Daisypath Anniversary tickers

THE SIGN OF OUR LOVE

Lilypie First Birthday tickers

Sunday, December 11, 2011

Surat Bujang Untuk Awak

Salam sayang salam kerinduan buat insan yang istimewa di hati wanitaku, Jaa yang jauh nun di kejauhan sana. apa khabar agaknya wanita yang sedang berdarah manis ni? al-maklum la orang yang sedang bahagia menghitung hari untuk disatukan. sepertimana janji hari tu, ini surat bujang aku untuk kamu yang amat aku sayangi.

first of all, masyitah nak minta maaf minta ampun sebab tak dapat menghadirkan diri pada majlis istimewamu tatkala bergelar tunangan orang walaupun sudah berjanji berkurun lamanya. sumpah jaa, tiap-tiap hari aku hadap kalendar WD tapi sayangnya bila tiba waktunya, aku hanya mampu hadir sehari sebelumnya. Jaa, menatap wajah kegembiraanmu sudah cukup menggembirakan hati sahabatmu ini sebab aku sangat bahagia melihat orang-orang yang aku sayang bahagia.

Jaa, serasa macam semalam aku kenal kamu. pertemuan pertama kita masa di 3 Muslim. kelas yang menemukan aku dan kamu. tak sangka, kita akan jadi kawan baik sampai hari ini. Form 5 adalah tahun paling getir dalam hidup kita. bergaduh & bergelak sakan jadi mainan harian. aku takkan lupa Biro Disiplin Aspuri ni yang selalu panjat pagar (Bak kata Mizah ),.....nak balik umah. masih terbayang kita jalan keluar tengah panas menunggu bas dan berpisah, aku balik ke hulu dan kamu balik ke hilir bersama Mizah.

Jaa, saat yang manis bila kita dapat result SPM. semua geng-geng gege(bising tapi kami bukan aweks yang suka bercinta waktu sekolah. focus2! haha) dapat result yang baik. Alhamdulillah. kalau tak silap yang paling sikit pun 5A(daripada 12 subjek). dan yang paling tragis Masyitah sorang je la yang dapat B untuk Bahasa Arab. hahaha....Minah yang paling malas nak menghafaz neh. semua sedang meniti kejayaan masing-masing tapi entah kenapa, Masyitah yang tersasar sedikit daripada landasan kalian semua. 'Masyitah sedang teruji dengan nikmatNya'.

Jaa, sama-sama melangkah ke Matrikulasi Pahang dan akhirnya aku tinggalkan kamu meneruskan perjuangan berseorangan di sana. maafkan aku Jaa. maafkan aku, kau tahu apa yang menghimpit aku tatkala itu kan. hampir 4 tahun aku mencari kekuatan membina semangat hidup. terima kasih Jaa. kau sahabat dunia akhirat aku. sudi mendengar keluh kesah & tawa tangis sahabat yang lemah seperti aku ni. Alhamdulillah, aku kecap sedikit kejayaan walaupun agak ketinggalan. selalu aku bagitau sahabat-sahabat aku yang lain kenapa wanita yang wajahnya senantiasa menghiasi meja studyku bersama wajah-wajah ibu bapaku ini istimewa, 'Kerana Dia ada satu SPIRIT sahabat yang istimewa'. dengannya aku ada semangat untuk hidup.


Jaa, hidup tak selalu di atas kan? aku teruji sekali lagi bilamana perginya lelaki yang aku cintai, Sayang kepada pencintanya. terima kasih kerana sudi mendengar tangisan dan luahan hati aku yang sangat merinduinya. terima kasih Jaa kerana sudi bersamaku kala suka dukaku. Terima kasih.

Jaa, pasti selepas neh aku akan merindui gelak tawa bujang kita. bila cuti balik kampung, keluar dating dan berbual sampai serak tekak. hahaha......entah bila kita akan mengulanginya lagi kan? masih ada 3 bulan lagi untuk kita menghabiskan sisa-sisa bujang kita bersama tapi faham-faham la. aku di KL dan kamu di Kedah. jarak masih memisahkan kita. erm......


