu yang for sure bertahun-tahun masih belum tertunai.

'MASYITAH nak kurangkan bercakap'

susah betol!

*salam maal hijrah 1433. 'perkara yang paling sedih apabila tibanya tahun baru adalah umurku bertambah tetapi amalanku tidak bertambah' nauzubillah.

*dalam mood aku yang tak menentu sejak kebelakangan neh, aku selalu jumpa dengan ibu mengandung. pandang kiri ibu mengandung. pandang kanan ibu mengandung. depan belakang tak payah kata la. petunjuk apakah itu? takkan nak suruh aku kawen kot. huwaa.......sapa nak pinang saya. tapi sangat suka melihat twins. apa yang pasti sekelilingku asyik bercakap pasal baby je.

*sembang sekejap III. sekadar menghilangkan kebosanan melanda & menghadapi undefined feeling ni. asyik merindu je.....rindu mak dan adik-adik di kampung dan dia yang masih di dalam doa yang belum terjawab.



2 comments:

miza said...

masyitah nak sambung blja dah? bestnye.........

Ameena Muktar said...

doakan mizah. xtau buleh ko dok neh...huhu

Hello There

"hari ini bukan semudah semalam untuk bergelar manusia sempurna. banyak yang perlu dikorbankan, banyak juga yang terpaksa dilepaskan. sesekali langkah tersadung, rebah menyembah. sesekali melangkah gagah tersenyum megah dan semua itu memerlukan pengorbanan, menentukan kesabaran dan air mata. selagi prinsip hidup berada di atas landasan yang betul, usah di gusar pada anugerah Tuhan. anggaplah sesekali diduga itu sekadar utk mematangkan dan mengajar kita untuk bangun menjadi manusia sesempurna insan......" insyaAllah
There was an error in this gadget
 

Made by Lena