Daisypath Anniversary tickers

THE SIGN OF OUR LOVE

Lilypie First Birthday tickers

Monday, December 26, 2011

Citer Cuti....lalala

3 hari cuti, rasanya macam tak cuti. kejap ke sana, kejap ke mari. itu pasal 2 hari ni aku rasa mengantuk sangat bila bangun pagi. menghadap laptop or phone aku tu just nak menghupdate Muslimah Collection je. layan chat orang yang menegur aku (kalau tak tegur, maaf la. saya segan nak tegur orang). akhirnya lappy aku dah balik hari ni. giler rindu. orang lain rindu laki, aku rindu lappy. hahaha....lappy ni banyak jasanya walaupun dah berusia. kan, sayang? 

aku perasan sejak kebelakangan ni blog aku asyik cerita pasal kisah hidup aku yang membosankan kat KL ni je. nak tepek nasihat sikit-sikit pun tak boleh. dah rasa tepu dah otak sekarang neh. aih...macam mana nak sambung belajar sambil kerja neh. 

first cuti, aku pergi kedai baju then pergi buat cermin mata. kakak aku bising suruh pergi buat, so aku buat la. yang lama ada je lagi, kenangan tu. aku beli ngan arwah ayah 2 tahun yang lalu. sekarang nak beli, pilih sorang-sorang. haaa...jangan nak wat entry meleleh air mata masyitah. tau sangat, dok tengah sedih baru nak hupdate blog kan? ngeh3....

hari kedua aku pergi shah alam. jalan-jalan merewang ngan ejah. macam biasa, keluar JJ Bukit Raja kitorang sesat. haha....aku pun pening, masih tak reti2 jugak nak guna PAPAGO! tu. tau kat abang aku mampus kena marah. dah berapa kali ajaq, dok senak lagu tu jugak. aish...hehe...terima kasih ejah sebab sudi layan keluar dengan akak yang sengal neh. dok tepi tasik, makan roti sambil gelak2........

pastu masing-masing cakap 'saya tak suka KL'. 

yeah!

saya selalu dapat benda yang saya tak suka. tapi saya yakin, Allah berikan benda yang saya PERLU, bukan yang saya MAHU. everything happens for a reason < ayat pujuk diri!

then, aunty mie pergi merewang umah Ahmads la.....kesian Ahmad Muaz, tak sihat eh? tapi aunty mie sangat pelik, kenapa aci pergi umah ahmads je aunty mie mengantuk. pergi sana asyik tido. Umi korang dah bising!

'Aunty Mie datang sini asyik nak tido je. datang nak tido, bukan nak jumpa Irfan or Muaz'

Aunty Mie sengeh sesengehnya. bertambah sengeh bila makcik tu membebel suruh nikah cepat2! aish....orang suruh carikan taknak. suruh aunty Mie cari, jawabnya membujang la.....hahaha

sekarang dah balik umah di Sg Penchala. tengah soksek-soksek rindu mak neh. mak tak jadi naik KL. apa neh! dah takde mood neh......=(


*I am responsible for what I say. BUT I'm not responsible for what you understand

No comments:

Hello There

"hari ini bukan semudah semalam untuk bergelar manusia sempurna. banyak yang perlu dikorbankan, banyak juga yang terpaksa dilepaskan. sesekali langkah tersadung, rebah menyembah. sesekali melangkah gagah tersenyum megah dan semua itu memerlukan pengorbanan, menentukan kesabaran dan air mata. selagi prinsip hidup berada di atas landasan yang betul, usah di gusar pada anugerah Tuhan. anggaplah sesekali diduga itu sekadar utk mematangkan dan mengajar kita untuk bangun menjadi manusia sesempurna insan......" insyaAllah
 

Made by Lena