Jaa, kat sini aku dengar jujur nak bagitau neh. jangan terasa neh. aku tahu memang perit nak terima kenyataan ni tapi memang terbukti benar Jaa. tak tahu bila kamu akan tunaikan janjimu yang saban tahun dibuat tapi akhirnya aku yang gigit jari sendirik. memang sumpah aku sangat tak puas hati yang ni je. tiap-tiap tahun cakap nak datang beraya umah aku, tapi tiap-tiap tahun tak sampai-sampai. yang sampainya aku yang dok melangut umah mung. aci ada laksa penang, siap tapau balik umah. kepala migrain pun dah tak kira dah. hahaha...malu aku weh tapi nak buat macam mana, dah favourite tahan cipan aku tuh. sekarang mung dah ada si saga mung tapi masih tak sampai-sampai umah aku. sedih aku tau. =(

Jaa, dari dulu sampai sekarang aku nak mengaku satu benda dengan kamu. aku ada satu benda yang sangat aku jeles. tersangat jeles. nak menulis kat sini kang, takut ada orang baca lepas tu tak jadi nak buat menantu. hahaha...sebenarnya...sebenarnya....sebenarnya aku sangat jeles dengan mung, mung yang pandai masak. aci sebut benda pun mung mesti boleh masak. aku reti masak apa eh.....maggi(hehe.....), laksa penang & tomyam(resipi kritikal). dan yang lain setakat simple-simple je. ayam masak merah tu ala......pejam mata je. sedap dengan tak je. hehehe.... bukan macam mung, nasi dagang, nasi minyak.....mak aih. sejak sekolah mung dah boleh masak benda tu. aku reti basuh pinggan je. Jaaa......=( patut la mung kawen dulu. apsal la aku tak betul-betul belajar masak. boleh cepat kawen (mood gedik2 neh ...wink!wink!)

Jaa, di pengakhiran surat bujang aku untuk kamu ni, satu je aku harapkan. jangan lupakan aku bila sudah jadi bini orang nanti. hahaha....gurau2. aku tulih balik. di pengakhiran surat bujang aku untuk kamu ni, apa yang aku harapkan semoga kamu menjadi isteri yang solehah buat suami kamu tu, ibu mithali buat zuriat-zuriamut yang bakal mewarisi kecantikan Aunty Mie dia neh =), dan takkan pernah melupakan tanggungjawabmu sebagai anak buat Mek kat kampung biarpun syurgamu itu sudah beralih pada yang lain.

Jaa, walaupun aku rasa macam sayu sebab mung dah tak boleh gelak-gelak sakan macam aku yang bujang neh lepas kawen sebab kamu perlu menjaga kesopananmu sebagai isteri orang nanti tapi jauh di sudut hati aku, aku selalu mendoakanmu bahagia hingga ke syurga. sepertimana yang aku cakap tadi, aku bahagia melihat orang-orang yang aku sayangi bahagia kerna kau salah seorang insan yang paling aku sayang dalam hidup aku. terima kasih jaa. terima kasih sebab menjadi sahabat yang terbaik pernah aku miliki.


Jaa, sampai sini saja la dulu surat bujang aku neh. nanti kalau ada apa-apa yang aku tak puas hati, aku tulis surat bujang yang ke-2 pulak eh. kehkehkeh......=)

*Buat Mizah ,Lah & Dah....teringin surat bujang dari Masyitah? sila bagitau Masyitah bila tarikh kawen anda. senang Masyitah nak korek cerita zaman-zaman muda dulu tepek kat sini. Al-maklum la, Masyitah yang paling baik zaman dulu kan. ehem-ehem.....haha

 “BAARAKALLAHU LAKUM WA BAARAKA’ALAIKUM WAJAMA’A BAINAKUMAA FII KHOIR!”




No comments:

Hello There

"hari ini bukan semudah semalam untuk bergelar manusia sempurna. banyak yang perlu dikorbankan, banyak juga yang terpaksa dilepaskan. sesekali langkah tersadung, rebah menyembah. sesekali melangkah gagah tersenyum megah dan semua itu memerlukan pengorbanan, menentukan kesabaran dan air mata. selagi prinsip hidup berada di atas landasan yang betul, usah di gusar pada anugerah Tuhan. anggaplah sesekali diduga itu sekadar utk mematangkan dan mengajar kita untuk bangun menjadi manusia sesempurna insan......" insyaAllah
 

Made by Lena