Daisypath Anniversary tickers

THE SIGN OF OUR LOVE

Lilypie First Birthday tickers

Friday, December 30, 2011

Balik Kampung 1

Semalam adalah hari yang amat memenatkan. Dari pagi aku berazam nak balik awal. Siapkan kerja cepat-cepat. Status di YM pun dah taruk betapa tidak sabarnya aku nak kembali ke kampong halaman. Kangan giler seh! Malangnya harapan tinggal harapan. Pukul 6.00ptg masih tekun di hadapan pc. Memang dah tension. Takut tertinggal bas. Akhirnya selepas menutup mata tanpa menengok barisan email yang masuk, aku keluar opis pukul 6.30ptg. kalau aku telek jugak email tu jawabnya malam la jawabnya aku keluar. Tak mahu!

Selepas ambik booked ticket kat kaunter aku pergi solat Isyak di surau Hentian Putra. Melambaikan tangan buat anak-anak saudaraku. Rindu pulak aunty mie nak gaduh ngan diorang. Sehari balik kampong, dah rindu! Huhu....


I tell you, naik bas saya tido selena-lenanya. Memang giler gaya bebas. Segan weh! Maaf la saya amat keletihan yang amat. Nak-nak dok single seat, lagi la seronok. Kalau duduk yang double, sakit pinggang nak control. Pernah duduk dengan lelaki, sepuluh minit sekali aku bangun. Bukan takut pakcik sebelah yang buat apa-apa kat aku je, aku jugak takut aku yang terpeluk yang kat sebelah ni. Huhu...dah kenal sangat dah kalau gaya bebas aku yang takde insurans tu. Buat malu!


Then tepat 6.00pg masyitah sampai di teratak istimewa itu. Serius, i miss miss a lot all the things here. Udara kampong tu....i tell u la, takde kat KL. Syukur Alhamdulillah sampai & lepas solat sorang kawan aku tegur kat FB. Katanya, sila check keputusan permohonan ke UTHM. Yeah, saya terbau domino’s pizza. Hahaha....Alhamdulillah


 *Lusa insyaAllah result untuk UTM lak....show me the best way ya Allah. My mom & sis macam tak bagi pilihan dah. Further! Haha....

No comments:

Hello There

"hari ini bukan semudah semalam untuk bergelar manusia sempurna. banyak yang perlu dikorbankan, banyak juga yang terpaksa dilepaskan. sesekali langkah tersadung, rebah menyembah. sesekali melangkah gagah tersenyum megah dan semua itu memerlukan pengorbanan, menentukan kesabaran dan air mata. selagi prinsip hidup berada di atas landasan yang betul, usah di gusar pada anugerah Tuhan. anggaplah sesekali diduga itu sekadar utk mematangkan dan mengajar kita untuk bangun menjadi manusia sesempurna insan......" insyaAllah
 

Made by Lena