Daisypath Anniversary tickers

THE SIGN OF OUR LOVE

Lilypie First Birthday tickers

Sunday, December 4, 2011

Sembang Sekejap IV

Inilah hujung minggu yang paling cool untuk aku kali ini. nekad dalam hati, hidup bukan untuk kerja. aku kosongkan kepala dari mengingati kerja. jadi aku tak boleh duduk dalam umah. lagipun hari ini memang rasa bosan sangat. melayan budak-budak kecik Waznah & fatnin buat Aunty Mie macam tak sabar nak ada anak sendirik. hahaha...tapi kesian, hari ni Aunty Mie macam nak marah orang je kan.

itu pasal Aunty Mie keluar makan cheezy wedges sorang-sorang. termenung sorang-sorang. berfikir. jangan terlalu tamak dengan dunia, masyitah. haha....saya bukan nak menakluk dunia, tapi saya cuma nak hidup sederhana & tenang-tenang sahaja. di samping orang-orang yang saya sayang & menyayangi saya.

saya pandang bangunan-bangunan tepi jalan tu. bosannya KL neh. huhuhu.......=(

saya teringin nak tengok movie Ombak rindu. dulu-dulu baca novel. fauziah Ashaari is one of my favourite writer. her first novel, 'Pergilah Sepi' merupakan novel pertama yang memperkenalkan aku pada dunia 'membaca novel'. =) tapi novel-novel hari ni banyak yang tak macam dulu la. ini sudah berapa bijik beli asyik tak habis baca jer. membazir. ecece...salahkan writer, padahal kita tu yang selalu hilang mood nak membaca. ngeh3....



agak-agak sapa yang nak temankan saya nak pi tengok Ombak Rindu yer? erm......



*tak mudah melupakan tetapi masih mengingati......belajar terima hakikat. apa-apa pun saya simpan rahsia ini antara saya, hati dan Allah. jangan menangis untuk sesuatu yang sia-sia.

*malas nak tepek gambar-gambar eh. entry sejak kebelakangan ini jugak sekadar menulis yang dok main dalam kepala je. kepenatan fizikal & mental.


1 comment:

miza said...

jom masyitah..sy pom teringin nk tgk cito tu..

Hello There

"hari ini bukan semudah semalam untuk bergelar manusia sempurna. banyak yang perlu dikorbankan, banyak juga yang terpaksa dilepaskan. sesekali langkah tersadung, rebah menyembah. sesekali melangkah gagah tersenyum megah dan semua itu memerlukan pengorbanan, menentukan kesabaran dan air mata. selagi prinsip hidup berada di atas landasan yang betul, usah di gusar pada anugerah Tuhan. anggaplah sesekali diduga itu sekadar utk mematangkan dan mengajar kita untuk bangun menjadi manusia sesempurna insan......" insyaAllah
 

Made by Lena