Daisypath Anniversary tickers

THE SIGN OF OUR LOVE

Lilypie First Birthday tickers

Saturday, December 17, 2011

Aunty Mie o0o Aunty Mie

Hari Jumaat adalah hari yang paling ditunggu-tunggu. hari terakhir bekerja then aunty mie boleh off untuk 2 hari pikir pasal kerja. boleh ke aunty mie? kalau ada issue confirm aunty mie hujung minggu pun dok teringat kerja kan? jangan pakcik production telefon suruh buat dispo sudah, saya tak boleh akses kije dekat rumah ye. saya ni assistant sahaja, bukan engineer ye......ngeee....citer pasal kije lagi.

Hari Jumaat selalunya aku akan pergi mandikan si kuning tu kat Giant Kelana Jaya sampai apek kat situ pun dah kenal muka amoi neh. hari tu aku pergi hampir pukul 8 malam. terkejut apek tu bila aku cakap baru balik kije. ngeee....saya bukan workaholic tapi environment kije kat situ. tak siap kije kalau tinggalkan, jawabnya esok kena marah. pernah kena. tapi pagi tu saya sangat tidak mahu bergaduh dengan orang. sengeh je. tapi geram nak jawab 'offer letter saya sampai 5.20 ptg je. itupun saya balik pukul 6.00 ptg. nak wat macam mana, query sampai pukul 7.00mlm. salah saya ke?' . tapi, jahat sangat ayat tu. aunty mie ni mulut je jahat, tapi hati baik maaa...haha...masuk bakul, angkat sendirik.

lepas masuk beli tong sampah warna PURPLE, aku pergi makan. masa tu la rasa sayu nak menerjah. sunyi hidup sorang-sorang kat KL neh. huwaaa...saya rindu nak balik kampung. lepas makan, masuk kedai buku dan beli 'Bahagiakan Hatimu' tulisan Ibnu Qayyim Al-Jauziyah. sesuai la untuk aku yang tengah resah gelisah neh. cari ketenangan.

 balik umah. aku penat sangat-sangat tapi aku tak boleh tido. tak tahu la kenapa. pukul berapa aku tido, aku pun tak tahu. pulak tu, pukul 5.00 pagi mata dah terkebil-kebil. tengok lappy aku dah mati. bangun sembahyang segala, aku tido balik. huwaaaa.....tak tahu kenapa aku sedih sangat.

bangun pagi aku bising ajak kakak aku pergi Mid Valley. tengok Ombak Rindu. nope. not in da mood lagi. tak tengok dah sero. aunty mie nak pergi Exhibition Further Study tapi......ramainya orang di hujung minggu. dan yang paling tak menyeronokkan, kebanyakannya IPTS. ngeeeee........tak apa la.mak cakap, minta IPTA la dulu. ukur baju di badan sendirik. betol2.......

then agenda aunty mie bertukar arah bila jumpa MPH Bookstore. owh tolong la. dah pejam mata, tapi tangan ambik jugak sebijik novel. see below:-)
tapi, sesuatu yang paling mencabar keluar dengan kakak aku adalah mesti membawa pakejnya sekali. seorang suka berlari dan aunty mie yang terpaksa mengejarnya. rasa macam turun berkilo dah neh. hahaha....mamanya nak baca buku. aish. nasib baik dapat mak sedara yang penyayang. =) manakala seorang lagi suka merengek dan menangis. aci nampak barang nak beli. mak aih....aunty mie gaji setakat cukup makan nak shopping kat Mid Valley. tolong la aunty mie. to be honest, aunty mie lebih cukup sabar melayan adik yang berlari ke sana ke mari dari melayan kak long yang asyik merengek. perlukan kesabaran yang cukup untuk menjadi ibu. amacam aunty mie? ada berani? ngeeee......

*Aunty Mie o0o Aunty Mie. apa kije kamu di hujung minggu neh....huwaaa....saya bosan. saya nak balik kampung jugak! bagi saya balik cari ketenangan sekejap. di teratak itu, ada kenangan istimewa saya & dia. =(

*kadang-kala datang terpikir, sume kakak-kakak aku dah kawen. nak ajak dating macam zaman dulu pun susah, pakej ngan anak-anak diorang sekali. nak ajak shopping pun. huwaaa....kadang-kadang ajak abang aku kat shah alam tu. dia mana nak tengok wayang citer melayu. huhuhu.....

No comments:

Hello There

"hari ini bukan semudah semalam untuk bergelar manusia sempurna. banyak yang perlu dikorbankan, banyak juga yang terpaksa dilepaskan. sesekali langkah tersadung, rebah menyembah. sesekali melangkah gagah tersenyum megah dan semua itu memerlukan pengorbanan, menentukan kesabaran dan air mata. selagi prinsip hidup berada di atas landasan yang betul, usah di gusar pada anugerah Tuhan. anggaplah sesekali diduga itu sekadar utk mematangkan dan mengajar kita untuk bangun menjadi manusia sesempurna insan......" insyaAllah
 

Made by Lena